Categories
Semasa

DBKL Perkenal Surau Bergerak Mudahkan Pengunjung Tunaikan Solat

DBKL kini perkenal sebuah surau bergerak, dimana surau bergerak ini boleh memuatkan 10 jemaah lelaki dan wanita sementara 20 jemaah lelaki lagi bagi ruang solat di bahagian luar lori. Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Jalan Kuching Selatan Dibuka Di Bandar Guro, Korea Selatan – Dinamakan Sebagai KuchingSouth-ro

Di Korea Selatan, kini sebuah jalan di Bandar Guro telah dinamakan sebagai ‘KuchingSouth-ro’ iaitu nama bandaraya Kuching Selatan di Sarawak. Penamaan jalan ini adalah untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-10 persahabatan antara Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Bandar Guro sebagai bandar persahabatan.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Kerajaan Akan Sediakan WiFi Percuma Di Semua Hospital Awam Seluruh Negara

Kementerian Kesihatan kini mengumumkan akan melaksanakan pemasangan perkhidmatan WiFi percuma di semua hospital awam seluruh negara. Pemasangan ini akan dilakukan secara berperingkat. Hospital pertama yang akan menerimanya adalah Hospital Rembau.

Categories
Semasa

Universiti Keusahawanan Bakal Mula Operasi Selewat-lewatnya Disember 2022

Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dijangka memulakan operasi selewat-lewatnya Disember tahun ini selepas mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pengambilan pertama melibatkan seramai 500 pelajar dari seluruh negara akan dilakukan seawal November atau Disember ini, daripada peringkat Diploma hingga PhD.

Categories
Kewangan Semasa

Rakyat Malaysia Dijangka Perlukan Sekurang-Kurangnya RM1 Juta Dalam Simpanan Sebelum Bersara

Rakyat Malaysia yang ingin bersara dengan tenang dalam tempoh 20 tahun hingga 30 tahun akan datang, dijangka memerlukan sekitar RM900,000 sehingga RM1 juta dalam akaun simpanan mereka. Mengikut perkiraan bahagian strategi KWSP, nilai ini diukur setelah mengambil-kira faktor inflasi dan kos perubatan yang perlu ditanggung ketika hari tua.

Categories
Semasa

Sebuah Universiti Khas Untuk Wanita Dicadang Untuk Ditubuhkan Di Malaysia

Kementerian Pengajian Tinggi merancang untuk menubuhkan sebuah universiti khas untuk wanita. Pada hari ini, bilangan mahasiswi di IPTA adalah lebih 350,000 iaitu 61% daripada jumlah kemasukan pelajar, manakala lebih 530,000 iaitu 53% pelajar wanita memasuki IPTS.

Categories
Semasa

Malaysia Optimis Capai Sifar Miskin Tegar Menjelang 2025

Kerajaan optimis dapat mencapai sasaran sifar miskin tegar pada penghujung tahun 2025 dengan pendekatan baharu yang bersepadu dalam pelaksanaan projek rintis untuk meningkatkan pendapatan golongan sasar itu. Keyakinan ini berdasarkan kesungguhan kerajaan meningkatkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk universiti, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi membantu golongan itu keluar dari garis miskin tegar.

Categories
Semasa

HappyFresh Menamatkan Operasi Di Malaysia

Setelah 7 tahun beroperasi, HappyFresh, penyedia perkhidmatan untuk menempah barangan runcit secara atas-talian, kini mengumumkan akan menutup operasinya, berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini diambil susulan situasi persekitaran ekonomi semasa yang telah memberi tekanan kepada pengurusan jenama. Sebelum ini, HappyFresh telah berhenti beroperasi sementara, dan kini menutup sepenuhnya operasi mereka di Malaysia.

Categories
Kewangan Semasa

Malaysia Tidak Terlepas Berdepan Risiko Kelembapan Ekonomi Pada 2023 Kelak

Meskipun menegaskan struktur ekonomi Malaysia tidak gagal, Tengku Zafrul – Menteri Kewangan negara kekal akui Malaysia tidak akan terlepas daripada jangkaan berdepan cabaran kelembapan ekonomi global pada tahun 2023 kelak. Kesan kelembapan ekonomi diramalkan berlaku ke atas pemacu utama ekonomi seperti Amerika dan China, sekaligus turut memberikan kesan kepada Malaysia selaku negara berteraskan ekonomi terbuka.

Categories
Semasa

Pulau Redang, Pulau Perhentian Bakal Nikmati Elektrik 24 Jam

Penduduk dan pengusaha pelancongan di Pulau Redang serta Pulau Perhentian bakal menikmati bekalan elektrik selama 24 jam dalam tempoh tiga tahun lagi. Projek Pulau Tenaga Hijau ini akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap pada tahun 2025. Pada hari ini, penduduk Pulau Perhentian dan Pulau Redang mendapat bekalan elektrik selama 12 jam dan pada waktu selebihnya mereka menggunakan generator.