Categories
Gaya Hidup Teknologi

Realme Dan Coca-Cola Bekerjasama Untuk Telefon Edisi Khas

Realme Malaysia hari ini melancarkan peranti edisi khas mereka iaitu Realme 10 Pro Coca-Cola Edition. Ini adalah kerjasama pertama kali Realme dengan jenama minuman terkenal ini dan secara tidak langsung Coke mempunyai telefon pintar tersendiri. Di Malaysia Realme 10 Pro Coca-Cola Edition dijual pada harga RM1399. Malaysia adalah 1 daripada 5 negara yang menawarkan peranti ini.

Categories
Gaya Hidup

Krispy Kreme Memperkenalkan Santapan Raya – Donut Dengan Tema Kuih Raya

Kebiasaannya, donut yang sering dijumpai menampilkan toppings universal seperti coklat, kekacang, gula glazed, oreo dan sebagainya. Namun, pernahkah anda mencuba donut dengan toppings yang bertemakan kuih raya? Bersempena dengan Hari Raya menjelang tiba, kini Krispy Kreme hadir dengan pilihan donut-donut bertemakan kuih raya, termasuk Pandan Kek Lapis, Coklah Kacang Mazola, dan Cornflakes Madu.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Penyenaraian Web Memperlihatkan Unifi 2Gbps Pada Harga RM399 Sebulan, 1Gbps Pada Harga RM349 Sebulan

Telekom Malaysia sedia mengacah kehadiran pakej dan pelan internet baharu mereka, dan kini turut memperlihatkan harga untuk pelan baharu mereka pada kelajuan 2Gbps dan juga 1Gbps. Melalui penyenaraian di web (yang kini telah dibuang), Unifi 2Gbps disenaraikan pada harga RM399 sebulan, sementara Unifi 1Gbps pula ditawarkan pada harga RM349 sebulan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Redmi Kini Membawa Telefon Dengan Kamera 200-Megapixel Ke Malaysia

Xiaomi kini membawa masuk beberapa telefon pintar dibawah siri Redmi Note 12 untuk pasaran Malaysia. Menariknya, salah satu model mercu dibawah siri ini adalah Redmi Note 12 Pro+ yang mana hadir dengan sensor kamera sebesar 200-megapixel padanya. Ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM1599.

Categories
Gaya Hidup

Botol Dua Kepala Heinz Menyelesaikan Isu Mengeluarkan Sos Tomato

Kini, Heinz hadir dengan inovasi pada botol sos tomato mereka. Botol Heinz Ketch-Up & Down yang dibangunkan ini mempunyai dua kepala. Satu di atas dan satu di bawah. Dengan rekaan dwi-kepala ini sos yang disimpan di dalam botol akan sentiasa berada di bawah dengan ia boleh dipicit keluar dengan lebih mudah. Ini adalah variasi terkini botol Heinz Ketch-Up & Down yang dikeluarkan pada tahun 2010.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Kini, Hanya Kurang 3% Daripada Perkongsian Berbentuk Pautan Berita Yang Dilihat Pengguna Di Facebook

Mengikut laporan terbaru yang dikongsikan oleh pihak Meta memfokuskan kepada pautan berita yang dikongsikan pada Facebook, ia didapati kurang 3% daripada perkongsian berbentuk pautan berita di Facebook yang dilihat pengguna di NewsFeed. Ini sekaligus memperlihatkan kekurangan kepentingan yang diberikan oleh Facebook pada perkongsian kandungan berbentuk pautan.

Categories
Gaya Hidup

Perancis Mungkin Wajibkan “Influencer” Labelkan Gambar Yang Menggunakan ‘Filter’

Perancis mungkin akan mewajibkan pempengaruh untuk melabelkan sama ada foto atau video yang disiarkan telah diubah suai atau menggunakan filter. “Kami akan mewajibkan mereka untuk memaparkan penggunaan filter atau mengubah suai kandungan foto dan video semasa perkongsian berbayar,” kata pihak berkuasa Perancis, menjelaskan bahawa mereka berusaha untuk mengehadkan kesan psikologi negatif terhadap pengguna internet.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Dilancarkan, RM69 Untuk 30Mbps

Kerajaan hari ini secara rasminya telah melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap, sekaligus membawakan pakej internet jalur-lebar tetap untuk rumah pada harga RM69 untuk 30Mbps. Pelan ini menyasarkan kumpulan B40, warga emas, OKU dan juga veteran tentera serta polis.

Categories
Gaya Hidup

Pepsi Memperkenalkan Logo Baharu Yang Lebih Moden

Pepsi, jenama air berkarbonat yang dikenali ramai, kini mengumumkan penjenamaan dan nafas baharu untuk logo mereka. Logo baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat – bermula dari Amerika Utara pada tahun ini, dan diikuti secara global pada 2024. Logo Pepsi baharu ini dilihat sedikit menyerupai dengan logo ketika era 1950-an serta 1990-an – tetapi kini dengan lebih moden, selari perkembangan arena media sosial dan web masa kini.

Categories
Gaya Hidup

VIPShop Bakal Hadir Ke Malaysia – Laman Edagang Dengan Fokus Terhadap Diskaun, Dari China

VIPShop merupakan salah satu laman edagang popular di China, memfokuskan kepada penawaran diskaun dan membolehkan pengguna membeli barangan yang ditawarkan terhad secara diskaun. Kini nampaknya, perkhidmatan edagang tersebut turut bakal diperluaskan ke pasaran tempatan tidak lama lagi. VIPShop kini telah mula paparkan mesej akan datang ke pasaran Malaysia pada web mereka.