Categories
Kewangan Semasa

Bajet 2023 : UTC Akan Dijadikan Sebagai Hab Digital Termasuk e-Sukan

Kerajaan melalui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan pelopori usaha transformasi Urban Transformation Centre (UTC) sebagai hab digital. Melaluinya, urus niaga di UTC akan dijalankan secara nirtunai di samping turut sama menggalakkan aktiviti digital yang merangkumi e-sukan dan pengekodan untuk manfaat belia setempat.

Categories
Kewangan Semasa

Bajet 2023 – Bantuan Awal Persekolahan RM150 Akan Diberikan Untuk Semua Murid Tanpa Kira Gaji Ibu Bapa

Kerajaan hari ini mengumumkan penerusan peruntukkan bantuan awal persekolahan – dimana ia ditingkatkan daripada RM100 kepada RM150. Menariknya juga, kali ini, ia akan diberikan kepada semua murid, tanpa mengira had pendapatan atau gaji ibu bapa.

Categories
Kewangan Semasa

Bajet 2023 – Kerajaan Umum Diskaun 20% Untuk Menyelesaikan Bayaran Balik PTPTN

Kerajaan hari ini mengumumkan akan menawarkan diskaun untuk pembayaran balik PTPTN secara menyeluruh. Tempoh promosi diskaun ini akan ditawarkan antara 1 November 2022 ke 30 April 2023 kelak. Diskaun sebanyak 20% akan diberikan untuk penyelesaian penuh, disamping disakun sebanyak 15% untuk penyelesaian 50% baki hutang.

Categories
Kewangan Semasa Teknologi

Kenderaan Elektrik Yang Diimport Akan Menerima Pengecualian Cukai Sehingga Penghujung 2024

Salah satu fokus kerajaan untuk tahun hadapan ialah pembangunan teknologi hijau dan juga penggunaan tenaga hijau untuk mengurangkan isu pencemaran di negara. Sehubungan dengan itu, kerajaan mengumumkan sewaktu Bajet 2023 bahawa duti import dan eksais akan dikecualikan untuk kenderaan jenis CBU import sehingga 31 Disember 2024.

Categories
Kewangan Semasa

Bajet 2023 : Pas Bulanan MY50 Diteruskan Untuk Pengangkutan Awam Di Lembah Klang

Kerajaan hari ini mengumumkan akan meneruskan pas bulanan MY50 berharga RM50 untuk tahun 2023. Secara kasar, kos pengangkutan untuk mereka yang bekerja di Lembah Klang adalah sekitar RM200 sebulan. Dengan pas bulanan RM50 ini, kerajaan subsidi sebanyak RM150 untuk orang ramai.

Categories
Kewangan Semasa

Bajet 2023 : Had Pegangan Bumiputera Dalam ASB, ASB2 Dinaikkan Kepada RM300,000

Untuk meningkatkan pegangan ekuiti dalam kalangan Bumiputera negara, kerajaan pada sidang pembentangan Bajet 2023 memaklumkan jumlah had pegangan pada ASB dan ASB 2 dinaikkan kepada RM300,000. Kenaikan had pegangan daripada RM200,000 ini bertujuan meningkatkan lagi kesejahteraan kewangan kumpulan Bumiputera.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Rekaan Aerotrain Baharu KLIA Diperlihatkan – Bakal Beroperasi 2025

Sistem kereta api Aerotrain KLIA sudah berusia 24 tahun. Hari ini pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkongsi rekaan Aerotrain baharu yang akan memulakan operasi menjelang 2025. Tren terdiri daripada tiga gerabak dengan kemampuan membawa sehingga 270 penumpang. Apabila beroperasi kelak ia mampu membawa 5400 penumpang setiap jam.

Categories
Kewangan Semasa

Malaysia Optimis Berupaya Hasilkan 45% Pekerja Berkemahiran Tinggi Kelak

Data tahun 2021 menunjukkan, pasaran pekerja berkemahiran tinggi Malaysia mencatatkan sekitar 29.6% menyamai jumlah 4.5 juta pekerja. Dalam usaha untuk terus meningkatkannya, kini Perdana Menteri Ismail Sabri melancarkan Pelan Induk Taman Mranti dan Penjenamaan Semula Mimos Berhad – memaklumkan peningkatan infrastruktur akan diperluaskan bagi menghasilkan 45% pekerja berkemahiran tinggi.

Categories
Kewangan Semasa

Gaji Penengah Di Malaysia Pada 2021 Adalah RM2250

Mengikut data DOSM terbaru yang diterbitkan, ia memperlihatkan gaji penengah di Malaysia adalah sebanyak RM2250 pada tahun 2021. WP Putrajaya mencatatkan gaji penengah tertinggi dengan kadar RM3837, sementara Kelantan terendah dengan RM1632.

Categories
Semasa Teknologi

Elon Musk Menyatakan Pembelian Twitter Mempercepatkan Pembangunan “X” – Aplikasi Semua-Dalam-Satu

Elon Musk pada awal pagi tadi, telah menyatakan ingin kembali untuk mengambil-alih Twitter. Lanjutan daripadanya, kini Elon Musk menyatakan pembelian Twitter akan mempercepatkan pembangunan X, iaitu sebuah aplikasi semua-dalam-satu. Info penuh mengenainya tidak diketahui lagi, tetapi Elon Musk dilihat berminat dengan model WeChat.