Categories
Semasa

Kerajaan Setuju Lanjutkan Pelepasan Cukai Buat Pencarum SSPN Sehingga 2024

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini memaklumkan penamatan pelepasan cukai bagi caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan ditangguhkan dan dilanjutkan sehingga tahun 2024 kelak. Ini bermakna pembayar cukai yang mencarum pada SSPN masih boleh menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000, bagi tempoh tersebut.

Categories
Semasa

Khidmat LRT Mungkin Dibina Di Johor Bahru

Dengan permintaan khidmat pengangkutan awam yang semakin meningkat, Kementerian Pengangkutan (MOT) kini maklumkankan mereka sedang pertimbang cadangan membina jajaran pengangkutan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor Bahru. Penelitian ini susulan terdapat syarikat swasta menzahirkan hasrat mereka untuk membangunkan LRT di Johor Bahru. Setakat ini difahamkan usul projek sedemikian telah dikemukakan untuk penilaian lanjut Kerajaan Persekutuan.

Categories
Semasa Teknologi

Gordon Moore, Pengasas Hukum Moore Meninggal Dunia

Hukum Moore mengatakan jumlah transistor dalam litar bersepadu (IC) akan meningkat dua kali ganda setiap dua tahun dengan kos menghasilkannya turut separuh. Ia diperkenalkan pada tahun 1965 dan sejak 1975 hukum ini masih lagi utuh sehingga sekarang. Yang tidak utuh, Gordon Moore, insan yang melakukan ramalan Hukum Moore ini kerana beliau telah meninggal dunia hari ini pada usia 94 tahun.

Categories
Semasa

China Dilaporkan Akan Membantah Arahan Amerika Untuk Menjual TikTok

Amerika Syarikat dilaporkan meminta Bytedance menjual TikTok sekiranya mereka ingin terus beroperasi di negara tersebut. Alasannya TikTok akan menjual data kepada China bagi tujuan pengintipan acap kali digunakan walaupun beberapa kali dinafikan oleh pihak TikTok. Lanjutan daripadanya, kini Kerajaan China telah mengeluarkan kenyataan rasmi membantah sebaran bentuk penjualan TikTok.

Categories
Semasa

Kini Anda Boleh Menjual Minyak Masak Terpakai Melalui Setel – Terhad Di Beberapa Lokasi

Setel merupakan aplikasi yang memudahkan anda melakukan pembayaran untuk pengisian petrol untuk kenderaan, menguruskan parkir kenderaan, serta menguruskan beberapa perkara lain. Terbaru, Setel turut bekerjasama dengan Biolestari Energy, sekaligus membolehkan anda menjual minyak masak terpakai terus melalui Setel.

Categories
Semasa

UNESCO : 2 Bilion Penduduk Bumi Tiada Akses Kepada Bekalan Air Bersih

Menurut laporan UNESCO sempena Hari Air Sedunia semalam, 26% penduduk bumi atau sekitar 2 bilion tidak mempunyai akses kepada bekalan air yang bersih. Sementara itu 46% penduduk bumi juga tidak mempunyai akses kepada sistem sanitasi yang diuruskan dengan selamat.

Categories
Semasa

ZUS Coffee Menjual 35% Pegangan – Akan Diperluaskan Ke Filipina

ZUS Coffee merupakan salah satu jenama minuman yang tidak asing bagi pengguna tempatan. Telah membuka kedai pertama pada 2019 yang lepas, kini ZUS Coffee mempunyai lebih 197 cawangan di seluruh negara. Terbaru, Frank Lao, jutawan disebalik beberapa restoran popular di Filipina, termasuk Choi Garden dan Gloria Maris telah melabur pad ZUS Coffee, dan mendapatkan pegangan sebanyak 35%. Nilai pelaburan tidak dinyatakan oleh kedua-dua pihak.

Categories
Semasa

5 Lebuhraya Akan Menyokong Pembayaran Guna Kad Kredit Dan Debit, Selain TNG Menjelang September 2023

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi kini mengumumkan beberapa lebuhraya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka untuk plaza tol, sekurang-kurangnya pada September 2023. Antara lebuhraya yang akan terlibat adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.

Categories
Kewangan Semasa

Pengguna Kelak Boleh Guna Kad Kredit Dan Debit Untuk Bayaran Pengangkutan Awam

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kini menyatakan kelak para pengguna boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk tujuan pembayaran bagi pengangkutan awam mereka. Beliau telah mengarahkan agensi sepertI KTM dan juga Prasarana dalam menggunakan sistem pembayaran terbuka bagi perkhidmatan mereka. Ini sekaligus akan membolehkan pengguna menggunakan kad debit perbankan untuk bayaran menaiki bas dan juga keretapi.

Categories
Semasa

Kerajaan Pertimbang Sedia Khidmat Ambulans Udara Menjelang Akhir 2023

Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kini sedang mempertimbangkan untuk menawarkan khidmat ambulans udara kepada orang awam. Perkhidmatan ini dijangka melibatkan sokongan helikopter dibawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan dijangka dilaksanakan seawal penghujung 2023 ini.