Categories
Gaya Hidup Semasa

Pulau Pinang Cadang Banyakkan Aktiviti Penambakan Tanah, Bagi Tujuan Pembangunan

Bagi memastikan pembangunan negeri terus mampan dan kebajikan generasi penduduk dapat dipenuhi, Kerajaan Pulau Pinang bercadang laksana lebih banyak aktiviti penambakan tanah – untuk meningkatkan simpanan tanah negeri tersebut. Matlamat ini juga dijelaskan dapat memberi jaminan buat generasi muda untuk memiliki aset melalui pembangunan kediaman di Pulau Pinang.

Categories
Gaya Hidup

Rolex Menghasilkan Jam Tangan Yang Boleh Dibawa Menyelam Sehingga Kedalaman 11,000 Meter

Rolex Oyster Perpetual Deepsea Challenge kini dilancarkan, memegang rekod dunia boleh dibawa menyelam sehingga kedalaman 11,000 meter. Jam tangan ini dihasilkan selepas mengambil data daripada jam prototaip yang dibawa oleh James Cameron sehingga kedalaman 10,908 meter pada tahun 2012 bagi mencatatkan rekod dunia di Jurang Mariana. Rolex Oyster Perpetual Deepsea Challenge dijual pada harga $26,000 (~RM124,000) seutas.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Huawei Perkenal Siri Mate 50 Di Malaysia – Hadir Tanpa Sokongan 5G

Huawei hari ini memperkenalkan dua telefon pintar untuk pasaran Malaysia dibawah siri Mate 50, iaitu Mate 50 dan Mate 50 Pro. Ia ditawarkan pada harga mencapai RM5299, tetapi salah satu yang mendukacitakan kerana tiada sokongan 5G terbina disebabkan halangan pihak Amerika Syarikat terhadap Huawei.

Categories
Gaming Gaya Hidup

Google Play Games Beta Di PC Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

Google kini menawarkan Google Play Games di PC untuk pengguna Malaysia, membolehkan para pengguna memainkan sejumlah permainan Android terus pada komputer Windows. Dengan langkah ini, ia memberikan capaian yang lebih menyeluruh kepada sesuatu permainan, dan memudahkan pengguna memainkan permainan kegemaran mereka pada skrin komputer.

Categories
Gaya Hidup Semasa

GrabFood Kini Sedia Penjimatan Untuk Penghantaran – Murah Tetapi Lambat

Grab kini memperkenalkan pilihan baharu pada penghantaran GrabFood, dinamakan sebagai “Saver”. Melaluinya, ia menawarkan alternatif untuk “Premium”, dimana kos penghantaran ditawarkan pada harga yang lebih rendah – tetapi sebagai alternatif, pengguna akan perlu menantikan sedikit lama berbanding kebiasaan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

U Mobile Menawarkan Rangkaian 5G Kepada Pengguna Bermula 3 November

U Mobile hari ini mengumumkan mereka telah pun memetarai perjanjian bersama pihak DNB untuk penawaran perkhidmatan, dan akan mula menawarkan perkhidmatan 5G secara komersil bermula 3 November 2022. Terdapat beberapa pelan yang menawarkan sokongan 5G, termasuk U Postpaid 38, U Postpaid 68, U Postpaid 68 dan juga U Postpaid 98 untuk pascabayar.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Unifi Mobile Mula Menawarkan Perkhidmatan 5G

Telekom Malaysia melalui penawaran Unifi Mobile telah mula menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G kepada para pengguna mereka. Pelan paling murah disediakan oleh TM melalui pelan BEBAS, dimana pelanggan hanya perlu membayar hanya RM35 sebulan, dan mengakses data 5G tanpa had.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Mengesahkan iPhone Akan Menerima Sokongan Sambungan USB-C

Pihak Apple melalui temuramah khusus, kini mengesahkan mereka akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Eropah, dan memperkenalkan sokongan sambungan berasaskan USB-C pada telefon pintar mereka, iPhone. Namun, ia tidak diketahui sama ada iPhone 15 akan menjadi yang terawal atau kita perlu nantikan iPhone 16 untuk melihatnya.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Jepun Sedang Membangunkan Mesin Basuh Tubuh Manusia

Sebuah mesin basuh tubuh manusia sedang dibangunkan oleh satu satu firma di Jepun. Mesin basuh ini akan membersihkan tubuh manusia dengan menggunakan gelembung udara. Ia turut boleh memainkan muzik untuk berehat dan terdapat sistem aromaterapi terbina juga. Kecerdasan buatan akan membersihkan tubuh dalam masa lima belas minit.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Ladang Solar RM400 Juta Kini Dibuka Di Marang

Ladang tenaga solar fotovoltaik (PV) kini dibuka di Marang, menjadikan ia antara ladang solar terbesar di Malaysia. Pengarah Eksekutif Coara Solar Sdn Bhd berkata Projek Solar Coara Marang yang melibatkan kos sebanyak RM400 juta itu telah dibangunkan di kawasan seluas 245 hektar. Ia telah dibina bermula Februari 2021 lepas, dan berakhir pada April 2022. Ia mencapai operasi komersial pada 17 September 2022.