Categories
Kewangan Semasa

DHL Express Akan Naikkan Caj Perkhidmatan Secara Purata 7.9% – Mulai 1 Januari 2023

DHL Express, hari ini (26 September) memaklumkan pihaknya akan menaikkan harga caj perkhidmatan mereka secara purata 7.9% bermula 1 Januari 2023 kelak. Langkah pelarasan kos ini didorong berpandukan kepada tekanan inflasi, aliran mata wang dan keperluan kos pentadbiran untuk mengukuhkan langkah pengawalseliaan dan keselamatan operasi.

Categories
Kewangan

Kemaskini Aplikasi CIMB Anda Sebelum 8 Oktober 2022 Untuk Terus Menggunakannya

CIMB kini mengeluarkan peringatan, meminta pengguna untuk mengemaskini aplikasi perbankan di Android, iPhone dan Huawei sebelum 8 Oktober 2022 ini. Dengan kemaskini ini, pengguna perlu menggunakan versi aplikasi 4.1.97 pada Android, atau 6.1.97 pada iOS sebelum 8 Oktober 2022, dalam terus menggunakan perkhidmatan perbankan tersebut tanpa gangguan.

Categories
Kewangan

Bank Negara Malaysia Minta Bank Untuk Beralih Dari Penggunaan SMS OTP

Dalam usaha terus meningkatkan sekuriti dan keselamatan dikalangan pengguna, kini Bank Negara meminta institusi kewangan untuk beralih daripada penghantaran OTP menggunakan SMS kepada kaedah pengesahan lebih kukuh. Pada hari ini, beberapa bank telah mula menggunakannya, termasuk Maybank dengan penggunaan Secure2U, dan CIMB dengan SecureTAC.

Categories
Kewangan Semasa

Kerajaan Ingin Memperkenalkan Lesen Khas Untuk Peniaga Atas-Talian Bagi Mengelakkan Penipuan

Kerajaan kini sedang mengkaji semula prosedur lesen khas atas perniagaan atas-talian dalam usaha melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan. Satu pasukan khas diwujudkan bagi mencari mekanisme pelesenan baharu dengan peraturan sedia ada yang akan dipinda.

Categories
Kewangan

Inflasi Malaysia Kini Meningkat 4.7%

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang turut menilai paras inflasi utama Malaysia ketika ini telah memaparkan berlakunyan peningkatan inflasi sekitar 4.7% bagi data Ogos 2022. Ini lebih tinggi berbanding paras inflasi Julai 2022 iaitu 4.4%. Berdasarkan pemerhatian keseluruhan setakat Januari sehingga Ogos 2022, kadar inflasi Malaysia mencatatkan sekitar 3.1%.

Categories
Kewangan Semasa

Rakyat Malaysia Dijangka Perlukan Sekurang-Kurangnya RM1 Juta Dalam Simpanan Sebelum Bersara

Rakyat Malaysia yang ingin bersara dengan tenang dalam tempoh 20 tahun hingga 30 tahun akan datang, dijangka memerlukan sekitar RM900,000 sehingga RM1 juta dalam akaun simpanan mereka. Mengikut perkiraan bahagian strategi KWSP, nilai ini diukur setelah mengambil-kira faktor inflasi dan kos perubatan yang perlu ditanggung ketika hari tua.

Categories
Kewangan Semasa

Malaysia Tidak Terlepas Berdepan Risiko Kelembapan Ekonomi Pada 2023 Kelak

Meskipun menegaskan struktur ekonomi Malaysia tidak gagal, Tengku Zafrul – Menteri Kewangan negara kekal akui Malaysia tidak akan terlepas daripada jangkaan berdepan cabaran kelembapan ekonomi global pada tahun 2023 kelak. Kesan kelembapan ekonomi diramalkan berlaku ke atas pemacu utama ekonomi seperti Amerika dan China, sekaligus turut memberikan kesan kepada Malaysia selaku negara berteraskan ekonomi terbuka.

Categories
Kewangan Teknologi

Mark Zuckerberg Hilang $71 Bilion Kekayaan Pada Tahun 2021 Ini

Pada tahun 2021 ini sahaja, Mark Zuckerberg telah kehilangan nilai kekayaan sebanyak $71 bilion – disebabkan kejatuhan harga saham syarikat Meta. Mengikut kekayaan semasa, Mark Zuckerberg dilihat mempunyai nilai kekayaan berjumlah $55.9 bilion. Ini memperlihatkan kejatuhan mendadak berbanding September 2021, yang pernah mencatatkan nilai $142 bilion.

Categories
Kewangan

Jumlah Orang Kaya Diramal Meningkat Kepada Lebih 87.5 Juta Orang Jutawan Menjelang 2026

Pengamatan Credit Suisse pada tinjauan kekayaan global 2022 ini secara jelas menunjukkan kesan inflasi, kenaikan kadar faedah bersama ketidaktentuan ekonomi semasa – ternyata tidak menjejaskan percambahan kelompok jutawan dunia. Mengikut jangkaan, menjelang tahun 2026, jumlah jutawan akan meningkat 40% kepada lebih 87.5 juta orang jutawan, dengan nilai kekayaan sekurang-kurangnya $1 juta.

Categories
Kewangan Semasa

Shopee Membuang 3% Pekerja Di Indonesia

Shopee sebelum ini telah melakukan beberapa pengoptimasian, termasuk menghentikan pengambilan pekerja baharu, barisan pengurusan teratas yang berhenti mengambil gaji, dan kini, Shopee turut menghentikan 3% pekerja di Indonesia. Langkah ini dalam mencapai kecekapan operasi syarikat tersebut.