Categories
Gaming Semasa

Monsta Akan Menambah Dua Lagi Animasi Baharu Dibawah “Power Sphera Universe”

MONSTA merupakan salah satu animasi yang tidak asing lagi di Malaysia dengan animasi Boboiboy, Mechamato dan juga Papa Pipi. Berkongsi hari ini, CEO Monsta turut mengumumkan mereka akan menambah dua lagi siri baharu dalam tempoh lima tahun akan datang – yang mana masih belum dinamakan lagi, sekaligus membentuk Power Sphera Universe.

Categories
Semasa

Bacaan Kedua RUU Berkaitan Jenayah Intip Dan Hendap Akan Dibentangkan Pada Bulan Oktober

Bacaan kedua Rang Undang-Undang jenayah intip dan hendap akan dibentangkan pada bulan hadapan. Menurut RUU itu, sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.

Categories
Semasa

DHL Mula Menggunakan Kenderaan Penghantaran Elektrik Di Malaysia

DHL hari ini menjadi syarikat penghantaran bungkusan pertama yang menggunakan kenderaan elektrik di Malaysia. Dalam fasa permulaan bermula Oktober ini, 6 kenderaan elektrik digunakan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan sasaran meningkatkatkannya ke 61 kenderaan menjelang penghujung 2023 di seluruh Malaysia.

Categories
Semasa

Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan Ketika Menaiki Kapal Terbang – KKM

Setelah meneliti berdasarkan penilaian situasi COVID-19 semasa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memaklumkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang. Pelaksanaan ini berkuat kuasa serta-merta, bermula pada hari ini (28 September).

Categories
Semasa Teknologi

Perkhidmatan Penstriman Mubi Menamatkan Operasi Di Malaysia

Perkhidmatan penstriman Mubi kini mengumumkan penamatan operasi di Malaysia. Pengguna masih boleh melanggannya pada harga RM30 sebulan, tetapi akan hanya dapat mengakses katalog antarabangsa sahaja, dan berkemungkinan katalog tempatan tidak lagi akan ditambah ke Mubi selepas ini.

Categories
Kewangan Semasa

Shopee Malaysia Kini Memberhentikan Sebahagian Pekerja

Selepas melakukan pengoptimasian operasi di beberapa buah negara, kini Shopee turut melakukan pengoptimasian operasi di Malaysia, dan telah menghentikan sebahagian pekerja pada syarikat edagang tersebut. Shopee sebelum ini mengatakan langkah ini diambil dalam mengoptimasikan operasi disebabkan ketidaktentuan ekonomi, selain dalam mencapai fasa keuntungan.

Categories
Kewangan Semasa

DHL Express Akan Naikkan Caj Perkhidmatan Secara Purata 7.9% – Mulai 1 Januari 2023

DHL Express, hari ini (26 September) memaklumkan pihaknya akan menaikkan harga caj perkhidmatan mereka secara purata 7.9% bermula 1 Januari 2023 kelak. Langkah pelarasan kos ini didorong berpandukan kepada tekanan inflasi, aliran mata wang dan keperluan kos pentadbiran untuk mengukuhkan langkah pengawalseliaan dan keselamatan operasi.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Rakyat Malaysia Paling Ramai Bersalin Pada Bulan Oktober

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia, kini berkongsi mengatakan kemuncak peningkatan kelahiran bagi kaum wanita ialah setiap kali bulan Oktober. Mengikut trend, setiap tahun ia meningkat bermula bulan September hingga November, dengan kemuncak pada Oktober.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Harga Purata Sewa Rumah Bertingkat Tinggi Di Lembah Klang Naik

Hartanah bagi kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor kini memaparkan kenaikan pertumbuhan harga purata sewa yang tertinggi – setakat 6 bulan pertama tahun 2022 ini. Kenaikan ini seiring dengan peningkatan permintaan menyewa yang semakin rancak di kawasan Lembah Klang dengan 34% kenaikan carian menyewa di lokasi berkaitan direkodkan.

Categories
Kewangan Semasa

Kerajaan Ingin Memperkenalkan Lesen Khas Untuk Peniaga Atas-Talian Bagi Mengelakkan Penipuan

Kerajaan kini sedang mengkaji semula prosedur lesen khas atas perniagaan atas-talian dalam usaha melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan. Satu pasukan khas diwujudkan bagi mencari mekanisme pelesenan baharu dengan peraturan sedia ada yang akan dipinda.