Categories
Gaming

Mobile Legends Professional League Menerima Rekod Sebagai Kejohanan Esukan Paling Lama Di Malaysia

Malaysia Book of Records (MBOR) telah menganugerahkan Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL MY) sebagai kejohanan esukan yang paling lama di anjurkan di Malaysia. MPL MY telah dianjurkan secara tahun 2017 lagi memasuki tahun ke-5 pada tahun ini. Menurut Moonton, sejak MPL Malaysia bermula, ia telah menjadi platform untuk lebih 500 atlit esukan dan juga pencipta kandungan.

Categories
Gaming

PUBG Mobile Acah Kolaborasi Dengan Animasi Terkenal BoBoiBoy

PUBG Mobile kini mengacah yang mereka bakal melakukan acara kolaborasi dengan siri animasi popular tempatan iaitu BoBoiBoy dan juga dengan Animonsta Studios selaku pencipta untuk siri tersebut. Acara kolaborasi ini akan menggunakan kata-kata “Kuasa Tidak Mengenal Usia”. Animasi khusus untuknya dijangka akan diterbitkan tidak lama lagi melalui media sosial.

Categories
Gaming

Animasi Mechamato Akan Ditayangkan Melalui Netflix Dan YouTube Bermula Oktober 2022

Mechamato merupakan salah satu siri animasi yang dibangunkan oleh Monsta – studio sama disebalik Boboiboy, mengisahkan berkenaan ayah BoBoiBoy dinamakan Amato. Terbaru, Monsta turut berkongsi mengatakan siri animasi Mechamato ini akan disiarkan melalui stesen televisyen TV9, TV3 selain platform Netflix dan juga YouTube bermula Oktober 2022 ini.

Categories
Gaming

Amazon Membuat Tawaran Untuk Membeli EA

Amazon kini dilaporkan telah membuat tawaran rasmi untuk mengambil-alih Electronic Arts atau EA. Pengumuman rasmi berkenaan denganya dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat. Pengambil-alihan ini akan membolehkan Amazon memenuhkan portfolio permainan mereka, termasuk juga menggunakan IP untuk siri-TV dan filem.

Categories
Gaming

Amazon Mudahkan Anda Main Game Dengan Menggunakan Kawalan Berasaskan Suara

Amazon sedia popular dengan penawaran pembantu maya berasaskan suara, iaitu Alexa. Kini, ia diperluaskan melalui Alexa Game Control, membolehkan para pengguna menggunakannya ketika bermain game, dan memberikan arahan suara dalam melakukan sejumlah aksi dalam permainan.

Categories
Gaming

Pengarah Kelahiran Malaysia Akan Hadir Dengan Siri King Kong Untuk Disney+

James Wan merupakan pengarah kelahiran Malaysia yang mengarah sejumlah filem popular, termasuk Fast & Furios 7. Terbaru, beliau akan turut menghasilkan siri aksi-nyata King Kong untuk disiarkan di Disney+. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapa akan berlakon dalam siri tersebut, dan tarikh tayangannya kelak.

Categories
Gaming

Watak “Mat Kilau” Kini Ditambah Dalam Permainan King of Nations

Dengan populariti Mat Kilau sejak filem terbitan tempatan baru-baru ini, kini sebuah permainan mudah-alih, iaitu King of Nations, turut menambah watak Mat Kilau untuk dimainkan pada permainan tersebut. Watak Mat Kilau boleh dimainkan disamping puluhan watak bersejarah lain padanya. King of Nations ini boleh dimuat-turun di Android dan iPhone.

Categories
Gaming Gaya Hidup

Produksi Untuk Anime One-Punch Man Musim Ke-3 Kini Bermula

One-Punch Man merupakan salah satu anime berbentuk aksi yang popular dan mempunyai peminat ramai. Selepas menerima reaksi berbeza untuk musim kedua lepas, kini pihak produksi mengesahkan musim ketiga telah memulakan penghasilannya. Namun, tarikh tayangan untuknya masih tidak diketahui lagi.

Categories
Gaming Gaya Hidup

99% Pelanggan Netflix Tidak Mengakses Netflix Games

Selain penstriman video, sejak tahun lepas, Netflix telah memperkenalkan ciri Netflix Games – iaitu sejumlah permainan pada Android dan iPhone. Walaubagaimanapun, mengikut data, hanya kurang 1% pengguna sahaja yang mengakses Netflix Games buat masa ini.

Categories
Gaming

Bandai Namco Ingin Hadir Dengan Filem Pac-Man

Permainan Pac-Man merupakan salah satu permainan klasik yang popular, dan hampir kebanyakkan gamer pernah memainkannya. Terbaru, ia dilaporkan Bandai Namco Enterrtainment sedang mempertimbangkan untuk hadir dengan sebuah filem aksi-nyata berasaskan permainan Pac-Man.