Categories
Gaya Hidup Semasa

Bilik Pameran HABIB Pertama Akan Melabuhkan Tirai Selepas Beroperasi 36 Tahun

Menjadi bilik pameran HABIB yang pertama, HABIB Semua House dibuka pada tahun 1986 yang mana bilik pameran ini terletak di Pusat Membeli Belah Semua House, Kuala Lumpur. Dan kini, HABIB Semua House mengumumkan mereka akan menutup tirai bilik pameran tersebut buat selamanya bermula 30 September 2022. Sebab disebalik penutupan tidak dinyatakan.

Categories
Semasa

KKM : Majikan Disaran Beri Pekerja Cuti Tambahan, Laksana Saringan Kesihatan

Bagi memastikan kesejahteraan pekerja di Malaysia terus terpelihara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melihat sokongan majikan dalam menggalakkan para pekerja menjalani saringan kesihatan sekali setahun amat diperlukan. Selari dengannya, kini KKM menyarankan supaya majikan beri pekerja cuti tambahan sehari untuk tujuan tersebut.

Categories
Semasa

Pemakaian Pelitup Muka Di Sekolah Kini Tidak Lagi Diwajibkan

Selari dengan keputusan KKM tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup sejak Rabu lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengesahkan ia juga tidak lagi diwajibkan di premis sekolah. Pelajar yang menunjukkan simpton demam, batuk dan selesema masih diwajibkan memakai pelitup muka di kawasan tertutup dan di kawasan terbuka pula ia adalah digalakkan.

Categories
Semasa

Melaka Ingin Bina Jambatan Atau Terowong Hubungkan Indonesia

Melaka kini menyatakan hasrat untuk menghubungkan Malaysia dan Tanah Besar Sumatera melalui jambatan atau terowong pada jarak sekitar 120 kilometer. Pembangunan ini dijangka akan mengambil masa sekitar 20 tahun, dan memberikan impak positif kepada kedua-dua negara dari segi ekonomi.

Categories
Kewangan Semasa

Pos Malaysia Tampilkan Setem NFT Pertama Negara

Bersempena meraikan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu bersama Hari Malaysia pada 16 September kelak – Pos Malaysia kini tampil dengan edisi setem terhad iaitu setem NFT pertama negara. Sebanyak 14 setem edisi terhad ditawarkan, dan setiap pembelian turut hadir dengan kebolehan untuk tebus NFT khusus untuknya.

Categories
Semasa

Ratu Elizabeth II Mangkat – Pemerintah Paling Lama Dalam Sejarah Dunia Moden

Pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Khamis (waktu tempatan). Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland, kata kenyataan Istana Buckingham. Ratu Elizabeth atau Elizabeth Alexandra Mary dilahirkan di 17 Bruton St, London, pada 21 April 1926.

Categories
Semasa

Kadar Kelahiran Naik, Populasi Malaysia Kini 32.7 Juta

Aliran pertumbuhan penduduk Malaysia setakat suku kedua 2022 ketika ini, memperlihatkan peningkatan 0.2% kepada 32.7 juta penduduk. Perincian jumlah populasi mengikut kewarganegaraan pula, seramai 30.2 juta adalah rakyat Malaysia, diikuti baki 2.4 juta pula adalah bukan-warganegara. Peratusan percambahan rakyat negara mengikut kategori etnik menunjukkan Bumiptera dan India memaparkan peningkatan penduduk.

Categories
Semasa

Thor: Love And Thunder Kini Boleh Ditonton Di Disney+ Hotstar

Filem Thor: Love and Thunder dibatalkan tayangannya di Malaysia sebelum ini. Filem ini mengisahkan Thor kembali berkuasa, kemudian bertemu kembali dengan Jane Foster yang menjadi Thor baharu serta bertempur dengan si pembunuh dewa Gorr. Bagi mereka yang menantikan kehadiran filem ini di Malaysia, anda kini boleh tonton filem ini di Disney+ Hotstar.

Categories
Semasa

Pemakaian Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengumumkan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak diwajibkan lagi, berkuat kuasa serta-merta. Pelaksanaan ini menurut Khairy Jamaluddin diteliti berdasarkan situasi semasa tahap penularan COVID-19 negara.

Categories
Semasa

Iran Menggunakan Teknologi Pengecamam Wajah Untuk Menghukum Wanita Yang Tidak Menutup Aurat

Sejak revolusi 1979, pemakaian tudung oleh wanita adalah diwajibkan di Iran. Kegagalan menutup kepala boleh menyebabkan wanita didenda atau dalam kes lebih serius dipenjara. Terkini, kerajaan Iran akan menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk mengenalpasti dan kemudiannya menghukum wanita yang tidak menutup aurat di kawasan awam.