Categories
Semasa

Menerbangkan Dron Dilarang Ketika Sambutan Hari Kemerdekaan 2022 Di Dataran Merdeka

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam telah mengeluarkan peringatan orang ramai dilarang dari menerbangkan dron tanpa kebenaran ketika sambutan hari kemerdekaan yang berlangsung di Dataran Merdeka. Larangan dikeluarkan atas faktor keselamatan kerana pesawat-pesawat TUDM akan terbang rendah di ruang udara Dataran Merdeka pada acara tersebut.

Categories
Semasa

Sesi Persekolahan 2023 Akan Kekal Bermula Bulan Mac

Sama seperti pada tahun ini, sesi atau takwim persekolahan untuk 2023 akan bermula pada bulan Mac. Menteri Pendidikan mengumumkan perkara ini selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk kebarangkalian banjir di Pantai Timur. Sebelum ini, pada tahun 2022 ini takwim persekolahan telah bermula pada Mac, disebabkan beberapa penangguhan kerana PKP dan Covid-19.

Categories
Semasa

Harga Roti Gardenia Naik Mulai 1 September

Tidak lama lagi, para pengguna bakal menyaksikan kenaikan harga roti serta beberapa produk Gardenia yang terpilih bermula 1 September. Antara yang naik adalah termasuk roti buku Gardenia Original Classic naik kepada RM3, Gardenia Original Classic Jumbo naik kepada RM4.30, Roti Sambal Bilis naik kepada RM1.50, dan Roti Krim QuickBites naik kepada RM1.10.

Categories
Sukan

Aaron Chia-Soh Wooi Yik – Beregu Pertama Malaysia Menjuarai Kejohanan Dunia BWF

Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mencipta satu sejarah besar dengan menjadi yang pertama menjuarai Kejohanan Dunia BWF. Gelaran itu hadir apabila pasangan yang menghuni ranking keenam dunia ini menumpaskan beregu No.3 dunia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dalam perlawanan akhir, hari ini.

Categories
Gaya Hidup

AirAsia Kini Jual Aiskrim Nasi Lemak

Rangkaian Santan dibawah AirAsia kini bawakan menu Aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser bersempena dengan hari Kemerdekaan ke-65. Ia dijual pada harga RM4.50, dan boleh didapati di semua cawangan kafe Santan, atau menempahnya melalui aplikasi AirAsia.

Categories
Teknologi

Apple Dijangka Menambah Ciri Komunikasi Melalui Satelit Pada iPhone 14

Apple kini dijangka memperkenalkan ciri komunikasi melalui satelit pada iPhone 14 kelak. Mengikut spekulasi awal, sambungan satelit ini dijangka digunakan untuk komunikasi kecemasan, membolehkan pengguna iPhone melaporkan kecemasan kepada pihak berkuasa, dan juga menghantar SMS kepada ahli keluarga terdekat melalui sambungan satelit, tanpa perlu sambungan selular.

Categories
Teknologi

Axiata-RHB Akan Lancar Bank Digital Pada 2023

Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan sebanyak lima lesen bank digital di Malaysia. Salah satu penerimanya adalah konsortium Boost-RHB. Terbaru, pihak Axiata berkongsi mengatakan konsortium Boost-RHB akan melancarkan bank digital mereka pada tahun 2023 kelak.

Categories
Sains

Moderna Menyaman Pfizer-BioNTech Kerana Didakwa Melanggar Paten Vaksin Covid

Moderna, antara syarikat terawal menghasilkan vaksin Covid-19, kini memfailkan saman ke atas Pfizer-BioNTech kerana mendakwa vaksin keluaran syarikat tersebut melanggar paten mRNA. Moderna berkata Pfizer-BioNTech mengaut keuntungan sedangkan Moderna membelanjakan kos yang tinggi mengembangkan teknologi mRNA.

Categories
Sukan

Perak FC Jadi Anak Syarikat Milik Penuh XOX Berhad

Syarikat pengendali rangkaian mudah-alih maya (MVNO), XOX telah menyelesaikan pengambil-alihan kelab yang beraksi dalam saingan Liga Premier, Perak FC. Untuk makluman, pada Mei lalu, XOX memaklumkan kepada Bursa Malaysia mengambilalih 2,500 unit saham biasa yang mewakili 100% kepentingan ekuiti Perak FC dengan nilai RM1.

Categories
Gaming

Amazon Membuat Tawaran Untuk Membeli EA

Amazon kini dilaporkan telah membuat tawaran rasmi untuk mengambil-alih Electronic Arts atau EA. Pengumuman rasmi berkenaan denganya dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat. Pengambil-alihan ini akan membolehkan Amazon memenuhkan portfolio permainan mereka, termasuk juga menggunakan IP untuk siri-TV dan filem.