Categories
Gaya Hidup

North Face Melancarkan Jaket Musim Sejuk Dengan Penggendong Bayi Untuk Lelaki

The North Face kini melancarkan jaket musim sejuk dengan penggendong bayi terbina di Jepun. Jaket ini dihasilkan khusus untuk pasaran Jepun bagi menggalakkan golongan bapa untuk turut melakukan tanggungjawab menjaga bayi yang secara tradisinya dilakukan oleh golongan ibu.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

WhatsApp Groups Kini Menyokong Sehingga 1024 Peserta

WhatsApp kini dilihat terus memperluaskan dan menambah sokongan peserta dalam sesuatu WhatsApp Groups. Selepas memperkenalkan sokongan untuk sehingga 512 peserta sebelum ini, kini melalui kemaskini baharu, WhatsApp menyokong sehingga 1024 peserta dalam sesuatu WhatsApp Groups.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Pakej Remaja Keluarga Malaysia Dilanjut Sehingga April 2023 – RM30 Untuk 20GB Bagi 3 Bulan

Dibawah Bajet 2023, kini kerajaan mengumumkan akan meneruskan pelan prabayar Pakej Keluarga Malaysia sehingga April 2023 kelak. Dibawah pelan ini, para remaja boleh melanggan ia pada harga RM30 untuk tempoh 3 bulan, dan akan menerima akses kepada data sebanyak 20GB bagi tempoh 3 bulan tersebut.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Rekaan Aerotrain Baharu KLIA Diperlihatkan – Bakal Beroperasi 2025

Sistem kereta api Aerotrain KLIA sudah berusia 24 tahun. Hari ini pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkongsi rekaan Aerotrain baharu yang akan memulakan operasi menjelang 2025. Tren terdiri daripada tiga gerabak dengan kemampuan membawa sehingga 270 penumpang. Apabila beroperasi kelak ia mampu membawa 5400 penumpang setiap jam.

Categories
Gaya Hidup

Kajian Dapati Lewatkan Waktu Makan Boleh Menggandakan Tahap Lapar Individu

Mengikut kajian, ia didapati makan lewat di siang hari akan menggandakan kemungkinan menjadi lebih lapar. Hal ini kerana, ia mengakibatkan paras gula dalam badan menjadi rendah, dan turut boleh mengganggu emosi individu seperti berasa cepat marah, keliru dan keletihan. Untuk pengetahuan anda, apabila makan lewat, badan akan mula meningkatkan pengeluaran kortisol, yang menyebabkan anda berasa tertekan dan lapar.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Sistem Tol Bebas Palang Dikatakan Akan Mula Diperkenalkan Seawal Tahun 2025

Kementerian Kerja Raya menyatakan perancangan untuk lebuhraya bebas palang tol (MLFF) ini akan diawalkan ke tahun 2025. Pelaksanaan tersebut adalah sebahagian daripada usaha negara mengurangkan kesesakan di laluan plaza tol. Dengan langkah ini, tiada lagi palang tol pada laluan, dan pengguna akan dikenakan cas menggunakan teknologi seperti RFID.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Facebook Kini Menawarkan Lebih Kawalan Untuk Paparan Perkongsian Pada Feed

Facebook hari ini mengumumkan ciri kawalan untuk paparan perkongsian pada Feed – membolehkan pengguna memilih perkongsian jenis apa yang patut diperlihatkan, dan kadar paparannya. Dengan langkah ini, pengguna boleh mengawal paparan perkongsian daripada rakan-rakan, ahli keluarga, Groups, dan Pages – pada bahagian Feed utama.

Categories
Gaya Hidup

BurgerKing Hadir Dengan Menu Baru – Burger Rendang

Khusus buat penggemar hidangan dengan citarasa tempatan, Burger King hari ini telah melancarkan menu burger baru yang akan membuatkan anda teringat kepada kampung halaman iaitu Rendang Beef Burger. Ia hadir dengan penawaran dua keping patti daging untuk hidangan Double Rendang Beef atau anda juga boleh mendapatkan patti yang dipanggang menerusi hidangan Rendang Tendergrill.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Memperkenalkan Telefon Dengan Kamera 200MP

Xiaomi hari ini memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Xiaomi 12T. Dua model diperkenalkan dibawah siri ini, iaitu Xiaomi 12T dan juga Xiaomi 12T Pro. Menariknya juga adalah Xiaomi menyertakan sensor kamera 200-megapixel bersama-sama penawaran telefon pintar ini, selain turut melengkapkan ia dengan pengecas 120W.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Perkhidmatan Prabayar ALTEL Akan Ditamatkan Berkuat-kuasa 31 Disember 2022

Pihak ALTEL kini mengumumkan perkhidmatan prabayar ALTEL akan ditamatkan sepenuhnya berkuat-kuasa 31 Disember 2022 kelak. ALTEL mengatakan penamatan perkhidmatan ini adalah disebabkan oleh penstrukturan kembali aktiviti perniagaan syarikat ALTEL. Selari dengannya, pengguna diminta mengubah nombor mereka ke talian baharu sekiranya ingin kekal menggunakannya.