Categories
Gaya Hidup

Filem Mechamato Bakal Ditayangkan Di Pawagan Bermula 8 Disember 2022

Animonsta, studio disebalik filem Boboiboy dan juga siri animasi Mechamato, kini mengumumkan filem pertama untuk Mechamato bakal ditayangkan secara rasminya di pawagam seluruh negara bermula 8 Disember 2022 kelak. Untuk makluman, Mechamato menyentuh kisah ayah BoboiBoy bernama Amato, dan juga sebuah robot yang menemani Amato bernama MechaBot.

Categories
Gaya Hidup

7-Eleven Kini Jual Aiskrim Pedas

7CAFé baru-baru ini hadir dengan satu perisa aiskrim edisi terhad iaitu Flaming Choco. Ia merupakan aiskrim yang diperbuat daripada sos cili pedas Lingham bersama-sama dengan coklat. Melalui gabungan kedua-dua bahan ini, anda akan menikmati rasa pedas dan manis dalam setiap gigitan aiskrim lembut (soft serve).

Categories
Gaya Hidup Semasa

Lebuhraya SUKE Catat Dua Rekod Tersendiri Di Malaysia

Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sepanjang 24.4 kilometer (km) bermula dari Sri Petaling ke Jalan Hulu Kelang kini mencatatkan dua rekod tersendiri di Malaysia, apabila menjadi struktur tanjakan ‘helikoidal’ pertama di dalam negara; selain mempunyai struktur bertingkat galang kekotak bersegmen (SBG) tertinggi di Lembah Klang dan ketiga di Malaysia.

Categories
Gaya Hidup

Rekod Menggunting Rambut Terpantas Di Dunia – Berdurasi Selama 45 Saat

Dalam perkongsian Guiness World Records, seorang lelaki kini dilihat berjaya menetapkan rekod dunia sebagai tukang gunting rambut paling pantas dengan durasi menggunting rambut dalam masa 45 saat. Sebelum ini, rekod gunting rambut terpantas pernah direkodkan pada tahun 2017 dengan durasi selama 47.17 saat oleh individu dari Greece.

Categories
Gaya Hidup

IKEA Malaysia Memperkenalkan Gelato Berasaskan Tumbuhan

IKEA Malaysia kini memperkenalkan empat perisan aiskrim gelato berasaskan tumbuhan bagi pengguna tempatan, iaitu kelapa, strawberi, coklat, dan juga lingonberi. Gelato ini disediakan oleh IKEA Malaysia sehingga 31 Disember 2022 kelak.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

GoPro Kini Perkenal GoPro Hero11 Black Dan Hero11 Black Mini

GoPro kini perkenal kamera aksi terbaru mereka, iaitu GoPro Hero11 Black dan juga GoPro Hero 11 Black Mini. Kedua-duanya hadir dengan spesifikasi lebih kurang sama, tetapi berbeza dengan skrin dan bateri. Kamera aksi ini dijangka ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Categories
Gaya Hidup

Restoran Tertinggi Di Korea Selatan Terletak Pada Ketinggian 555 Meter Atas Tanah

123F Lounge adalah sebuah restoran yang terletak di tingkat atas Menara Lotte World di Seoul. Ia merupakan restoran tertinggi di Korea Selatan dan kelima tertinggi di dunia dengan ketinggian sekitar 555 meter iaitu kira-kira 1,820 kaki di atas tanah. Selari namanya, ia terletak pada tingkat 123.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Astro Ingin Tambah Lebih Banyak Penawaran Perkhidmatan Penstriman Dibawah Mereka

Pada hari ini, Astro sedia menawarkan beberapa perkhidmatan penstriman yang ditawarkan bersama langganan Astro, termasuk antaranya adalah Netflix, Disney+ Hotstar, iQiyi, HBO Go dan beberapa yang lain. Disamping ini, Astro kini menyatakan hasrat untuk tambah lebih banyak penawaran perkhidmatan penstriman dibawah mereka, selain menghasilkan lebih banyak Astro Originals.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Bilik Pameran HABIB Pertama Akan Melabuhkan Tirai Selepas Beroperasi 36 Tahun

Menjadi bilik pameran HABIB yang pertama, HABIB Semua House dibuka pada tahun 1986 yang mana bilik pameran ini terletak di Pusat Membeli Belah Semua House, Kuala Lumpur. Dan kini, HABIB Semua House mengumumkan mereka akan menutup tirai bilik pameran tersebut buat selamanya bermula 30 September 2022. Sebab disebalik penutupan tidak dinyatakan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Instagram Sedang Uji Ciri “Regram” Untuk Perkongsian Semula Di Feed

Kini Instagram sedang menguji ciri lebih kurang sama, membolehkan pengguna berkongsi semula kepada rakan-rakan yang mengikuti profil mereka. Ciri ini masih pada peringkat ujian, dimana pengguna dipaparkan butang berkongsi semula pada Feed, dan perkongsian dihimpunkan pada sebuah tab khusus pada profil.