Categories
Kewangan Semasa

Shopee Membuang 3% Pekerja Di Indonesia

Shopee sebelum ini telah melakukan beberapa pengoptimasian, termasuk menghentikan pengambilan pekerja baharu, barisan pengurusan teratas yang berhenti mengambil gaji, dan kini, Shopee turut menghentikan 3% pekerja di Indonesia. Langkah ini dalam mencapai kecekapan operasi syarikat tersebut.

Categories
Semasa

MAVCOM : AirAsia Menerima Bilangan Aduan Tinggi Sepanjang 6 Bulan Pertama 2022

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) kini mengeluarkan data untuk enam bulan pertama, memperlihatkan AirAsia menerima jumlah aduan paling tinggi, iaitu 42.1% daripada jumlah keseluruhan aduan. Ia diikuti MAS dengan 40.7% aduan. Kebanyakkan aduan melibatkan kepada penjadualan semula penerbangan.

Categories
Semasa

PM : Semua CEO GLC, GLIC Dan Hakim Perlu Isytihar Aset Kepada SPRM

Semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan ahli badan kehakiman kini dikehendaki mengisytiharkan aset harta mereka kepada SPRM. Keputusan ini dicapai setelah perbincangan dilakukan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Anti-Rasuah hari ini

Categories
Semasa Teknologi

PerantiSiswa Dijangka Akan Selesai Diedar Pada November

Kerajaan kini berkongsi sasaran untuk selesai mengedarkan peranti dibawah inisiatif PerantiSiswa menjelang November 2022 kelak. Pengedaran untuk fasa pertama dijangka akan selesai dalam tempoh dua minggu lagi, sebelum pengedaran untuk fasa kedua bermula sekitar Oktober kelak. Sekitar 300,000 permohonan telah diterima setakat ini.

Categories
Semasa

PM : Tarikh Pembubaran Parlimen Akan Diumum Tidak Lama Lagi

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tarikh pembubaran parlimen akan diumumkan tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ismail Sabri berkata pemimpin BN juga perlu mendekati pengundi muda dengan melaksanakan libat urus bagi mendapatkan sokongan mereka.

Categories
Semasa

Lebuhraya SUKE Fasa 1 Dibuka Bermula 16 September 2022, Tol Percuma Sebulan

Kerajaan kini mengumumkan Lebuhraya SUKE fasa pertama akan dibuka untuk diakses oleh para pengguna jalan raya bermula tengah hari, 16 September 2022. Lebuhraya SUKE ini menghubungkan Sri Petaling ke Jalan Hulu Kelang, dan adalah sepanjang 24.4 kilometer. Ia dijangka akan mengurangkan sejumlah besar kesesakkan di beberapa jalan utama sekitar Kuala Lumpur.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Lebuhraya SUKE Catat Dua Rekod Tersendiri Di Malaysia

Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sepanjang 24.4 kilometer (km) bermula dari Sri Petaling ke Jalan Hulu Kelang kini mencatatkan dua rekod tersendiri di Malaysia, apabila menjadi struktur tanjakan ‘helikoidal’ pertama di dalam negara; selain mempunyai struktur bertingkat galang kekotak bersegmen (SBG) tertinggi di Lembah Klang dan ketiga di Malaysia.

Categories
Semasa

Kini, Anda Boleh Menikmati Pengalaman Bercuti Di Bulan, Tanpa Terbang Ke Bulan

Moon World Resort ingin membina Moon – bangunan berbentuk seperti bulan di beberapa lokasi dunia. Di dalam kubah gergasi Moon, pelawat boleh mempunyai pengalaman seperti bercuti di sebuah koloni di permukaan bulan. Sebuah permukaan bulan palsu akan dibina dengan pelawat boleh memenuhi impian mengikut jejak Neil Armstrong. Pihak Moon World Resort ingin membina satu Moon di setiap benua seperti sebuah Disneyland.

Categories
Kewangan Semasa

35% Jurutera Di Malaysia Terima Gaji Permulaan Bawah RM2,000

Mengikut tinjauan terbaru Lembaga Jurutera Malaysia (LJM), sekitar 35% jurutera di Malaysia didapati menerima gaji permulaan di bawah RM2,000. Ia juga dimaklumkan purata kenaikan gaji permulaan bagi sektor awam dan swasta adalah masing-masing 2.9% dan 2.2% dari tahun 2000 hingga 2021.

Categories
Semasa

Bajet 2023 Akan Tertumpu Pada Penerapan Teknologi Automasi Dan Digital

Malaysia pada Bajet 2023 kelak dilihat akan memberi tumpuan kepada pemerkasaan teknologi automasi dan digital dalam landskap ekonomi negara. Kementerian Kewangan (MOF) melalui Timbalan Menteri II memaklumkan fokus tersebut adalah sebahagian daripada agenda negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital.