Categories
Kewangan Semasa

4.5 Juta Pekerja Berisiko Hilang Kerja, Jika Tiada Peningkatan Kemahiran Menjelang 2030

Hasil kerancakkan sokongan teknologi kecerdasan buatan (AI) di pasaran negara dilihat secara berperingkat mampu memberi kesan kepada arena pekerjaan tempatan. Menjelang 2030, terdapat potensi seramai 4.5 juta rakyat Malaysia hilang pekerjaan sekiranya mereka tidak menaik-taraf kemahiran berasaskan permintaan tenaga kerja semasa.

Categories
Kewangan

55% Peminjam TNG GoPinjam Berumur Bawah 30 Tahun, Dengan Purata Pinjaman RM1,500

Kementerian Kewangan kini menyatakan seramai 88,620 individu telah mendapatkan pinjaman melalui GoPinjam sehingga penghujung Mac 2023 lepas, membawa kepada jumlah RM91.1 juta. Daripada angka tersebut, 55% merupakan mereka yang berumur dibawah 30 tahun, dan mendapatkan secara purata pinjaman RM1,500 setiap seorang.

Categories
Kewangan

84% Rakyat Malaysia Tiada Simpanan Tetap Setiap Bulan

Melalui Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023, ia didapati 84% rakyat Malaysia tiada simpanan tetap pada setiap bulan. Menurut KWSP, situasi ini berlaku apabila rakyat Malaysia hanya menyimpan secara tetap untuk jangka pendek sahaja sebelum bertindak mengeluarkan semula dana tersebut pada hujung bulan untuk menampung perbelanjaan harian mereka.

Categories
Kewangan

Rakyat Perlukan RM2.24 Juta Untuk Sertai Kumpulan Terkaya 1% Di Malaysia

Mengikut tinjauan yang dilakukan firma hartanah Knight Frank, ia dilihat orang ramai perlu mempunyai kekayaan sekurang-kurangnya RM2.24 juta untuk menyertai kumpulan terkaya 1% di Malaysia. Ia dijangka, akan terdapati seramai 164,839 individu pada tahap 1% ini menjelang 2027 kelak.

Categories
Kewangan Semasa

DuitNow Antara Negara : Kini Anda Boleh Bayar Di Indonesia Menggunakan Imbasan Kod QR

Bank Negara Malaysia dan juga Bank Indonesia kini mengumumkan pengenalan rasmi ciri kerjasama strategik, untuk penggunaan dan integrasi pembayaran berasaskan kod QR. Melalui integrasi ini, pembayaran menggunakan kod QR antara sistem DuitNow dan juga QRIS di Indonesia dipautkan. Hasilnya, pengguna Malaysia dengan dompet digital menyokong DuitNow boleh membayar di Indonesia dengan mengimbas kod QRIS.

Categories
Kewangan

BNM : OPR Ditingkatkan Kepada Paras 3.00%

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memaklumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara kini telah dinaikkan sebanyak 25 mata asas (bps) iaitu kepada 3.00%. Kenaikan ini sekaligus menamatkan pengekalan OPR 2.75%, yang telah dikekalkan sebanyak 3 kali sejak November 2022, Januari 2023 dan Mac 2023. Pelarasan OPR di bawah sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini dilaksana berasaskan petunjuk ekonomi semasa.

Categories
Kewangan

CIMB Menamatkan Sokongan Tambah-Nilai Kad TNG Melalui ATM

CIMB kini mengumumkan mereka telah menamatkan sokongan untuk tambah-nilai kad Touch n Go melalui mesin ATM, berkuatkuasa hari ini, 2 Mei 2023. Pihak CIMB menyatakan pengguna boleh menyemak laman Touch n Go untuk mengetahui lokasi tambah-nilai terdekat. Dengan langakh ini, pengguna perlu mencari alternatif lain dalam menambah-nilai kad TNG mereka, sekiranya sebelum ini sering melakukan tambah-nilai melalui mesin ATM CIMB.

Categories
Kewangan Semasa

Kerajaan Sarawak Mendapatkan Pegangan 4.95% Pada Affin Bank

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini menjual 112.56 juta saham dalam Affin Bank kepada entiti kerajaan negeri Sarawak, pada nilai RM221.74 juta. Dengan langkah ini, ia sekaligus membuatkan kerajaan Sarawak mempunyai pegangan sekitar 4.95% pada Affin Bank.

Categories
Kewangan

Jumlah Wang Tak Dituntut Kini Berjumlah RM11 bilion

Setakat Mac 2023, Kementerian Kewangan memaklumkan ketika ini terdapat sejumlah RM11 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) yang masih belum dituntut merupakan milik awam. Jumlah WTD itu menurut Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah diterima selari dengan Seksyen 8 Akta Wang Tak Dituntut (Akta 370) daripada syarikat, firma dengan jumlah sekitar RM14.1 bilion sejak tahun 1977 hingga Mac 2023.

Categories
Kewangan Semasa

Saham Tupperware Menjunam, Berpotensi Gulung Tikar

Tupperware, jenama barangan bekas plastik global kini dilihat berdepan kesukaran apabila sahamnya di pasaran telah menjunam 49%. Isu ini berlaku susulan permasalahan kekurangan tunai pada kumpulan, di mana harga sahamnya telah jatuh kepada $1.24 – menjadi paras terendah dalam tempoh 3 tahun. Situasi semasa ini mengikut laporan Agensi Berita Jerman berpotensi membawa kepada status gulung tikar sekiranya permasalahan tunai tersebut tidak mencapai penyelesaian.