Categories
Gaming Gaya Hidup

Google Play Games Beta Di PC Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

Google kini menawarkan Google Play Games di PC untuk pengguna Malaysia, membolehkan para pengguna memainkan sejumlah permainan Android terus pada komputer Windows. Dengan langkah ini, ia memberikan capaian yang lebih menyeluruh kepada sesuatu permainan, dan memudahkan pengguna memainkan permainan kegemaran mereka pada skrin komputer.

Categories
Gaming

TikTok Bakal Memperkenalkan Integrasi Gaming Pada Platform Mereka

TikTok sedia menguji beberapa permainan ringkas pada aplikasi mereka, dan kini mereka menjadualkan minggu hadapan untuk berkongsi lanjut berkenaan arena gaming dan platform TikTok. Beberapa nama besar turut dijangka akan menyertai dan mengumumkan sokongan untuk platform TikTok, termasuk EA, 2K dan juga NetEase Games.

Categories
Gaming

Kajian Mendapati Permainan Video Meningkatkan Kemampuan Kognitif Kanak-Kanak

Kajian terkini yang disokong oleh Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat (NIH), permainan video didapati meningkatkan kemampuan kognitif kanak-kanak. Data menunjukkan kanak-kanak yang menghabiskan 3-4 jam sehari bermain permainan video mempunyai kemampuan kognitif yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak bermain permainan video.

Categories
Gaming

Razer Edge Diperkenalkan – Konsol Mudah-Alih Berasaskan Android, Menyokong Xbox Cloud Gaming

Razer kini memperkenalkan konsol mudah-alih mereka dinamakan Razer Edge. Ia hadir berasaskan sistem operasi Android, dan boleh memainkan sejumlah permainan video, termasuk secara penstriman melalui Xbox Cloud Gaming atau NVIDIA GeForce Now. Ia juga turut menyokong permainan Steam dimainkan menggunakan Steam Link.

Categories
Gaming

PlayStation Studios Malaysia Hadir Dengan Aloy Versi Wayang Kulit

PlayStation Studios Malaysia telah bekerjasama dengan Fusion Wayang Kulit untuk menjadikan Aloy iaitu watak utama daripada permainan Horizon Forbidden West oleh Guerilla Games sebagai wayang kulit. Watak Aloy tiba pertama kali pada Horizon Zero Dawn yang dikeluarkan pada tahun 2017, dan menjadi antara watak penting di dalam dunia permainan PlayStation.

Categories
Gaming

Arab Saudi Akan Belanja RM 175 Bilion Untuk Menjadi Hab Permainan Video

Arab Saudi ialah negara yang terkenal sebagai pengeluar petroleum terbesar dunia pada hari ini. Tetapi menjelang 2030, Arab Saudi ingin turut dikenali sebagai hab permainan video dunia. Savvy Games Group yang merupakan anak syarikat di bawah dana kekayaan berdaulat Arab Saudi mengumumkan mereka akan melabur 142 bilion Riyal (~RM175 bilion) untuk menjadikan impian ini realiti.

Categories
Gaming Teknologi

Google Menamatkan Perkhidmatan Penstriman Gaming – Stadia

Google hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan permainan berasaskan awan mereka, iaitu Stadia. Google akan menamatkan perkhidmatan ini sepenuhnya pada 18 Januari 2023. Google akan memulangkan kembali wang kepada para pembeli perkhidmatan Stadia.

Categories
Gaming Semasa

Monsta Akan Menambah Dua Lagi Animasi Baharu Dibawah “Power Sphera Universe”

MONSTA merupakan salah satu animasi yang tidak asing lagi di Malaysia dengan animasi Boboiboy, Mechamato dan juga Papa Pipi. Berkongsi hari ini, CEO Monsta turut mengumumkan mereka akan menambah dua lagi siri baharu dalam tempoh lima tahun akan datang – yang mana masih belum dinamakan lagi, sekaligus membentuk Power Sphera Universe.

Categories
Gaming Gaya Hidup

Hugh Jackman Kembali Sebagai Wolverine Di Dalam Deadpool 3 – Tiba Pada Tahun 2024

Ryan Reynolds kini mengumumkan Deadpool akan secara rasminya menyertai Marvel Cinematic Universe melalui Deadpool 3 – bakal ditayangkan pada 6 September 2024. Pada perkongsian sama, beliau turut mengatakan Hugh Jackman akan kembali sebagai Wolverine dalam filem tersebut.

Categories
Gaming

Netflix Membangunkan Studio Gaming Tersendiri

Netflix kini mengumumkan mereka sedang membangunkan studio permainan mereka tersendiri, di Finland, dalam usaha membangunkan permainan berkualiti tersendiri – dibawah IP mereka tersendiri. Permainan yang dibangunkan untuk peranti mudah-alih Android dan iOS ini juga tidak akan menyertakan pengiklanan atau pembelian-dalam-aplikasi.