Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Perodua Memperkenalkan Perodua Axia E Pada Harga RM22,000

Perodua hari ini memperkenalkan model baharu dan paling asas untuk keluarga Axia, dinamakan sebagai Perodua Axia E. Kereta dengan penawaran asas ini dilihat disasarkan kepada beberapa pengguna, terutamanya untuk penunggang motosikal dan kumpulan berpendapatan rendah. Sekolah memandu juga dijangka akan menjadi pengguna untuk model ini bagi tujuan latihan.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Baskin Robbins Memperkenalkan Rekaan Logo Dan Dekorasi Baharu Di Malaysia

Baskin Robbins di Malaysia kini mengemaskini penggunaan warna dan juga muka taip logo, selain turut menyertakan pengalaman dan persekitaran kedai yang lebih moden dan elegan. Dengan penjenamaan semula kedai Baskin Robbins ini, nampaknya, jenama ini kini mula mengetengahkan elemen yang lebih matang dan telah menggantikan gaya yang memfokuskan kepada kanak-kanak pada logo dan seni hias sebelum ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Vision Pro Diperkenalkan – Set Realiti Gabungan Pada Harga Mencapai RM16,000

Apple kini telah memperkenalkan set kepala realiti gabungan pertama secara rasminya, dinamakan Apple Vision Pro. Ia hadir dengan sejumlah sensor, sekaligus membolehkan pengguna menikmati kandungan digital di atas dunia sebenar dengan memakainya pada kepala. Set kepala ini akan dijual pada 2024 pada harga mencapai RM16,000.

Categories
Gaya Hidup

Sofyank Bakal Hadir Dengan Syarikat Produksi Sendiri

Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah terkenal dengan video pendek magis beliau di mana video-video ini mempertontonkan gelagat lucu yang menggunakan kesan visual. Terbaru menurut laporan Bernama, Sofyank pada hujung tahun ini ingin tubuhkan syarikat produksi tersendiri ingin mengembangkan lagi operasi beliau lebih ke arah Zach King. Sofyank ingin lebih ramai menceburi bidang kesan visual khas ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Canon Dilaporkan Ingin Bekerjasama Dengan Pengeluar Telefon Pintar

Kerjasama antara Zeiss dan Nokia serta Huawei dan Leica sudah menjadi legenda dalam dunia telefon selular. Dalam kedua-dua kes, nama kesemua syarikat yang terlibat semakin dikenali ramai serta menjadi sinonim dengan kemampuan fotografi yang baik. Terbaru, muncul pula ura-ura baharu, mengatakan yang mana Canon kini bakal menjalinkan kerjasama dengan salah satu pengeluar telefon pintar, sekaligus membolehkan telefon pintar dipasarkan dengan kamera berteknologi Canon.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Mozilla Ingin Hadir Dengan Laman Sosial Yang Lebih Sihat

Mozilla, pembangun pelayar web popular Firefox, kini turut ingin hadir dengan sebuah laman sosial. Mozilla mengatakan ingin bangunkan sebuah media sosial yang sihat, dan terbuka berasaskan kepada Mastodon. Pelbagai had akan disertakan, selain ia turut akan melalui pemantauan dalam memastikan perbincangan dalam komuniti tersebut sihat dan tidak berbentuk negatif.

Categories
Gaya Hidup

Apple Dilaporkan Bakal Perkenal Aplikasi Berbentuk Jurnal Dalam Memfokuskan Arena Kesihatan Mental

Apple kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah lagi aplikasi dibawah penawaran mereka, dengan memfokuskan kepada ciri menulis jurnal atau diari. Aplikasi ini akan bersaing dengan beberapa yang lain di pasaran, termasuk salah satu yang popular adalah Day One. Apple dijangka memposisikan aplikasi ini dalam arena kesihatan mental.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Lotus Kini Hadir Dengan Kereta Elektrik Terbaru Pada Harga Mencapai RM800k

Lotus Cars Malaysia kini mengumumkan kenderaan SUV elektrik pertama untuk pasaran tempatan, Lotus Eletre. Lotus Eletre hadir dengan tiga pilihan model, iaitu Lotus Eletre, Lotus Eletre S dan Lotus Eletre R. Ketiga-tiga varian Lotus Eletre ini menggunakan bateri berkapasiti 112kWh dan pengecas 350kW yang hadir dengan ciri pengecasan pantas dari 10 ke 80 peratus dalam masa hanya 20 minit.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Proton Akan Mempercepatkan Pengenalan Kereta Elektrik Ke Seawal 2025

Proton kini berkongsi mengatakan akan mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik mereka, berkemungkinan seawal tahun 2025. Perkongsian terbaru oleh Timbalan CEO Proton ini memperlihatkan ia dipercepatkan 2 tahun berbanding sasaran sebelum ini pada awalnya pada 2027. Proton kini dalam proses untuk mengenal-pasti model yang bersesuaian, yang lebih mampu milik dan praktikal.

Categories
Gaya Hidup Sains

Kajian : E-rokok Berperisa Pudina Boleh Rosakkan Paru-Paru Lebih Teruk

Kajian oleh Universiti Pittsburgh mendapati menghisap e-rokok berperisa pudina boleh menyebabkan fungsi paru-paru menjadi lebih lemah berbanding perisa tanpa mentol, lapor United Press International (UPI). “Ramai orang terutama belia, tersilap menganggap bahawa vape selamat sedangkan campuran vape tanpa nikotin pun mengandungi sebatian yang berpotensi merosakkan paru-paru.