Categories
Sains

Baka Padi Yang Ditanam Sekali Tetapi Boleh Dituai Lapan Kali Berjaya Dihasilkan

Para saintis dari China, US, dan Australia telah cuba membangunkan baka padi yang hanya perlu ditanam sekali tetapi boleh dituai beberapa sejak 1999. Kerana usaha mereka, baka padi yang boleh dituai sebanyak 8 kali dengan sekali penanaman telah berjaya dihasilkan. Padi adalah baka daripada padi Asia Oryza sativa dan padi Afrika Oryza longistaminata.

Categories
Sains

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Akan Berlaku Pada 8 November 2022

Agensi Angkasa Malaysia mengatakan fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada 8 November 2022. Fenomena gerhana bulan penuh ini berlaku apabila Bulan melalui paksi bayang umbra Bumi yang berada di tengah-tengah bayang umbra Bumi. Di Malaysia, fenomena ini akan berlaku sekitar 16.02 sehingga 21.56 waktu tempatan pada 8 November.

Categories
Sains

NASA Merakamkan Gambar Matahari “Tersenyum”

NASA sering memerhatikan ruang angkasa, dan melakukan pelbagai kajian berkaitan dengannya. Terbaru, mereka berjaya merakamkan sebuah gambar matahari, memperlihatkan seumpama ia “tersenyum”. Dirakamkan menggunakan pencahayaan ultraungu, ruangan berwarna gelap pada matahari tersebut adalah lohong korona – yang turut menjadi punca utama pengarus kelajuan tinggi angin suria.

Categories
Sains Teknologi

Khairy : Vaksin Covid-19 Berbentuk Semburan Yang Perlu Disedut Sedang Diuji Di Malaysia

Menteri Kesihatan (Sementara), Khairy Jamaluddin kini berkongsi mengatakan kerajaan telah memulakan ujian vaksin Covid-19 berbentuk semburan yang perlu disedut sedang diuji di Malaysia. Melalui vaksin ini, orang ramai hanya menyedut semburan vaksin selama sekitar 5 saat, dan prosesnya dilihat lebih pantas dan mudah.

Categories
Sains

Penguin Maharaja Diklasifikasikan Sebagai Spesis Diancam Kepupusan

Perubahan iklim telahpun mengakibatkan popular haiwan liar dunia menyusut 60% sejak 1970. Minggu ini penguin maharaja telah diklasifikasikan sebagai spesis yang diancam kepupusan. Menurut data terkini, terdapat 650,000 penguin maharaja di Antartika tetapi ia diramalkan menyusut kepada 47% menjelang 2050. Jika tindakan tidak diambil, ia akan pupus menjelang 2100.

Categories
Sains Semasa

Kilang Vaksin Halal Malaysia Bernilai RM300 Juta Dijangka Siap 2024

Kilang vaksin halal Phamarniaga LifeScience yang dianggar bernilai RM300 juta kini telah berjaya mencapai kemajuan 90%, dijangka bakal beroperasi pada tahun 2024 – seperti apa yang disasarkan pada akhir November 2020 lalu. Selain pembangunan kilang vaksin bersama pengesahan oleh JAKIM, Pharmaniaga turut menyasarkan penyelesaian kilang insulin yang dijangka siap pada tahun berikutnya iaitu 2025, kini telah mencapai kemajuan pembangunan 70%.

Categories
Sains

Produk Meluruskan Rambut Meningkatkan Risiko Kanser Rahim Pada Wanita

Kajian terkini yang diterbitkan oleh National Institutes of Health (NIH) mendapati produk meluruskan rambut meningkatkan risiko kanser rahim pada wanita. Kajian melibatkan 33,497 peserta berusia antara 35-74 tahun di Amerika Syarikat. Selepas 11 tahun data dikumpul, 378 peserta didapati menghidap kanser rahim. Persamaan yang ditemukan ialah mereka menggunakan produk meluruskan rambut lebih daripada empat kali setahun.

Categories
Sains

Vaksin Kanser Mungkin Menjadi Realiti Sebelum 2030

2 saintis yang mencipta vaksin Comirnaty menerusi syarikat BioNTech kini percaya vaksin untuk menentang kanser akan menjadi realiti sebelum 2030. Dalam temuramah BBC, pasangan ini berkata keuntungan yang dijana menerusi penjualan vaksin Comirnaty membantu untuk mempercepatkan proses mencari vaksin menentang kanser menggunakan teknologi mRNA.

Categories
Sains

Saintis Australia Ingin Tanam Pokok Di Bulan Menjelang 2025

Saintis Australia kini menyasarkan untuk menanam pokok di bulan menjelang 2025 kelak. Kajian ini dijangka akan membantu dalam membangunkan penempatan atau koloni di Bulan mahupun angkasa kelak. Melalui misi tersebut kelak, biji benih akan dibawa ke Bulan, dan seterusnya ia akan disimpan dan dipantau melalui sebuah bekas khusus di Bulan.

Categories
Sains

Saintis Kini Mengesan Lebih 30,000 Asteroid Berhampiran Bumi

Saintis dari NASA dan ESA menjejak asteroid di angkasa lepas yang terletak dalam lingkungan 45 juta kilometer – dikategorikan sebagai asteroid berhampiran-bumi. Kini mereka melaporkan 30,039 asteroid berhampiran-bumi sudah berjaya dijejak setakat ini. Dari jumlah ini, 1425 mempunyai kebarangkalian akan menghentam bumi dalam jangka masa 100 tahun.