Categories
Gaya Hidup

Adidas Dan Hello Kitty Hadir Dengan Penawaran Kasut Yang Direka Khusus

Adidas dan Hello Kitty kini bekerjasama, dan menawarkan koleksi kasut bertemakan Hello Kitty. Ia hadir dengan 3 pilihan kasut, iaitu Adidas Superstar, Adidas Forum Low dan juga Adidas Astir. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di Arab Saudi sahaja, dan tidak diketahui lagi bila akan diperluaskan ke pasaran global.

Categories
Gaya Hidup

Siri Teletubbies Bakal Hadir Ke Platform Penstriman Netflix

Netflix hari ini telah mengumumkan pelbagai rancangan pra-sekolah akan tiba di perkhidmatan penstriman tersebut termasuk juga rancangan yang sangat popular di kalangan kanak-kanak sesuatu masa dahulu iaitu Teletubbies. Tinky Winky, Dipsy, Laa-Laa dan Po akan kembali dengan musim baharu bermula pada 14 November dengan musim pertama akan mempunyai 26 episod dengan setiap-nya 12 minit.

Categories
Gaya Hidup

51% Rakyat Malaysia Akui Tidak Mampu Beli Rumah

Baik harga kediaman biasa mahupun harga di bawah skim rumah mampu-milik, ternyata sekitar 51% rakyat Malaysia mengakui mereka masih tidak mampu membeli dan memiliki kediaman. Dapatan kajian terbaru ini jelas menunjukkan lebih separuh rakyat Malaysia alami kesukaran membina aset mereka sekiranya tiada bantuan yang memadai dengan tekanan kos semasa.

Categories
Gaya Hidup

FamilyMart Buka Cawangan Pandu-Lalu Nirtunai Pertama

FamilyMart kini memperkenalkan cawangan pandu-lalu nirtunai pertama mereka di Caltex Puncak Alam. Menerusi pengenalan ini, pengguna kini mempunyai lebih banyak lagi pilihan pesanan untuk mendapatkan variasi hidangan makanan dan minuman yang digemari seperti set Oden, snek panas, sofuto, rangkaian kopi sejuk dan banyak lagi – secara pandu-lalu.

Categories
Gaya Hidup

Gardenia Kini Tawar Alternatif Maggi Melalui Penawaran Mi Segera Tersendiri

Gardenia kini memperluaskan penawaran produk mereka menerusi pengenalan variasi mi segera baharu iaitu NuMee Instant Noodles. Ia hadir dengan 3 pilihan rasa iaitu perisa kari, ayam dan juga mi goreng yang mana ia sekaligus dapat memenuhi citarasa setiap individu.

Categories
Gaya Hidup

Tealive Kini Mempunyai 800 Cawangan Fizikal Di Seluruh Negara

Tealive kini telah pun membuka cawangan ke-800 mereka, di Batu Kawan, Pulau Pinang. Untuk makluman, cawangan pertama Tealive dibuka di Pavilion Kuala Lumpur pada Februari 2017 lepas, dan sejak daripada itu, jenama ini telah diperluaskan secara mendadak, dimana sebahagian dijenamakan semula daripada Chattime.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

MySejahtera Akan Menambah Ciri Ikrar Derma Organ Bermula Minggu Hadapan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kini berkongsi sebuah ciri baharu yang bakal diperkenalkan pada aplikasi MySejahtera, iaitu pendaftaran ikrar derma organ terus melaluinya. Sebuah ikon khusus akan disediakan untuk Ikrar Derma Organ, dimana pengguna boleh melakukan pendaftaran menggunakannya. Sebuah kad khusus juga akan dipaparkan pada bahagian profil.

Categories
Gaya Hidup

Kopi Kenangan Akan Membuka Sehingga 10 Cawangan Di Malaysia Pada Tahun Ini

Kopi Kenangan, salah satu jenama minuman kopi dari Indonesia, dan terkenal sebagai startup unicorn memfokuskan arena makanan, kini mengumumkan mereka akan mula memperluaskan jenama mereka ke negara-negara lain sekitar Asia Tenggara, dan Malaysia akan menjadi destinasi pertama. Sebanyak 10 cawangan dijangka dibuka menjelang penghujung 2022 ini.

Categories
Gaya Hidup

Penyelidik Jepun Hadir Dengan Penyepit Elektrik Yang Bantu Tingkatkan Rasa Masin Pada Makanan

Penyelidik di Jepun kini membangunkan penyepit elektrik yang boleh meningkatkan rasa masin pada makanan yang mana rasa tersebut diwujudkan tanpa meletakkan atau menggunakan garam yang banyak pada makanan yang disajikan. Rasa masin diwujudkan dengan cara menggunakan rangsangan elektrik dan komputer mini yang dipakai pada gelang tangan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Hong Kong Menguji Sistem Lampu Melintas Jalan Untuk Pengguna Peranti Yang Lalai

Di Hong Kong, sistem lampu baharu di kawasan melintas jalan telah diperkenalkan bagi mengelakkan pengguna lalai melintas jalan. Apabila ia menyala, keseluruhan kawasan sebelum melintas akan disinari cahaya merah dan begitu juga semua individu di bawahnya.