Categories
Semasa

Seramai 945 Calon Bertanding Di 222 Kawasan Parlimen Pada PRU15

Pilihan Raya Umum Ke-15 akan diadakan pada 19 November 2022 kelak. Menariknya, PRU15 kali ini menyaksikan jumlah calon bertanding yang tinggi, iaitu seramai 945 calon secara keseluruhannya, bertanding di 222 kawasan Parlimen. Majoriti besar berumur antara 50-59 tahun, iaitu seramai 298 orang, dan diikuti 258 orang berumur lebih 60 tahun.

Categories
Kewangan Semasa Teknologi

Pendapatan Pengiklanan Twitter Jatuh Mendadak Selepas Dibeli Elon Musk

Elon Musk kini berkongsi mengatakan pendapatan pengiklanan pada Twitter kini mengalami kejatuhan mendadak. Elon Musk mengatakan ini disebabkan oleh tekanan sejumlah aktivis terhadap pelbagai jenama, meminta mereka menghentikan perbelanjaan pengiklanan di platform media sosial yang kini dimiliki Twitter.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Cereka Ingin Menjadi “Netflix” Untuk Novel Melayu

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan akses kandungan tanpa had dalam bentuk langganan – seumpama Netflix. Terbaru, salah satu aplikasi tempatan yang hadir ke pasaran adalah Cereka. Cereka memfokuskan kepada bahan bacaan seperti cerpen dan juga certot (cerita kontot) secara percuma. Langganan untuk novel pula ditawarkan pada harga RM4.90 sebulan.

Categories
Semasa Teknologi

Apple Kini Bernilai Lebih Tinggi Daripada Gabungan Nilai Google Dan Meta

Apple kini terus mencatatkan rekod, dimana nilai syarikat melangkaui $2 trilion – sekaligus menjadikannya antara syarikat yang bernilai tinggi di dunia. Ketika ini, Apple membawa kepada nilai permodalan berjumlah $2.23 trilion. Alphabet, iaitu syarikat induk Google bernilai sekitar $1.11 trilion, sementara Meta pula adalah sekitar $236 bilion.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Pulau Pinang Cadang Banyakkan Aktiviti Penambakan Tanah, Bagi Tujuan Pembangunan

Bagi memastikan pembangunan negeri terus mampan dan kebajikan generasi penduduk dapat dipenuhi, Kerajaan Pulau Pinang bercadang laksana lebih banyak aktiviti penambakan tanah – untuk meningkatkan simpanan tanah negeri tersebut. Matlamat ini juga dijelaskan dapat memberi jaminan buat generasi muda untuk memiliki aset melalui pembangunan kediaman di Pulau Pinang.

Categories
Kewangan Semasa

37% Pekerja Malaysia Sedia Dipotong Gaji, Untuk Bekerja Secara Jarak Jauh

37% pekerja Malaysia didapati bersedia terima pemotongan gaji untuk mereka bekerja secara jarak jauh tanpa perlu hadir ke pejabat. Fakta ini sekaligus menjelaskan keperluan bekerja di luar pejabat dilihat semakin dituntut oleh segelintir kumpulan pekerja.

Categories
Kewangan Semasa

Binance Ingin Membeli Bank – Menyatukan Arena Kriptowang Dengan Kewangan Tradisional

Pengasas Binance kini menyatakan hasrat untuk membeli bank, sebagai sebahagian dari usaha untuk menyatukan arena kriptowang dan juga kewangan tradisional. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bank manakah yang menjadi sasaran. Binance dilihat terbuka untuk melakukan pelaburan atau pengambil-alihan sesuatu bank.

Categories
Gaya Hidup Semasa

GrabFood Kini Sedia Penjimatan Untuk Penghantaran – Murah Tetapi Lambat

Grab kini memperkenalkan pilihan baharu pada penghantaran GrabFood, dinamakan sebagai “Saver”. Melaluinya, ia menawarkan alternatif untuk “Premium”, dimana kos penghantaran ditawarkan pada harga yang lebih rendah – tetapi sebagai alternatif, pengguna akan perlu menantikan sedikit lama berbanding kebiasaan.

Categories
Kewangan Semasa

RHB Bersama Boost Sasar Pelancaran Bank Digital Pada 2023

RHB kini menyasarkan pengenalan bank digitalnya bersama Boost Holdings menjangkakan akan dilaksana pada separuh kedua tahun 2023 kelak. Pembangunan untuk bank digital ini telah pun sedia dimulakan, dan ia memperlihatkan pelaburan sekitar RM1 bilion bagi kedua pihak.

Categories
Kewangan Semasa

BNM Sasar Penggunaan Nirtunai Kalangan Isi Rumah Naik 15% Setiap Tahun

Memahami lonjakan kaedah nirtunai melalui pendekatan e-pembayaran semakin meluas, Bank Negara Malaysia (BNM) kini melancarkan kempen e-Duit buat pemerkasaan sektor ekonomi negara. Dengan langkah ini, BNM mempercepatkan penerapan nirtunai dalam kalangan perniagaan dan isi rumah sebanyak 15% setiap tahun dan meningkatkan transaksi pembayaran atas-talian per kapita daripada 221 kepada 400 transaksi menjelang tahun 2026 kelak.