Categories
Gaya Hidup Teknologi

Suzuki Perlihatkan Skuter Elektrik Yang Boleh Menaiki Tangga

Bagi membolehkan golongan warga emas Jepun boleh berdikari, Suzuki menghasilkan skuter elektrik MOQBA yang bukan sahaja boleh digunakan dalam mod beroda tetapi juga berkemampuan menaiki tangga. Suzuki Modular Quad Based Architecture (MOQBA) direka khusus sebagai kenderaan mobiliti warga tua di Jepun.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Astro Menamatkan Operasi Go Shop Berkuat-kuasa 11 Oktober

Astro kini mengumumkan mereka akan menghentikan sepenuhnya operasi Go Shop berkuat-kuasa 11 Oktober 2023 ini. Astro menyatakan langkah menghentikan operasi Go Shop diambil disebabkan oleh landskap ekonomi yang mencabar, selain perubahan gaya pembeli oleh para pengguna. Penurunan pembelian dan perubahan permintaan dapat dilihat sejak pandemik.

Categories
Gaya Hidup

Tinjauan Coway Dapati 78% Rakyat Malaysia Tidak Mendapat Rehat Secukupnya

Coway telah menjalankan tinjauan untuk mendapatkan corak rehat dalam kalangan rakyat Malaysia serta faktor utama yang mempengaruhi rutin tidur mereka pada waktu malam. Hasil penemuan daripada tinjauan itu mendedahkan maklumat seperti:
78% rakyat Malaysia tidak rehat secukupnya; dan 63% rakyat Malaysia tidur lebih lena dengan penghawa dingin.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Shell Kini Menawarkan Aplikasi Untuk Isi Minyak Seumpama Setel

Semakin hari semakin banyak aplikasi yang memudahkan urusan seharian dan hari ini Shell secara rasminya telah melancarkan aplikasi mereka iaitu Shell Asia. Aplikasi ini boleh digunakan untuk membayar minyak tanpa perlu berurusan di kaunter, dan turut menyertakan integrasi mata ganjaran Bonuslink. Buat masa ini, ia boleh diguna di 650 stesen minyak Shell di Malaysia.

Categories
Gaya Hidup

Sushi Termahal Di Dunia Dijual Pada Harga Mencecah RM11,471 Satu Set

Sushi Kirimon, sebuah restoran di Osaka, Jepun, baru-baru ini telah menambah dan memperkenalkan satu hidangan sushi premium yang dijual pada harga yang tinggi. Berdasarkan perkongsian, set hidangan “Kiwami Omakase” yang terdiri daripada 20 keping sushi ini berharga JP¥350,000 bersamaan dengan harga ringgit Malaysia sekitar RM11,471. Dan ini sekaligus menjadikannya sushi paling mahal di dunia.

Categories
Gaya Hidup

Spotify Meningkatkan Harga Langganan Di Malaysia – Kini Bermula RM15.90 Sebulan

Melalui emel yang dihantar pihak Spotify bermula hari ini, pelan Spotify Premium untuk individu yang berharga RM14.90 sebulan sebelum ini, akan ditingkatkan kepada RM15.90 sebulan selepas ini. Disamping itu, Premium Family pula yang berharga RM23.80 sebulan sebelum ini akan ditingkatkan kepada RM24.90 sebulan selepas ini.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Hot Wheels Proton Saga Akan Dikeluarkan Pada Akhir Tahun Ini

Mattel dan Proton telah mengumumkan yang Hot Wheels Proton Saga akan dikeluarkan pada Disember 2023. Kerjasama ini adalah bersempena dengan Mattel menyambut ulang tahun ke-40 mereka pada 2022, dan Proton juga telah menyambut ulang tahun ke-40 pada bulan Mei 2023.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Menteri Sekali Lagi Menekankan Harga Internet Dijangka Lebih Murah Menjelang September

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini sekali lagi menekankan yang mana harga internet dijangka akan lebih murah menjelang bulan September 2023 ini. Hal ini adalah disebabkan oleh kemaskini harga jualan pukal pada bulan Mac 2023 lepas, dan kini dalam proses memeterai perjanjian akses bersama pelbagai syarikat dan penyedia telekomunikasi tempatan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Transsion Kini Pengeluar Telefon Pintar Ke-5 Terbesar Dunia

Canalys kini mengeluarkan data industri telefon pintar bagi suku kedua 2023, sekaligus memperlihatkan pasaran telefon pintar global menguncup 10% berbanding sebelum ini. Walaupun begitu, menariknya melalui data terbaru ini, ia dilihat Transsion kini menjadi pengeluar ke-5 terbesar dunia. Transsion mempunyai jenama Infinix, Tecno dan iTel dibawah mereka.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

UiTM Kuala Pilah Menjadi Lokasi Pertama Dipasang Dengan Starlink Di Malaysia

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan memasang Starlink di 10 kampus UiTM seluruh negara. Lanjutan daripadanya, kini unit pertama Starlink di Malaysia telah pun dipasang di UiTM Kuala Pilah. Dengan pemasangan ini, kerajaan menyasarkan liputan rangkaian internet di kampus berkenaan akan ditambah-baik lagi berbanding sebelum ini.