Categories
Kewangan Semasa

Kerajaan Perluaskan Kredit e-Tunai Belia Rahmah RM200 Kepada Semua Pelajar Universiti Di Malaysia

Pada Belanjawan 2023 lepas, kerajaan sedia mengumumkan inisiatif bantuan e-dompet melibatkan para pelajar berusia 18 hingga 20 tahun. Namun, kini melalui perkongsian Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ia diputuskan yang mana inisiatif bantuan e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 setiap seorang akan diperluaskan kepada semua pelajar universiti.

Categories
Kewangan

Kad Kredit Maya Alliance Bank Mempunyai Nombor Berbeza Untuk Setiap Transaksi

Untuk mengurangkan risiko kepada pelanggan mereka, Alliance Bank kini melancarkan perkhidmatan Alliance Bank Visa Virtual Credit Card yang merupakan kad kredit maya. Alliance Bank Visa Virtual Credit Card ini unik kerana menggunakan nombor 16 angka yang berbeza untuk setiap transaksi. Nombor kad kredit sebenar pelanggan tidak akan terdedah sekiranya laman edagang yang digunakan telah digodam.

Categories
Kewangan Semasa

L’Oreal Mengambil-alih Jenama Kosmetik Aesop Pada Nilai Mencapai RM11 Bilion

L’Oreal, salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena kosmetik, kini mengukuhkan lagi portfolio dan pegangan pasaran dengan mengambil-alih jenama kosmetik Aesop. Pengambil-alihan ini dinilaikan sekitar RM11.04 bilion. Syarikat induk Aesop sebelum ini, Natura & Co dilihat menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan, dan penjualan ini dijangka membantu kembali kedudukan dan kewangan mereka.

Categories
Kewangan

BNM : Rakyat Malaysia Berisiko Habis Wang Pencen 19 Tahun Sebelum Meninggal Dunia

Terbaharu, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) pada Tinjauan Ekonomi, Monetari 2022 – rakyat Malaysia didapati berisiko kehabisan simpanan wang saraan mereka, 19 tahun sebelum mereka meninggal dunia. Kesan ini menurut BNM turut diselarikan dengan dapatan PBB 2022 – bahawa purata jangka hayat global disasar meningkat lebihi 77 tahun menjelang 2050. Maka hasil peningkatan jangka hayat itu, untuk rakyat Malaysia dianggarkan kehabisan simpanan wang sara, 19 tahun sebelum meninggal dunia.

Categories
Kewangan

BNM : 80% Pengguna BNPL Berpendapatan Bawah RM3,000

Corak perbelanjaan rakyat Malaysia dilihat mulai berbeza setelah pilihan secara Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL) diperkenalkan di negara, sejak beberapa tahun lalu. Namun susulan permintaan dan kuasa beli pengguna semakin menurun kesan ketidaktentuan ekonomi pada tahun 2022, kadar perkembangan BNPL dilihat semakin sederhana. Mengikut data, 44% pengguna BNPL adalah berusia antara 18 sehingga 30 tahun, dan 80% adalah berpendapatan bawah RM3000.

Categories
Kewangan

Pengguna Touch n Go eWallet? Pautkan Akaun Ke Peranti Sebelum 3 April Untuk Elak Gangguan Transaksi

Touch n Go eWallet kini mengingatkan pengguna untuk pautkan peranti ke akaun TNG eWallet, sekaligus mengaktifkan ciri TapSecure, sebelum 3 April 2023. Selepas 3 April 2023 kelak, TapSecure akan menjadi mandatori dalam melakukan pengesahan sebarang transaksi melibatkan TNG eWallet. TapSecure merupakan ciri pengesahan transaksi yang baharu, dihadkan kepada satu peranti pengesahan – menggantikan penggunaan SMS OTP sebelum ini.

Categories
Kewangan Semasa

Kini Anda Boleh Melakukan Pembayaran Di Singapura, Dengan Mengimbas Kod QR Melalui Sokongan DuitNow-NETS QR

Bank Negara Malaysia (BNM) kini mengumumkan yang mana DuitNow dan NETS QR telah dihubungkan, sekaligus membolehkan pelancong dari Singapura membayar DuitNow QR melalui imbasan NETS QR, sementara rakyat Malaysia yang ke Singapura boleh membayar di sana dengan mengimbas kod NETS QR melalui dompet digital yang menyokong DuitNow QR.

Categories
Kewangan Semasa

KPT Kemuka Permohonan Laksana Semula MyBrain 15

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Rolling Plan ke-4 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi meneruskan semula program MyBrain 15, Dewan Negara diberitahu hari ini. MyBrain 15 sebelum ini terbuka kepada pelbagai bidang pengajian di peringkat sarjana dan PhD yang telah dilaksanakan bermula 1 Dis 2010 di bawah RMK10 dan RMK11 dengan penawaran terakhir program MyBrain 15 ini pada 2016 lepas.

Categories
Kewangan

BNPL Di Malaysia : Majoriti Pengguna Berpendapatan Bawah RM3000, Berbelanja Purata RM545.20

Melalui perkongsian BNM, 2 dari 5 orang pengguna perkhidmatan BNPL adalah belia. Dikongsikan lagi, 4 dari 5 orang yang menggunakan BNPL adalah berpendapatan dibawah RM3000 sebulan. Secara purata, jumlah yang dibelanjakan pemegang akaun BNPL adalah sebanyak RM545.20, berdasarkan data pada suku ke-4 2022 lepas.

Categories
Kewangan Teknologi

TheLorry Berjaya Meraih Dana Pelaburan Berjumlah RM4.14 Juta Secara Biayasama

TheLorry kini mengumumkan mereka telah berjaya meraih suntikan pengumpulan dana terbaru, yang dilakukan secara biayasama, berjumlah RM4,140,000. Sebanyak RM3,375,000 telah diraih melalui platform biayasama Pitchin, sementara baki RM765,000 adalah pelaburan daripada pihak MyCIF. Dana akan digunakan untuk perluaskan perkhidmatan TheLorry, terutamanya di Indonesia.