Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Kini Menjual Air Fryer Di Malaysia

Xiaomi sedia menawarkan sejumlah peralatan elektronik pintar. Terbaru, pengeluar China tersebut turut telah mula menjual air fryer di Malaysia, dikenali Xiaomi Mi Smart Air Fryer 3.5L. Ia boleh dikawal antara 40 darjah ke 200 darjah, serta boleh kawal suhu melalui telefon pintar. Di Malaysia, ia dijual pada harga RM359.

Categories
Kewangan

Nilai Bitcoin Kembali Menjunam Bawah RM100k

Selepas mengekalkan nilai Bitcoin pada atas RM100k sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kini nilai Bitcoin sekali lagi menjunam dibawah RM100k. Ini sekaligus turut membawa nilai kriptowang lain turut jatuh secara tiba-tiba.

Categories
Sains

Misi Ke Planet Zuhrah Akan Dihantar Pada 2023 – Dalam Usaha Mencari Kehidupan

Rocket Lab, sebuah syarikat swasta kini menyasarkan untuk menghantar misi ke planet Zuhrah pada Mei 2023. Ia adalah salah satu usaha dalam mengekplorasi dan mengenali lebih dekat planet yang berada pada kedudukan kedua pada sistem suria kita. Untuk makluman, planet Zuhrah juga turut dikenali sebagai Kejora dalam bahasa Malaysia.

Categories
Gaya Hidup Semasa

MINISO Bakal Buang Elemen Jepun Pada Kedai Fizikal Mereka Untuk Tampak Lebih Seperti Jenama China

MINISO merupakan syarikat barangan runcit daripada China yang menawarkan pelbagai pilihan produk gaya hidup dari Jepun dengan harga yang berpatutan. Mereka kini meminta maaf mengatakan telah melakukan kesilapan mengetengahkan jenama mereka sebagai jenama Jepun, dan kini dalam proses ubah-suai dan tampil sebagai kedai milik China.

Categories
Teknologi

Proton Akan Melabur Dalam Bangunkan Rangkaian Pengecas Kenderaan Elektrik

Proton kini mengumumkan hasrat ingin melabur pada rangkaian pengecasan kenderaan elektrik di Malaysia – selari perkembangan arena kenderaan elektrik. Proton akan bekerjasama bersama salah satu penyedia pengecasan tempatan, dan turut akan menawarkan pemasangan unit domestik untuk pengguna yang ingin mengecas kereta di rumah.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Proton Akan Jual Kereta Elektrik Smart Di Malaysia Bermula Suku Ke-4 2023

Proton kini umum jual kereta elektrik Smart #1 di Malaysia, bermula suku tahun ke-4 2023 kelak. Kereta elektrik Smart #1 merupakan kereta sedan kompak empat pintu, menawarkan perjalanan sehingga 440 km dengan sekali pengecasan penuh – serta boleh dicas sehingga 80% dalam masa 30 minit melalui pengecasan 150 kW DC.

Categories
Sukan

Sukan Solidariti Islam: 2 Emas, 1 Perak Dan 4 Gangsa Dibawa Pulang Kontinjen Malaysia

Sukan Solidariti Islam Ke-5 yang berlangsung di Konya, Turkiye telah pun menutup saingannya. Malaysia menutup temasya ini dengan membawa pulang 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 4 pingat gangsa. Kutipan ini meletakkan Malaysia di kedudukan ke-19 daripada 57 negara yang mengambil bahagian secara keseluruhan.

Categories
Semasa

Johor Dilaporkan Ingin Laksana Kerja 4 Hari Setengah Seminggu – Cuti Sabtu, Ahad, Dan Jumaat Separuh Hari

Johor kini dilaporkan akan selaras semula cuti hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad. Di samping itu, hari Jumaat pula dikatakan akan dijadikan cuti separuh hari untuk penduduk bekerja. Langkah pertukaran hari minggu bersama separuh hari bekerja pada Jumaat ini hanya akan dimaklumkan setelah kerajaan negeri menerima perkenan Sultan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Secara Purata, Pengguna Guna 25GB Data Sebulan Pada Telefon Pintar

Mengikut data industri, secara purata di Malaysia, pengguna menggunakan data sebanyak 25GB sebulan. Angka penggunaan data ini memperlihatkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana peningkatan kandungan berbentuk video, membuatkan penggunaan data turut meningkat selari dengannya.

Categories
Teknologi

Sistem Notifikasi Aplikasi TuneTalk Dilihat Diceroboh – Menghantar Notifikasi Spam

Sistem notifikasi aplikasi TuneTalk kini dilihat diceroboh oleh pihak ketiga, sekaligus menghantar notifikasi spam kepada pengguna. Bagi pengguna TuneTalk, anda dinasihatkan untuk tidak memasukkan sebarang info, atau terpedaya dengan notifikasi spam ini. Pihak TuneTalk maklumkan notifikasi aplikasi terbaru mungkin telah diceroboh, dan pasukan TuneTalk sedang menyiasat perkara ini.