Categories
Gaya Hidup

Mengapa IKEA Mula Menjual Bebola Daging?

Tahukah anda, idea wujudnya kehadiran restoran ini adalah disebabkan oleh pengasas IKEA bimbang mereka akan kehilangan pelanggan yang kelaparan semasa proses pembelian dan pencarian perabot di sekitar kedai IKEA.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

YouTube Umum Kini Anda Boleh Zum Pada Video Yang Sedang Ditonton

YouTube kini mengumumkan beberapa pembaharuan pada platform mereka, dan salah satunya adalah kebolehan “Pinch-To-Zoom” – membolehkan pengguna zum sesuatu video yang sedang ditonton pada telefon Android atau iPhone. Kemaskini baharu ini akan diperkenalkan meluas dalam beberapa minggu lagi.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Kini Membolehkan Anda Guna iPhone Sebagai Webcam MacBook

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini macOS Ventura untuk semua pengguna komputer Mac, sekaligus menjadikan ia lebih diintegrasikan bersama iPhone. Salah satu ciri baharu yang turut diperkenalkan adalah kebolehan menggunakan iPhone sebagai webcam untuk MacBook anda – sekaligus menawarkan resolusi panggilan video lebih baik berbanding kamera terbina.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Meningkatkan Harga Langganan Apple Music Kepada RM16.90 Sebulan

Apple hari ini meningkatkan harga langganan untuk beberapa perkhidmatan mereka, bermula daripada Apple Music. Perkhidmatan yang sebelum ini ditawarkan pada harga langganan RM14.90 sebulan, kini ditingkatkan menjadi RM16.90 sebulan. Peningkatan harga ini dikatakan disebabkan kos pelesenan yang semakin meningkat.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Menambah Paparan Iklan Baharu Di App Store Bermula Minggu Hadapan

Apple pada hari ini, sedia menyertakan paparan iklan bagi mempromosikan aplikasi pada bahagian carian di App Store. Kini, selain daripadanya, Apple akan turut memperluaskan lagi paparan iklan di App Store, pada beberapa bahagian baharu. Dua bahagian baru yang akan memaparkan iklan adalah pada halaman tab utama, iaitu tab Today.

Categories
Gaya Hidup Semasa

KKM Lancar Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan – Talian HEAL 15555

Kementerian Kesihatan Malaysia kini melancarkan Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan, atau turut dinamakan sebagai Talian HEAL (Help with Empathy and Love) dengan nombor talian 15555. Talian ini mula beroperasi dari hari ini, dalam membantu para individu yang menghadapi masalah kesihatan mental dalam mendapatkan bantuan awal.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Samsung Sedang Bangunkan Cincin Pintar Dengan Pengimbas Nadi Dan Sensor ECG

Samsung kini dilaporkan sedang membangunkan cincin pintar dengan ciri sama seperti sebuah gelang tangan pintar, iaitu untuk memantau kecergasan dan kesihatan pengguna. Cincin ini akan mempunyai pengimbas nadi optikal dan mempunyai sensor untuk ECG. Cincin ini juga didakwa boleh digunakan untuk mengawal telefon pintar, tablet atau televisyen.

Categories
Gaya Hidup

Starbucks Kini Menawarkan Kemudahan Pengecasan Kereta Elektrik

Starbucks Malaysia kini melangkah setapak kehadapan dengan menawarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik di beberapa cawangan terpilih. Buat masa ini, untuk peringkat fasa pertama, sebanyak 17 cawangan sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka dan Johor telah tersedia dengan stesen pengecasan kenderaan elektrik.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

YouTube Tamatkan Eksperimen Memerlukan Langganan YouTube Premium Untuk Akses Kandungan 4K

YouTube sebelum ini telah menguji keperluan mempunyai langganan YouTube Premium sebelum mengakses kandungan pada resolusi 4K. Perkara ini dikritik ramai. Kini, selepas mengambil-kira pelbagai maklumbalas, pihak YouTube menamatkan eksperimen tersebut, dan kini semua boleh mengakses kandungan 4K tanpa langganan YouTube Premium.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Mark Zuckerberg : WhatsApp Tawarkan Lebih Privasi Dan Sekuriti Berbanding iMessage

Mark Zuckerberg kini berkongsi WhatsApp menawarkan sokongan penyulitan penuh – sekaligus menawarkan lebih privasi dan sekuriti berbanding dengan iMessage daripada Apple. Mark turut mengatakan WhatsApp menawarkan sokongan penyulitan penuh pada sembang individu dan juga berkumpulan, tidak kira pada iPhone mahupun Android.