Categories
Gaming Gaya Hidup Teknologi

Netflix Menghasilkan Anime Dengan Bantuan Kecerdasan Buatan – Disebabkan Kekurangan Pekerja

Dengan populariti integrasi kecerdasan buatan dalam pelbagai perkhidmatan, kini Netflix dilihat turut menghasilkan animasi pendek di Jepun, dengan bantuan kecerdasan buatan. Melalui animasi pendek sepanjang sekitar 3 minit, Netflix Jepun menggunakan penjanaan grafik berasaskan kecerdasan buatan. Seterusnya, grafik yang dijana berkenaan diintegrasikan dalam animasi pendek tersebut.

Categories
Gaming

Apple TV+ Akan Tayangkan Filem Berkaitan “Tetris”

Baru-baru ini, Apple mengumumkan satu lagi filem baharu iaitu Tetris. Tetris adalah permainan klasik menyusun blok dengan menghapuskan warna sama. Filem di Apple TV+ ini adalah kisah benar di sebalik bagaimana permainan ini diperkenalkan kepada dunia dan dipasarkan dengan melalui pelbagai cabaran, korupsi, serta melibatkan banyak kes mahkamah untuk sesebuah syarikat mendapatkan hak kepada Tetris.

Categories
Gaming Gaya Hidup Teknologi

Astro Menamatkan Siaran Saluran Memfokuskan Kandungan Esukan – eGG Network HD

Astro kini dilihat telah menamatkan saluran esukan mereka yang telah diperkenalkan sebelum ini, iaitu eGG Network HD pada saluran CH800. Melalui notis yang dipaparkan Astro, mereka mengatakan para pengguna dan peminat esukan boleh terus menikmati kandungan esukan serta pertandingan antarabangsa melalui saluran Astro Arena (Ch801) dan juga Astro Arena 2 (Ch802).

Categories
Gaming

Arab Saudi Menambah 1% Pegangan Di Dalam Nintendo

Kerajaan Arab Saudi melalui Dana Pelaburan Awam telah meningkatkan pegangan di dalam Nintendo sebanyak 1% kepada 6% berbanding 5% pada tahun lepas, memperlihatkan yang mereka akan terus melabur di dalam industri permainan video. Untuk makluman, Arab Saudi turut telah mendapatkan pegangan pada sejumlah syarikat permainan, termasuk Capcom dan Koei Tecmo.

Categories
Gaming Gaya Hidup

Mechamato Berjaya Pecah Rekod Animasi Malaysia – Kutip RM30 Juta Dalam 22 Hari

CEO Monsta, Nizam Razak baru-baru ini kongsi jumlah kutipan terkini filem ini. Selepas 22 hari Mechamato Movie ditayangkan, filem ini telah berjaya mengutip sebanyak RM30,750,000. Ini adalah satu kutipan yang membanggakan, kerana filem ini hanya ditayangkan di Malaysia dan belum menembusi pasaran luar lagi.

Categories
Gaming Gaya Hidup

Taman Slowpoke Akan Dibuka Di Jepun Pada 2023

Di Kagawa, Jepun, Slowpoke Park akan dibuka pada April 2023. Taman mini ini akan dilengkapi pelbagai permainan kanak-kanak bertemakan Pokemon yang terkenal dengan kelembabannya. Kagawa menjadi bandar tidak rasmi untuk Slowpoke kerana makanan udon berasal dari daerah ini. Nama Jepun untuk Slowpoke ialah Yudon yang hampir sama bunyinya dengan udon.

Categories
Gaming Semasa

Hot Wheels Akan Hadir Dengan Model Berasaskan Proton Saga 1985

Mattel Inc iaitu syarikat pengeluar untuk kereta mainan Hot Wheels telah mengumumkan, bersempena dengan ulang tahun Mattel Malaysia yang ke-40, mereka akan bekerjasama dengan Proton untuk hadir dengan model Proton Saga pertama yang dikeluarkan pada tahun 1985. Model ini akan dihasilkan dengan skala 1:64 dan akan mula dipasarkan pada akhir tahun ini.

Categories
Gaming Teknologi

PlayStation 6 Mungkin Hadir Sekitar 2027 Atau 2028

Sony kini mengatakan sekiranya pengambil-alihan Activision oleh Microsoft berlaku, terdapat kemungkinan permainan dibawah Microsoft mungkin ditarik daripada PlayStation menjelang 2027, dan Sony mengatakan ia memberikan kesan terhadap peralihan pengguna ke konsol generasi baharu kelak. Ini sekaligus memberikan gambaran konsol Sony generasi seterusnya hadir seawal 2027 atau 2028 kelak.

Categories
Gaming

Ash Akhirnya Menjadi Juara Dunia Pokemon Selepas 25 Tahun

Pengembaraan Ash untuk menjadi pelatih Pokemon terbaik di dunia bermula pada tahun 1997, bermula daripada itu dia telah melalui pelbagai halangan dan juga membuat ramai rakan di dalam perjalanan. 25 musim, dan 25 tahun kemudian Ash akhirnya menjadi Juara Dunia Pokemon. Di dalam episod terbaru untuk musim ke-25 bagi siri anime Pokemon, Ash telah memenangi Masters Eight Tournament of the Pokémon World Coronation Series.

Categories
Gaming

McDonald’s Memperlihatkan Kerusi Gaming Dengan Pemanas Makanan Terbina

McDonald’s di UK baru-baru ini telah memperlihatkan hadiah utama untuk pertandingan terbaru mereka bersempena pengenalan menu burger McCrispy untuk pasaran tersebut. Kerusi gaming ini agak unik, dimana bahagian kanan dan kiri kerusi ini hadir dengan tempat untuk meletakkan kentang goreng dan bekas sos, dan juga kotak pemanas makanan.