Categories
Teknologi

Rangkaian 5G Kini Meliputi 30% Kawasan Berpenduduk

Pada bulan Julai 2022 lepas, DNB telah berkongsi mengatakan rangkaian 5G telah meliputi 25% kawasan berpenduduk di Malaysia. Kini, selang sebulan, rangkaian 5G kini dilaporkan meliputi 30% kawasan penduduk di Malaysia. Buat masa ini, rangkaian 5G telah meliputi Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan juga Ipoh.

Categories
Gaya Hidup

Neelofa Ingin Kumpul Dana RM5 Juta Untuk TheNoor Melalui Biayasama

TheNoor, aplikasi gaya hidup muslim yang diasaskan bersama oleh Neelofa, kini sedang dalam proses pengumpulan dana berjumlah RM5 juta, melalui portal biayasama Ethis. Dana ini dijangka akan digunakan dalam terus memperluaskan ciri-ciri yang ditawarkan aplikasi TheNoor, termasuk dalam memasarkannya.

Categories
Gaya Hidup

Proton Melancarkan Proton Exora 2023

Proton hari ini melancarkan Proton Exora 2023. Ia hadir dengan rekaan MPV tujuh tempat duduk bersama kemaskini rekaan selain sistem inforia pintar. Proton Exora 2023 menyertakan enjin pengecas turbo 1.6 liter dengan transmisi CVT, menawarkan kuasa 140PS dan pecutan 205Nm. Proton Exora 2023 ini dijual pada harga RM62,800 untuk 1.6T Executive CVT, atau RM69,800 untuk 1.6T Premium CVT.

Categories
Teknologi

Xiaomi Kini Jual Bekas Makanan Kucing Pintar Di Malaysia

Xiaomi sedia memfokuskan kepada arena peranti berhubung pintar, dan terbaru mereka turut membawa masuk Xiaomi Smart Pet Feeder untuk pasaran Malaysia. Ia ditujukan kepada haiwan peliharaan seperti kucing, dimana makanan boleh dijadualkan serta dikawal menggunakan aplikasi khusus.

Categories
Semasa

Kuantan Dan Ipoh Akan Denda Premis Yang Gagal Pasang Jalur Gemilang

Bersempena Hari Kebangsaan ke-65 menjelang tiba pada 31 Ogos, kini beberapa majlis perbandaran mula mengambil langkah mengalakkan keterujaan menyambutnya. Ini termasuk di Kuantan dan Ipoh, yang mana Majlis Perbandaran akan mengenakan denda terhadap premis perniagaan yang tidak kibarkan jalur gemilang, dengan denda maksimum sehingga RM250.

Categories
Faktaria

Tahukah Anda Setiap Berlian Mempunyai ‘Cap Jari’ Tersendiri?

Tahukah anda, setiap berlian mempunyai cap khusus dalam membolehkan ia dikesan kembali ke sumbernya. Terdapat beberapa kaedah, termasuk menggunakan lazer dinamakan Gemprint. Dalam sistem, ahli kimia akan pancarkan laser dengan ketumpatan rendah pada berlian. Ia akan mengenalpasti corak pantulannya kemudian didigitalkan dan disimpan.

Categories
Gaya Hidup

U Mobile Perkenal Pelan Postpaid 1TB Pada Harga RM98 Sebulan

U Mobile hari ini memperkenalkan pelan pascabayar terbaru mereka, dinamakan U Postpaid 98. Ia kini hadir dengan data sebanyak 1TB atau 1000GB. Pelan ini turut menawarkan panggilan suara tanpa had, tetapi mengehadkan hotspot kepada hanya 5GB sebulan.

Categories
Semasa

Kementerian Pendidikan Memperkenalkan Portal Aduan Buli

KPM hari ini memperkenalkan Portal Aduan Buli, memudahkan untuk para pelajar, mangsa buli atau ibu bapa untuk melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah. Aduan akan disalurkan terus kepada pihak Kementerian pendidikan, sebelum langkah seterusnya diambil. Selain melalui portal, aduan juga boleh dilakukan melalui talian khas (03-88849352), selain emelkan kepada [email protected].

Categories
Gaya Hidup

PUMA Dan Coca-Cola Bekerjasama, Tawar Rekaan Kasut Dan Pakaian Eksklusif

PUMA dan Coca-Cola kini bekerjasama dan hadir dengan koleksi edisi khas yang meraikan warisan kedua-dua jenama tersebut, merangkumi pakaian dan kasut. Ia hadir dengan rekaan warna klasik dan retro. Koleksi ini boleh dibeli pengguna Malaysia bermula 1 September, melalui laman PUMA.com.

Categories
Sukan

RTM Akan Siar Kejohanan Dunia Badminton MWF 2022

RTM kini mengumumkan akan siar perlawanan kejohanan badminton dunia, iaitu Kejohanan Dunia BWF 2022 secara langsung bermula 22 Ogos kelak. Kejohanan ini akan berlangsung 7 hari di Tokyo, dan disiarkan secara langsung oleh RTM. Pasukan negara turut menyertainya dalam semua kategori.