Categories
Kewangan Semasa

Jumlah Penduduk Bandar Di Malaysia Bakal Meningkat Naik Kepada 84% Menjelang 2040

Malaysia sedia disasarkan mencapai sekitar 41.5 juta penduduk menjelang tahun 2040. Selari dengannya, kini kajian memperlihatkan sasaran populasi bandar di Malaysia akan meningkat kepada sekitar 84% pada tahun berkenaan. Ini sekaligus dijangka akan mendorong kepada peningkatan kualiti dari segi hidup, ekonomi dan pendapatan selari permintaan ramai.

Categories
Kewangan Semasa

Bajet 2023 Akan Dibentang Semula, Sebelum Akhir 2022

Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri kini memaklumkan pembentangan Bajet 2023 akan dilaksanakan semula – sebelum akhir tahun ini. Bagaimanapun, tarikh pembentangan semula masih tidak diketahui. Ia akan dilaksanakan setelah Malaysia mengetahui tarikh pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober ini.

Categories
Kewangan Semasa

44% CEO Rancang Bekukan Pengambilan Pekerja Pada 2023 – Susulan Jangkaan Ekonomi Meleset

Sekitar 63% kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Asia Pasifik menjangkakan pada tahun hadapan, 2023 – akan berlakunya kelembapan pada pertumbuhan ekonomi global. Disebabkan itu, beberapa langkah dijangka akan diambil. Sekitar 44% CEO merancang untuk membekukan pengambilan pekerja, sementara 43% pula akan meningkatkan harga dan 40% pula bercadang mengurangkan margin keuntungan. 29% CEO pula dalam pertimbangan melaksanakan pemberhentian sementara untuk mengukuhkan operasi.

Categories
Semasa Teknologi

5.3 Bilion Telefon Dianggar Akan Dibuang Pada Tahun 2022

Ia kini dianggarkan sekitar 5.3 bilion telefon mudah-alih akan dibuang pada tahun 2022 ini, sekaligus terus menambah kepada sampah elektronik di Bumi. Perkara ini dikongsikan oleh WEEE (International Waste Electrical & Electronic Equipment Forum). Secara keseluruhan, ia dianggar terdapat 16 bilion telefon mudah-alih di dunia pada hari ini.

Categories
Semasa

41.4% Penjawat Awam Di Jabatan, Agensi Malaysia – Berdepan Masalah Obesiti

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada makluman Modul Pengurusan Berat Badan Trim & Fit untuk semua kementerian pada minggu ini, telah berkongsi daripada tinjauan menyeluruh, dimana masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam yang bekerja di agensi mahupun jabatan kerajaan kini mencapai sekitar 41.4%.

Categories
Kewangan Semasa

Terengganu Catat 80.2% – Antara Pengguna Tertinggi Buat Pesanan Barang, Khidmat Secara Atas-Talian

Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati Terengganu menjadi negeri yang merekodkan peratusan paling tinggi individu melakukan pesanan barangan atau perkhidmatan secara atas-talian sejak 2020. Negeri Terengganu mengatasi prestasi negeri lain, termasuk Selangor sekitar 79.3% dan Wilayah Kuala Lumpur pada kadar 78.0%.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Netflix Akan Mula Integrasi Paparan Iklan Bermula November

Netflix kini mengesahkan mereka akan mula memperkenalkan pelan langganan dengan sokongan iklan bermula November ini di 12 buah negara – tidak termasuk Malaysia. Pelan disokong iklan ini akan berharga lebih rendah, dan pada masa yang sama hadir dengan had akses kepada sejumlah filem dan siri-TV sahaja.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Kadar Kelahiran Hidup Di Malaysia Jatuh 6.7%, Penurunan Tertinggi Dalam 10 Tahun

Malaysia bagi tahun 2021 telah memperlihatkan penurunan pada kadar kelahiran hidup, jatuh 6.7% kepada 439,744 berbanding 471,504 kelahiran pada tahun 2020. Tinjauan di bawah Jabatan Perangkaan negara (DOSM) ini sekaligus menjadikan ia sebagai penurunan kadar kelahiran paling tinggi dalam tempoh satu dekad (10 tahun).

Categories
Gaya Hidup Semasa

KKM Syor Individu Positif COVID-19 Dibenar Mengundi Dengan SOP Ketat

Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) COVID Safe Election, dengan mengesyorkan individu positif COVID-19 dibenarkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi. Menteri Kesihatan berkata, kebenaran itu akan dimuktamadkan dan disyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat, dengan pematuhan SOP yang ketat.

Categories
Semasa

PM Ismail Bubar Parlimen – PRU15 Bakal Diadakan

Perdana Menteri, Ismail Sabri kini mengumumkan parlimen dibubarkan berkuat-kuasa serta merta. Dengan ini, pihak SPR akan mengambil langkah seterusnya dalam melaksanakan Pilihanraya Umum Ke-15, termasuk berkaitan tarikh penamaan calon dan juga tarikh pengundian.