Categories
Sains

NASA Akan Menguji Roket Berkuasa Nuklear Menjelang 2027 Untuk Misi Ke Marikh

NASA kini berkongsi mereka akan menguji enjin Demonstration Rocket for Agile Cislunar Operations (DRACO) yang dikelolakan oleh DARPA sejak 2020. Menerusi kerjasama dua badan kerajaan Amerika ini, ujian sebenar enjin DRACO akan dilakukan menjelang 2027. Sekiranya berjalan lancar, ia akan membuka langkah kepada NASA melancarkan misi ke Marikh menjelang penghujung dekad 2030.

Categories
Sains Semasa

SIRIM Bangunkan Piawaian Untuk Durian Musang King

SIRIM sedia menawarkan pensijilan dan piawaian untuk sejumlah produk, dan terkini mereka turut membangunkan pensijilan dan piawaian untuk buah Durian Musang King. Melalui integrasi teknologi tambahan juga, pengguna turut boleh menjejak keaslian buah durian berkenaan, termasuk mengesan punca dan lokasi pokok buah tersebut.

Categories
Sains

Lubang Lapisan Ozon Akan Pulih Sepenuhnya Menjelang 2066

Penemuan lubang ozon yang besar di Antartika merisaukan saintis sehingga negara-negara utama dunia memeterai Protokol Montreal pada tahun 1989 untuk menghentikan penggunaan CFC-11 yang menyebabkan ia berlaku. Semenjak persetujuan dimeterai 197 negara, kesihatan lapisan ozon kini semakin baik. Menjelang 2040, majoriti lubang yang ditemukan di negara-negara yang memeterai perjanjian akan tertutup sepenuhnya – dengan lapisan ozon di Antartika pulih menjelang 2066.

Categories
Sains

Penyelidik Menemui 2 Mineral Baharu Dalam Meteorit Besar Yang Dijumpai Di Somalia

Satu pasukan penyelidik telah menemui dua mineral baharu yang belum pernah dilihat di Bumi dalam meteorit seberat 15 tan yang ditemui di Somalia. Bagi yang tidak mengetahui, meteorit tersebut merupakan meteorit kesembilan terbesar yang pernah ditemui. Di dalam laporan meteorit yang diterbitkan, dua mineral tersebut dikenali sebagai elalit (elaliite) dan elkinstantonit (elkinstantonite).

Categories
Sains

Sel Sperma Badak Sumbu Putih Dihasilkan Daripada Sel Tunjang Untuk Mengelakkan Kepupusan

Di dunia sekarang hanya tinggal dua badak sumbu putih utara, tetapi malang sekali kedua-duanya adalah betina kerana badak jantan terakhir bernama Sudan meninggal dunia empat tahun lalu. Kini saintis daripada Osaka University menemukan cara untuk meneruskan spesis ini menggunakan sel tunjang – yang mana berjaya digunakan untuk menghasilkan sel pendahulu (precursor cell) sperma dan sel telur.

Categories
Sains

Satelit SWOT Dilancarkan Bagi Memetakan Keseluruhan Permukaan Air Dunia

Satelit SWOT akan menjalankan misi memetakan kesemua permukaan air di muka bumi dengan tepat buat pertama kalinya dengan tepat. Sehingga 90% tahap ketinggian air di permukaan bumi dijangka boleh dipetakan oleh SWOT sepanjang misinya. Dengan data yang terperinci, saintis boleh melihat dari mana datangnya sumber air dunia dan juga ke mana ia pergi di masa hadapan akibat perubahan iklim.

Categories
Sains

Neuralink Dijangka Mula Ujian Klinkal Manusia Dalam Masa 6 Bulan – Pasang Cip Ke Otak

Neuralink, sebuah yang sedang membangunkan teknologi cip pemprosesan yang boleh dipasangkan ke otak manusia, mengumumkan akan mula ujian klinikal ke atas manusia dalam tempoh 6 bulan lagi. Kegunaan cip implan ini, sekiranya ia berjaya ialah ia dijangka membolehkan pengguna untuk menggerakkan anggota badan yang lumpuh, memulihkan penyakit seperti Alzheimer’s dan Parkinson’s, serta mengawal kelengkapan elektronik menggunakan minda.

Categories
Sains

China Sedang Bangunkan Sistem Nuklear Baharu Untuk Menjana Tenaga Di Bulan

China kini sedang membangunkan sebuah sistem nuklear baharu yang akan digunakan di stesen Bulan menjelang 2028 kelak. Tenaga yang dijana akan digunakan dalam memudahkan operasi peralatan di Bulan, termasuk untuk menjana oksigen, air dan sebagainya. Tenaga ini juga penting untuk tujuan komunikasi dan pemindahan data.

Categories
Sains

Ronna, Quetta, Ronto dan Quecto Ialah Kata Awalan Baharu Untuk Unit Ukuran SI

Mikro, kilo, nano dan piko adalah tiga kata awalan yang kerap kita dengar untuk ukuran unit metrik. Terkini empat kata awalan untuk unit telah diumumkan ketika persidangan agung ke-27 mengenai timbang dan sukatan di Versailles. Empat awalan baharu yang diumumkan ialah Ronna, Quetta, ronto, dan juga quecto.

Categories
Sains

NASA Menyasarkan Angkasawan Menetap Di Bulan Menjelang 2030

NASA telah pun melancarkan misi baharu dalam menjelajah Bulan baru-baru ini, dan kini mengikut jadual mereka yang menyasarkan angkawasan boleh menetap dan bekerja dari bulan menjelang 2030 kelak. Dengan beroperasi dari Bulan, ia dijangka menjadi salah satu pusat operasi angkasa yang menghubungkan manusia ke Bumi dan kajian angkasa.