Categories
Semasa

1.28 Juta Penjawat Awam Terima Kenaikan Gaji Tahunan Khas RM100

Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri kini mengumumkan pemberian khas insentif berjumlah RM700 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah. Ini termasuk pemberian bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas RM100 kepada 1.28 juta penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56, dan Tambahan kadar cuti rehat khas dinaikkan kepada 15 hari kepada Guru.

Categories
Kewangan

BNM Menambah OctaFX Dibawah Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Bank Negara Malaysia kini mengemaskini senarai amaran pengguna kewangan, dalam memastikan orang ramai tidak melabur diperkhidmatan kewangan dan pelaburan yang tidak dibenarkan dibawah undang-undang. Syarikat baharu yang ditambah oleh BNM adalah OctaFX, yang sering dipromosikan di media sosial dan selebriti tempatan.

Categories
Teknologi

Merdekaverse – Mengabungkan Sambutan Merdeka Ke Alam Metamesta

Dengan populariti metamesta yang hangat diperkatakan, kini sebuah projek Merdekaverse diumumkan, akan memperlihatkan sambutan Hari Kebangsaan dilakukan secara metamesta bermula tengah malam 31 Ogos 2022. Orang ramai boleh ke laman Merdekaverse, mencipta avatar tersendiri, dan menyertai perayaan dalam dunia maya tersebut.

Categories
Sains

NASA Menangguhkan Pelancaran Misi Ke Bulan – Artemis 1

NASA kini menangguhkan salah satu misi yang dinantikan ramai pelancarannya hari ini, iaitu Artemis 1. Sebelum ini, misi Artemis 1 dirancang untuk menghantar kapsul Orion kosong mengelilingi bulan sebelum kembali ke bumi dalam masa 42 hari. Misi ini dijangka menjadi salah satu misi penting sebelum roket membawa angkasawan ke bulan dilancarkan.

Categories
Sains Teknologi

Jepun Jual Sut Bertema Evangelion Bagi Memastikan Postur Tubuh Baik Ketika Mengangkat Barang

Di Jepun, kini sut bertemakan Evangelion dijual kepada para pekerja, membolehkan ia dipakai dan mengelak kecederaan tulang belakang pada pekerja yang melakukan tugasan di gudang. Sut ini mempunyai pemegang pada dada, kaki dan bahu – memastikan postur tubuh betul ketika angkat barang. Sut ini dijual pada harga RM2.6k.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Topi Keledar Yang Menapis Pencemaran Udara Dibangunkan Di India

Sebanyak 20 daripada 30 bandar dengan pencemaran udara terburuk dunia terletak di India. Menyedari hakikat ini, PUROS, sebuah topi keledar dengan penapis udara terbina telah dihasilkan di India. Ia dilengkapi penapis HEPA yang boleh memerangkap partikel udara sebesar PM 2.5.

Categories
Semasa

Malaysia Bakal Bangunkan Litar Ujian Jalan Pertama Di Asia Tenggara

Malaysia tidak lama lagi bakal memiiliki litar ujian tersendiri iaitu MIROS Technology Test Track (MT3) sepanjang 1 kilometer di Sepang, Selangor. Lita Ujian ini boleh digunakan untuk melakukan sejumlah ujian, termasuk antaranya membabitkan break performance, speedometer, steering equipment serta pegujian infrastruktur jalan.

Categories
Kewangan

Kadar Inflasi Malaysia Meningkat Kepada 4.4%

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang turut menilai paras inflasi utama Malaysia – kini telah meningkat 4.4% bagi data Julai 2022. Mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada laporan hari ini (29 Ogos) – kenaikan tersebut telah didorong hasil kenaikan Indeks Makanan yang meningkat 6.9%, kekal menjadi penyumbang utama kenaikan inflasi bulan lalu.

Categories
Sains

Dugong Diisytiharkan Pupus Fungsi Di China

Dugong diisytiharkan “pupus fungsi” di China selepas penyelidik dari Persatuan Zoologi London dan Akademi Sains China gagal menemui kewujudannya di Laut Selatan China sejak 2008. Status pupus fungsi diberikan spesis yang belum benar-benar disahkan pupus kerana ia mungkin masih dalam habitat liar tetapi tidak mencukupi untuk meneruskan kelangsungan spesis.

Categories
Gaya Hidup

Louis Vuitton Memperkenalkan Rekaan Beg Unik Seakan Tin Cat – Berharga RM12,400

Jenama mewah Louis Vuitton dilihat telah melangkah satu lagi tapak ke hadapan dalam dunia fesyen dengan menampilkan item fesyen dengan elemen kontemporari menerusi pengenalan LV Paint Can Bag. LV dilihat mengetengahkan penggayaan realistik pada rekaan beg yang mana ia hadir dengan binaan seakan tin cat sebenar yang mempunyai pemegang logam.