Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kereta Elektrik BYD Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

BYD merupakan salah satu pengeluar kenderaan elektrik dari China, dan kini mereka telah memeterai perjanjian bersama Sime Darby Motors untuk membolehkan Sime Darby Motors mengedar kenderaan buatan BYD di Malaysia. Dengan kerjasama ini, Sime Darby akan terlebih dahulu membawa masuk model kereta ATTO 3 dan juga e6 yang terbaru keluaran BYD.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Music Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Lagu Pada Katalog

Apple hari ini mengumumkan pencapaian terbaru melalui perkhidmatan penstriman muzik mereka, mencapai 100 juta lagu pada katalog mereka. Apple Music merupakan pesaing terdekat untuk Spotify, dimana di Malaysia ia ditawarkan pada harga langganan bulanan RM14.90 sebulan. Menurut Apple juga, setiap hari, lebih 20,000 penyanyi dan penulis lagu terbitkan lagu ke Apple Music.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

YouTube Mungkin Akan Mengehadkan Pestriman 4K Kepada Pelanggan Premium

Selain jumlah iklan yang semakin meningkat, YouTube juga kini dilihat menguji ciri mengehadkan penstriman pada resolusi 4K kepada pengguna Premium sahaja. Melalui paparan skrin yang mula tersebar di arena internet, ia memperlihatkan pengguna memerlukan akses langganan Premium sebelum dapat menonton sesuatu video pada resolusi 4K.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

MySejahtera Menambah Ciri Kad Penderma Darah Digital

MySejahtera terus menambah ciri-ciri integrasi sebagai hab untuk pelbagai perkara berkaitan kesihatan seseorang pengguna. Terbaru, bermula Oktober ini, ciri baharu akan ditambah pada MySejahtera, iaitu kad penderma darah digital. Melalui kemaskini baru ini, ia akan memaparkan kad penderma darah secara digital, termasuk kelebihan dan juga bilangan seseorang telah menderma darah.

Categories
Gaya Hidup

Alternatif Kepada Susu Lembu – Nestlé Kini Menawarkan Minuman Tanpa Tenusu Di Malaysia

Nestle kini mula menawarkan pilihan rangkaian minuman tanpa tenusu, dibawah jenama Nestle Dairy Free. Dua variasi minuman yang ditawarkan adalah Nescafe dan juga Milo. Sebagai alternatif kepada susu, Nestle menggunakan susu badan dan juga oat sebagai ganti.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Netflix Bakal Tayangkan Siri Berkenaan Kisah Disebalik Spotify Pada Oktober Ini

Netflix kini umum sebuah siri-TV akan datang mereka, dinamakan The Playlist. Siri ini bakal memfokuskan kepada kisah permulaan dan perkembangan disebalik pemain muzik yang digunakan ramai pada hari ini, iaitu Spotify. Siri ini sepanjang 6 episod, dan memfokuskan kepada cabaran, serta usaha disebalik mengembangkan syarikat tersebut. Siri ini akan ditayangkan pada 13 Oktober melalui Netflix.

Categories
Gaming Gaya Hidup

Hugh Jackman Kembali Sebagai Wolverine Di Dalam Deadpool 3 – Tiba Pada Tahun 2024

Ryan Reynolds kini mengumumkan Deadpool akan secara rasminya menyertai Marvel Cinematic Universe melalui Deadpool 3 – bakal ditayangkan pada 6 September 2024. Pada perkongsian sama, beliau turut mengatakan Hugh Jackman akan kembali sebagai Wolverine dalam filem tersebut.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Sistem Volvo Memberhentikan Kenderaan Apabila Mengesan Pemandu Mengantuk, Mabuk Dan Menggunakan Peranti

Volvo kini semakin ke hadapan, dan akan memperkenalkan sistem yang mengesan tahap perhatian pemandu dan menghentikan kenderaan sekiranya ia mengesan perhatian mereka terganggu. 2 kamera dalam kabin akan sentiasa mengesan mata pemandu. Apabila perhatian pemandu beralih daripada jalan raya, algoritma boleh mengesan sama mereka mungkin sedang menggunakan peranti, mengantuk atau dalam keadaan mabuk.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Rakyat Malaysia Paling Ramai Bersalin Pada Bulan Oktober

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia, kini berkongsi mengatakan kemuncak peningkatan kelahiran bagi kaum wanita ialah setiap kali bulan Oktober. Mengikut trend, setiap tahun ia meningkat bermula bulan September hingga November, dengan kemuncak pada Oktober.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Harga Purata Sewa Rumah Bertingkat Tinggi Di Lembah Klang Naik

Hartanah bagi kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor kini memaparkan kenaikan pertumbuhan harga purata sewa yang tertinggi – setakat 6 bulan pertama tahun 2022 ini. Kenaikan ini seiring dengan peningkatan permintaan menyewa yang semakin rancak di kawasan Lembah Klang dengan 34% kenaikan carian menyewa di lokasi berkaitan direkodkan.