Categories
Semasa Teknologi

Gunung Kilimanjaro Yang Tertinggi Di Afrika Kini Mempunyai Capaian Internet

Kini anda boleh gunakan akses internet di gunung tertinggi di benua Afrika. Rangkaian selular dan internet akhirnya boleh diakses selepas dilancarkan oleh kerajaan Tanzania. Pada waktu ini capaian internet selular boleh digunakan sehingga ketinggian 3720 meter dengan ia akan dikembangkan sehingga puncak Kilimanjaro pada ketinggian 5895 meter menjelang penghujung 2022.

Categories
Sains

Saintis Berjaya Merawat Alahan Makanan Pada Tikus Makmal

Sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat mengumumkan mereka berjaya merawat alahan kacang pada tikus makmal dalam eksperimen yang dilakukan. Selain merawat alahan makan, penyelidik berharap penemuan mereka juga boleh digunakan oleh penerima organ selepas pembedahan bagi mengelakkan penolakan.

Categories
Gaming

Pengarah Kelahiran Malaysia Akan Hadir Dengan Siri King Kong Untuk Disney+

James Wan merupakan pengarah kelahiran Malaysia yang mengarah sejumlah filem popular, termasuk Fast & Furios 7. Terbaru, beliau akan turut menghasilkan siri aksi-nyata King Kong untuk disiarkan di Disney+. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapa akan berlakon dalam siri tersebut, dan tarikh tayangannya kelak.

Categories
Gaya Hidup

Vans Kini Hadir Dengan Kasut Bertemakan Stranger Things

Stranger Things merupakan salah satu siri-TV popular di Netflix, yang telah pun memasuki tayangan musim ke-4. Selari popularitinya, kini pengeluar kasut VANS bekerjasama dengan Netflix, dan hadir dengan penawaran kasut bertemakan Stranger Things.

Categories
Teknologi

Kisah BlackBerry Bakal Ditayangkan Dalam Bentuk Filem

Kita sedia melihat beberapa jenama difilemkan kisah mereka, seperti Facebook, McDonalds, Apple dan sebagainya. Terbaru, rakaman untuk filem mengisahkan jatuh-bangun BlackBerry turut telah selesai pengambaran, dan dijangka akan ditayangkan tidak lama lagi.

Categories
Semasa

Harga Kopi Dijangka Mungkin Akan Meningkat

Mengikut penganalisa dan pergerakkan pasaran, dalam beberapa bulan akan datang, harga kopi dijangka akan meningkat. Ini kerana penurunan hasil tanaman kopi diperingkat global, serta sistem penuaiannya. Ini ditambah dengan kesan faktor cuaca dan peningkatan kos operasi, harga jualan kopi dijangka akan meningkat.

Categories
Sukan

Usain Bolt Memfailkan Gaya Kemenangan Sebagai Tanda Dagang

Pelari pecut popular dunia, Usain Bolt, kini dilihat telah memfailkan permohonan tanda dagang berbentuk logo gaya kemenangan yang selalu digayakan oleh Usain Bolt selepas berjaya memenangi sesuatu acara. Usain Bolt sering mengayakan dengan berdiri sedikit kebelakang, dan mengangat tangan tunjuk ke langit.

Categories
Sains

Saintis Mengkaji Ikan Yu Yang Boleh Berjalan Di Darat Tanpa Kaki

Saintis kini mengkaji sebuah sebuah spesis ikan yu yang agak unik, dikenali sebagai epaulette. Ikan yu ini boleh “berjalan” di darat dengan menggunakan sirip mereka. Ia dilihat boleh hidup di darat untuk sekitar lebih sejam. Kaedah ini digunakan untuk berlindung dan melarikan diri dari pemangsa.

Categories
Semasa

Najib Razak Kekal Didapati Bersalah – Berdepan Denda RM210 Juta, Penjara Selama 12 Tahun

Pada hari ini (23 Ogos) Mahkamah Persekutuan, setelah mengambilkira pelbagai hujahan, telah sebulat suara bersetuju mengekalkan keputusan bersalah ke atas Datuk Seri Najib Razak berikutan 7 pertuduhan berhubung penyelewengan dana SRC International. Dengan ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta.

Categories
Semasa

Bajet 2023 : Beri Tumpuan Tingkatkan Pendapatan, Peluang Pekerjaan Buat Rakyat Malaysia

Belanjawan 2023 dijangka dibentangkan dalam sekitar dua bulan lagi, dan selari dengannya PM kini berkongsi mengatakan bajet akan beri tumpuan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat, serta memperkasa operasi perniagaan di negara.