Categories
Semasa

Golongan Berusia 30-40 Tahun Paling Ramai Alami Krisis Hutang

Melalui data AKPK, ia didapati mereka yang berusia antara 30 tahun ke 40 tahun mewakili 41.6% daripada 387,000 individu yang berdaftar dengan AKPK. Antara faktor yang mendorong penyertaan kumpulan ini tinggi adalah disebabkan kegagalan mengimbangi jumlah pinjaman rumah, kenderaan bersama tanggungan anak mereka.

Categories
Teknologi

Malaysia Menjadi Negara Pertama Terima Sokongan WhatsApp Communities

Meta hari ini mengumumkan Malaysia akan menerima akses awal kepada ciri WhatsApp Communities. Melaluinya, ia membolehkan pengurusan WhatsApp Groups dengan lebih baik dan efisien, dan tidak lagi perlu pening dengan pelbagai Groups berbeza dibawah sesuatu kategori, tugasan, atau organisasi.

Categories
Semasa Teknologi

Astro Kini Turut Menyokong Penggunaan Lima Profil Berbeza Untuk Menonton Rancangan

Astro kini menambah sokongan mencipta sehingga lima profil berbeza pada Astro Ultra Box, Astro Ulti Box dan juga Astro Go, membolehkan setiap profil mempunyai cadangan kandungan berbeza mengikut corak tontonan dan minat sesuatu profil. Kemaskini ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pelanggan Astro.

Categories
Gaya Hidup

Digitalisasi Salah Satu Punca Menyumbang Kepada Kadar Obesiti


Jacob’s, salah satu pengeluar biskut kini berkongsi mengatakan salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar obesiti adalah berpunca daripada digitalisasi yang menjadikan semuanya tersedia di hujung jari. Ini membuatkan kurang gerakan, dan gaya hidup sedentari.

Categories
Semasa

Amazon Singapura Kini Menawarkan Penghantaran Percuma Ke Malaysia

Amazon, laman edagang popular yang berasal dari Amerika Syarikat, kini menawarkan promosi khas untuk pengguna tempatan, membolehkan pengguna Malaysia beli dari Amazon Singapura, dan menikmati penghantaran percuma untuk produk terpilih, bagi pembelian berjumlah lebih S$40.

Categories
Semasa

China Turut Melakukan Ujian Covid-19 Ke Atas Tangkapan Laut, Seperti Ikan Untuk Elak Penularan

China agak agresif dalam mengawal penularan Covid-19, termasuk seperti penutupan bandar dan melakukan ujian secara besar-besaran melibatkan semua penduduk. Terbaru, di bandar Xiamen di China, mereka turut mengarahkan nelayan dan hasil tangkapan mereka untuk melalui ujian Covid-19, termasuk ikan dan ketam yang ditangkap.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

LG Kini Menawarkan Monitor Dengan Rekaan Nisbah 16:18

LG kini hadir dengan monitor bernama LG DualUp Monitor Ergo, yang mana menawarkan rekaan nisbah paparan 16:18 – seumpama gabungan dua monitor atas-bawah, pada satu skrin. Dengan penawaran ini, ia dikatakan lebih ergonomik berbanding penggunaan dua monitor secara bersebelahan, dan tidak perlu toleh banyak kali untuk tugasan.

Categories
Semasa

PM : Malaysia Berdepan Saingan Pekerja Mahir, Negara Maju Tawar Gaji Lebih Tinggi

Perdana Menteri hari ini berkongsi lanjutan daripada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, dimana negara menghadapi cabaran dalam mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Selain itu, cabaran turut dihadapi untuk kekalkan dan menarik bakat berkemahiran, disebabkan negara maju tawar gaji lebih tinggi. Beberapa dasar sedang diperhati bagi menangani cabaran pasaran buruh ini.

Categories
Semasa Teknologi

Shopee Feed Akan Dihentikan Dan Digantikan Dengan Shopee Live Pada 31 Ogos

Shopee kini memaklumkan semua pengguna yang mana ciri Shopee Feed akan dihentikan bermula 31 Ogos akan datang. Ikon Shopee Feed pada bahagian bawah aplikasi akan digantikan dengan Shopee Live. Menurut Shopee, ciri ini akan dihentikan agar penjual memanfaatkan ciri siaran langsung yang sedia ditawarkan.

Categories
Gaya Hidup

Timex dan Coca-Cola Menampilkan Rekaan Jam Tangan Dengan Gaya Tahun 70-an

Coca Cola dan Timex kini bekerjasama dalam hadir dengan koleksi istimewa jam tangan, dinamakan 1971 Unity. Ia menampilkan 3 pilihan jam edisi terhad, dengan rekaan retro inspirasi era 70-an kepada generasi hari ini, termasuk dari segi pewarnaan. Koleksi jam ini sudah boleh didapati di Malaysia pada harga bermula RM469.