Categories
Semasa

MyNews Menilai Semua Perancangan Membuka Cawangan Baharu Pada 2023 Kerana Persaingan

MyNews kini melihat kembali kepada perancangan tahunan mereka, dan akan mengurangkan angka cawangan baharu yang bakal dibuka pada tahun 2023 ini. Pada awalnya, MyNews merancang membuka sekitar 80 cawangan baharu, tetapi kini mengurangkannya kepada 50 cawangan kedai baharu. Langkah ini diambil selari dengan peningkatan persaingan dalam arena kedai serbaneka di Malaysia.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Kini, Hanya Kurang 3% Daripada Perkongsian Berbentuk Pautan Berita Yang Dilihat Pengguna Di Facebook

Mengikut laporan terbaru yang dikongsikan oleh pihak Meta memfokuskan kepada pautan berita yang dikongsikan pada Facebook, ia didapati kurang 3% daripada perkongsian berbentuk pautan berita di Facebook yang dilihat pengguna di NewsFeed. Ini sekaligus memperlihatkan kekurangan kepentingan yang diberikan oleh Facebook pada perkongsian kandungan berbentuk pautan.

Categories
Semasa

TheStar Meningkatkan Harga Jualan Akhbar Kepada RM3 Senaskah

TheStar, salah satu akhbar berbahasa Inggeris yang popular di Malaysia, kini dilihat telah meningkatkan harga jualan mereka sebanyak 50%, sekaligus menjadikan harga jualan terkini akhbar tersebut kepada RM3 senaskah. Sebelum ini, akhbar yang sama dijual pada harga RM2 senaskah.

Categories
Semasa

Cecair Vape Bernikotin Kini Dikenakan Cukai 40 Sen Bagi Setiap Mililiter

Selari dengan agenda Belanjawan 2023 negara, cukai ke atas penjual cecair vape pada kadar RM0.40 sen setiap mililiter (ml) untuk rokok elektronik yang mengandungi nikotin kini dikuat kuasakan bermula 1 April. Meskipun tindakan ini telah dilaksanakan, didapati KKM pada makluman warta lain telah menjelaskan nikotin termasuk tembakau, tampalan dan gula-gula getah, cecair dan gel nikotin kini telah dikecualikan daripada Akta Racun 1952.

Categories
Kewangan Semasa

Kini Anda Boleh Melakukan Pembayaran Di Singapura, Dengan Mengimbas Kod QR Melalui Sokongan DuitNow-NETS QR

Bank Negara Malaysia (BNM) kini mengumumkan yang mana DuitNow dan NETS QR telah dihubungkan, sekaligus membolehkan pelancong dari Singapura membayar DuitNow QR melalui imbasan NETS QR, sementara rakyat Malaysia yang ke Singapura boleh membayar di sana dengan mengimbas kod NETS QR melalui dompet digital yang menyokong DuitNow QR.

Categories
Semasa

Elon Musk Kini Merupakan Akaun Dengan Pengikut Paling Tinggi Di Twitter

Bilangan pengikut Elon Musk di Twitter kini secara rasminya telah mengatasi bilangan pengikut Barack Obama, sekaligus menjadikan akaun Twitter Elon Musk sebagai akaun dengan angka pengikut paling tinggi di dunia. Sebelum ini, Elon Musk telah mencapai bilangan 100 juta pengikut pada bulan Jun lepas, dan seterusnya turut mengumumkan pengambil-alihan Twitter pada nilai $44 bilion.

Categories
Kewangan Semasa

KPT Kemuka Permohonan Laksana Semula MyBrain 15

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Rolling Plan ke-4 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi meneruskan semula program MyBrain 15, Dewan Negara diberitahu hari ini. MyBrain 15 sebelum ini terbuka kepada pelbagai bidang pengajian di peringkat sarjana dan PhD yang telah dilaksanakan bermula 1 Dis 2010 di bawah RMK10 dan RMK11 dengan penawaran terakhir program MyBrain 15 ini pada 2016 lepas.

Categories
Semasa

MoF : Hutang Kerajaan Persekutuan dijangka selesai sepenuhnya pada 2053

Kerajaan Persekutuan dijangka dapat menyelesaikan hutangnya pada tahun 2053 dengan mengambil kira tiada sebarang pinjaman baharu dibuat bagi tujuan pembiayaan defisit dan membiayai semula hutang yang matang mulai 2024 dan seterusnya, kata Kementerian Kewangan (MoF). Menurut kementerian itu, hutang kerajaan Persekutuan sehingga akhir 2022, adalah berjumlah RM1,079.6 bilion atau 60.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Dilancarkan, RM69 Untuk 30Mbps

Kerajaan hari ini secara rasminya telah melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap, sekaligus membawakan pakej internet jalur-lebar tetap untuk rumah pada harga RM69 untuk 30Mbps. Pelan ini menyasarkan kumpulan B40, warga emas, OKU dan juga veteran tentera serta polis.

Categories
Semasa

Kerajaan Sasar 1.5 Juta Kenderaan Elektrik Dalam Malaysia Menjelang 2040

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, kini berkongsi mengatakan kerajaan menyasarkan akan terdapat sekitar 1.5 juta kenderaan elektrik dalam Malaysia menjelang 2040 kelak. Langkah ini dilihat selari dengan ingin mencapai status Malaysia negara sifar karbon menjelang 2050 kelak.