Categories
Kewangan Semasa

Sekitar 46.2% Anak Muda Malaysia Terima Gaji Bawah RM2,500

Sekitar 46.2% pekerja Malaysia yang terdiri daripada anak muda sekadar memiliki jumlah gaji bulanan bawah RM2,500. Menyedari perkara ini, Perdana Menteri Ismail Sabri pada sidang Idea Bina Negara hari ini (4 Oktober) memaklumkan pentabiran persekutuan akan menggandakan pelbagai inisiatif sokongan untuk membantu anak muda menangani isu ini.

Categories
Kewangan

Tanpa Subsidi Kerajaan, Inflasi Negara Boleh Cecah 10.6% Pada Ogos 2022

Kadar inflasi negara dijangka mencatat angka yang jauh lebih tinggi iaitu 10.6 peratus berbanding 4.7 peratus pada Ogos 2022 sekiranya tanpa melibatkan pemberian subsidi kerajaan. Negara berdepan beberapa cabaran domestik dan global namun kerajaan terus tampil dengan beberapa dasar dan inisiatif bagi memulihkan ekonomi serta meringankan beban Keluarga Malaysia.

Categories
Kewangan

Kelas Pendapatan B40, M40, T20 Malaysia Akan Disemak Semula

Kelas pendapatan di Malaysia telah diklasifikasikan kepada 3 kumpulan – merangkumi kelas B40, M40 dan T20. Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), kini menjelaskan, bermula pertengahan Oktober ini semakan kelas pendapatan akan dilaksanakan semula. Beberapa perkara akan diambil-kira, termasuk aspek pendapatan semasa, melibatkan kesan kos sara hidup serta aliran ekonomi rakyat Malaysia ketika ini.

Categories
Kewangan Semasa

Bilangan Penduduk Bekerja Di Malaysia Meningkat – Kini Seramai 15.98 Juta Individu

Pasaran buruh Malaysia terus menunjukkan perkembangan yang positif – apabila alami peningkatan 4.5% jumlah penduduk bekerja di negara kepada 15.98 juta individu. Data setakat Julai 2022 pada Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia ini jelas menunjukkan pertumbuhan buruh negara terus diperkasakan dari semasa ke semasa.

Categories
Kewangan

Grab Bakal Melancarkan Bank Digital Di Malaysia Pada 2023

Grab hari ini berkongsi mengatakan mereka sedia mengoperasikan bank digital di Singapura, dan bakal memperluaskan penawaran bank digital ke dua buah negara lagi pada tahun hadapan, iaitu di Malaysia dan juga Indonesia. Sebelum ini, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan lima lesen untuk bank digital, dan Grab merupakan salah satu konsortium yang menerimanya.

Categories
Kewangan Teknologi

Kadar Dagangan NFT Pada September Jatuh 97% Berbanding Januari 2022

NFT merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan sejak daripada tahun lepas, dan mencapai kemuncak nilai dagangan pada awal tahun ini. Namun, kadar dagangan NFT kini dilihat jatuh sehingga 97% berbanding Januari 2022. Pada Januari, nilai dagangan NFT mencapai $17 bilion, tetapi kini ia sekitar $466 juta – yang mana masih tinggi, tetapi memperlihatkan trend penurunan.

Categories
Kewangan

CIMB Akan Tamatkan Penggunaan SMS TAC Pada Awal 2023

Selepas Maybank, kini CIMB turut mengumumkan bakal menamatkan penggunaan SMS TAC untuk tujuan pengesahan transaksi pada suku pertama 2023 kelak. Dengan langkah ini, semua pengguna akan perlu menggunakan SecureTAC untuk tujuan pengesahan transaksi.

Categories
Kewangan

Maybank Akan Berhijrah Sepenuhnya Dari Sistem SMS OTP Ke Secure2U Menjelang Jun 2023

Maybank hari ini mengumumkan mereka akan beralih sepenuhnya kepada sistem Secure2U untuk pengesahan transaksi, sekaligus menamatkan sistem OTP berasaskan SMS menjelang Jun 2023 kelak. Perkara ini diumumkan selari peralihan penggunaan MAE sahaja untuk pengaktifan Secure2U pada peranti baharu.

Categories
Kewangan Teknologi

Samsung Kini Menawarkan Kad Kredit Di India

Samsung kini turut menyertai arena kewangan di India dengan pengenalan kad kredit khusus bersama Axis Bank dan juga Visa. Kad kredit Samsung ini akan menawarkan pulangan tunai 10% untuk pembelian barangan Samsung sepanjang tahun, selain boleh digunakan seperti biasa untuk pembelian edagang, termasuk untuk penghantaran makanan dan sebagainya.

Categories
Kewangan Semasa

Shopee Malaysia Kini Memberhentikan Sebahagian Pekerja

Selepas melakukan pengoptimasian operasi di beberapa buah negara, kini Shopee turut melakukan pengoptimasian operasi di Malaysia, dan telah menghentikan sebahagian pekerja pada syarikat edagang tersebut. Shopee sebelum ini mengatakan langkah ini diambil dalam mengoptimasikan operasi disebabkan ketidaktentuan ekonomi, selain dalam mencapai fasa keuntungan.