Categories
Gaya Hidup Semasa

Laluan MRT2 Putrajaya Fasa 2 – Bakal Beroperasi Mulai 16 Mac Ini

Setelah melaksanakan operasi laluan MRT2 Putrajaya Fasa 1 pada 16 Jun 2022, MRT Corporation kini mengesahkan mulai 16 Mac ini pada jam 3 petang, operasi laluan MRT2 Putrajaya Fasa 2 pula dibuka, buat kemudahan orang awam. Bagi fasa pertama sekitar 12 stesen telah beroperasi. Fasa kedua akan menyambung laluan Kampung Batu ke Putrajaya Sentral.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

TikTok Akan Mengehadkan Secara Automatik Masa Penggunaan Untuk Remaja Kepada 60 Minit Sehari

TikTok kini mengumumkan tetapan automatik baharu kepada para pengguna remaja, sekaligus akan mengehadkan masa yang dihabiskan para remaja menggunakan aplikasi berkenaan. TikTok akan mengehadkan setiap pengguna remaja bawah 18 tahun kepada had 60 minit sehari.

Categories
Gaya Hidup

Pelakon Bollywood, Akshay Kumar Kini Memegang Rekod Dunia Untuk Rakaman Swafoto Paling Banyak

Pelakon popular Bollywood, Akshay Kumar kini diumumkan sebagai pemegang rekod dunia untuk rakaman swafoto yang paling banyak dalam masa tiga minit. Sebanyak 184 rakaman swafoto berjaya dilakukan dalam tempoh tiga minit, sekaligus mengatasi rekod dunia yang dipegang sebelum ini, termasuk James Smith dan juga The Rock.

Categories
Gaya Hidup

KKM Nasihatkan Supaya Tiada Pendedahan Gajet Pada Anak Berusia Bawah 2 Tahun

Kementerian Kesihatan Malaysia kini hadir dengan infografik ringkas, menasihatkan ibu bapa supaya memastikan tiada langsung pendedahan gajet pada anak-anak yang berusia dibawah 2 tahun. Hal ini kerana ketagihan gajet boleh berlaku seawal usia 3 tahun. Ini sekaligus akan membawa beberapa kesan kepada anak-anak, termasuk tidak berminat dengan aktiviti lain, lambat bercakap, kurang berinteraksi, dan juga mudah tantrum atau marah apabila tidak diberikan gajet.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Pengguna Malaysia Dijangka Hasilkan 75,000 Tan Sisa Makanan – Pada Ramadan Ini

Sekiranya Ramadan tahun lalu, Malaysia mencatatkan kutipan sisa domestik meningkat kepada 40,000 tan metrik sisa, pada Ramadan 2023 bakal menjelang tiba, ia dijangka memperlihatkan rekod yang lebih tinggi jika tiada sebarang usaha untuk mengurangkan pembaziran dalam kalangan pengguna. Anggaran untuk tahun 2023 adalah sekitar 75,000 tan metrik sisa makanan yang mungkin dibazirkan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Memperlihatkan Konsep Kaca Mata Pintar AR Baharu

Bersempena dengan MWC2023, Xiaomi memperlihatkan kaca mata pintar, dinamakan sebagai Xiaomi Wireless AR Glass Discovery Edition. Kaca mata pintar ini dikuasakan Snapdragon XR2 Gen 1, dan seberat 126 gram. Xiaomi menggunakan struktur aloi berasaskan magnesium-lithium dan bahan karbon fiber dalam memberikan keselesaan dan binaan yang kukuh untuk kaca mata pintar ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kerajaan Ingin Jadikan MySejahtera Sebagai “Super App” Untuk Pengurusan Kesihatan Awam

Kerajaan kini berkongsi menyatakan ingin menjadikan aplikasi MySejahtear sebagai sebuah “super app” atau aplikasi semua-dalam-satu – memfokuskan kepada pengurusan kesihatan awam negara. Dengan langkah ini, ia akan menjadi salah satu pusat untuk dataraya berkaitan dengan kesihatan – sekaligus memudahkan ia digunakan dalam menentukan hala tuju kesihatan negara, termasuk melibatkan penyediaan belanjawan, perkhidmatan dan sebagainya.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

SKMM : Menjelang 2025, Kelajuan Purata Jalur-Lebar Mudah-Alih Disasarkan Mencapai 100Mbps

Dibawah JENDELA, kerajaan sedia menyasarkan sejumlah perkara dalam memastikan Malaysia mencapai kadar liputan internet 100% di kawasan berpenduduk. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sekali lagi menekankan perkara tersebut, dan mengatakan menjelang penghujung 2025 kelak, JENDELA menyasarkan memperluaskan akses Gigabit jalur lebar talian tetap kepada 9 juta premis, dan meliputi 100% kawasan berpenduduk.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

PM Menyasarkan Liputan 5G Mencapai 80% Pada Penghujung 2023 – Awal Setahun Banding Sasaran DNB Sebelum Ini

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan hari ini telah membentangkan Belanjawan 2023, sekaligus mengumumkan sejumlah inisiatif. Melaluinya, ia turut dikongsikan yang mana liputan 5G akan mencapai 80% menjelang penghujung 2023 kelak. Dengan pengumuman ini, kerajaan mempercepatkan pelaksanaan 5G setahun kehadapan, berbanding sasaran pada 2024 sebelum ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kerajaan Sedang Berbincang Bersama Proton Dan Perodua Untuk Percepat Pengeluaran Kereta Elektrik (EV)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang dalam proses berbincang bersama pengeluar kereta tempatan, iaitu Proton dan juga Perodua – dalam usaha untuk mempercepatkan pengeluaran kereta elektrik nasional. Dengan langkah ini, ia sekaligus akan membolehkan kenderaan elektrik mampu milik ditawarkan kepada pengguna – berbanding pada hari ini yang berharga agak tinggi.