Categories
Semasa Teknologi

Elon Musk Kini Menjadi Pemilik Twitter

Individu terkaya dunia Elon Musk pagi ini secara rasmi mengambil alih Twitter pada nilai $44 bilion seperti yang dipersetujui beberapa bulan yang lalu. Pengambil alihan dimuktamadkan selepas beliau melawat ibu pejabat Twitter semalam dan mengubah status pada akaun rasmi ke “Chief Twit”.

Categories
Kewangan Semasa

Gaji Pekerja Malaysia Dijangka Naik Lebih 2%, Mulai Tahun 2023

Malaysia disasarkan bakal menaikkan gaji pekerja pada kitaran 2.2% bagi tahun hadapan, 2023. Jangkaan ini sekaligus meletakkan negara antara 10 negara di dunia yang akan menaikkan gaji pekerja mereka. Tinjauan di bawah ECA International berkaitan laporan Trend Gaji ini jelas menunjukkan Malaysia di kedudukan ke-6, yang akan menaikkan gaji pekerja.

Categories
Semasa

DBKL Tidak Benarkan Bina Lebuh Raya Baharu, Ingin Atasi Kesesakan Trafik di KL

Menyedari masalah kesesakan trafik yang semakin meruncing di laluan ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelak akan mengambil pendekatan untuk mengehadkan dan tidak membenarkan lebuh raya baharu dibina bagi tangani isu tersebut. Pembinaan lebuh raya baharu sedemikian telah mengakibatkan kesesakan pada kemasukan kenderaan ke pusat bandar

Categories
Kewangan Semasa

UOB Ambil Alih Perbankan Runcit Citi Di Malaysia, Mulai 1 November Ini

United Overseas Bank Malaysia (UOB) pada pertengahan September lalu telah berjaya meraih kebenaran dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengambil-alih perniagaan perbankan runcit Citibank di Malaysia. Lanjutan daripadanya, kini Citibank mengumumkan akan melakukan peralihan dan pemindahan kepada UOB mulai 1 November ini.

Categories
Semasa Teknologi

TNB Bekerjasama Dengan Gamuda Untuk Bina Stesen Pengecasan Elektrik Dikuasakan Solar

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini mengumumkan kerjasama strategik bersama Gamuda, dan akan bina dua stesen pengecasan elektrik – masing-masing di Gamuda Cove yang terletak pada bahagian selatan Lembah Klang, dan juga Gamuda Gardens yang terletak pada bahagian utara Lembah Klang. Stesen pengecasan elektrik ini dijangka akan beroperasi menjelang 2025 kelak.

Categories
Semasa

Lebih 1.3 Juta Belia Akan Mengundi Buat Kali Pertama Di Malaysia

Menjelang 19 November ini, Malaysia kali pertama akan menyaksikan penyertaan pengundi muda berusia antara 18 tahun – 20 tahun dalam proses Pilihan Raya Umum. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat 9 Oktober lalu didapati seramai 1.39 juta daripada kumpulan 18-20 tahun telah didaftarkan sistem untuk mengundi buat pertama kali pada PRU kali ini.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Ladang Solar RM400 Juta Kini Dibuka Di Marang

Ladang tenaga solar fotovoltaik (PV) kini dibuka di Marang, menjadikan ia antara ladang solar terbesar di Malaysia. Pengarah Eksekutif Coara Solar Sdn Bhd berkata Projek Solar Coara Marang yang melibatkan kos sebanyak RM400 juta itu telah dibangunkan di kawasan seluas 245 hektar. Ia telah dibina bermula Februari 2021 lepas, dan berakhir pada April 2022. Ia mencapai operasi komersial pada 17 September 2022.

Categories
Semasa Teknologi

‘Kiamat Internet’ Diramal Berlaku Dalam Beberapa Dekad Lagi

Kejadian ribut besar di angkasa lepas dilaporkan mampu mencetuskan ‘kiamat internet’ dalam dekad akan datang. Hal ini disahkan oleh sekumpulan saintis yang meramalkan berlakunya gangguan talian berbulan lamanya apabila ribut merosakkan satelit dan talian kuasa. Berdasarkan data tersedia, kira-kira satu peratus peluang untuk melihat ribut lain dalam dekad akan datang.

Categories
Sains Semasa

Kilang Vaksin Halal Malaysia Bernilai RM300 Juta Dijangka Siap 2024

Kilang vaksin halal Phamarniaga LifeScience yang dianggar bernilai RM300 juta kini telah berjaya mencapai kemajuan 90%, dijangka bakal beroperasi pada tahun 2024 – seperti apa yang disasarkan pada akhir November 2020 lalu. Selain pembangunan kilang vaksin bersama pengesahan oleh JAKIM, Pharmaniaga turut menyasarkan penyelesaian kilang insulin yang dijangka siap pada tahun berikutnya iaitu 2025, kini telah mencapai kemajuan pembangunan 70%.

Categories
Semasa

Pelajar IPT Terima Pelepasan 5 Hari, Laksana Tanggungjawab Mengundi

Bermula 17 November sehingga 21 November kelak, para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) akan menerima pelepasan pulang untuk memenuhi tanggunjawab mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Dalam tempoh tersebut segala aktiviti pembelajaran dan luar pengajian perlu ditangguhkan untuk suatu tempoh yang lain.