Microsoft kini hadir dengan sebuah alat kawalan Xbox yang dihasilkan bersempena dengan tayangan untuk filem animasi Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem. Alat kawalan yang mempunyai rekaan khas berdasarkan watak-watak Ninja Turtle mempunyai satu lagi perkara yang unik iaitu ia mempunyai penyembur bau yang akan membuatkan alat kawalan ini berbau pizza iaitu makanan kegemaran untuk Ninja Turtle.