Johnson & Johnson kini mengumumkan mereka akan menamatkan pengeluaran bedak talkum untuk bayi secara global menjelang 2023. Ini disebabkan oleh penurunan permintaan produk di kebanyakkan negara, selain isu keselamatan penggunaan bedak bayi J&J.
Johnson & Johnson kini mengumumkan mereka akan menamatkan pengeluaran bedak talkum untuk bayi secara global menjelang 2023. Ini disebabkan oleh penurunan permintaan produk di kebanyakkan negara, selain isu keselamatan penggunaan bedak bayi J&J.
Jabatan Pendaftaran Negara, kini berkongsi, bagi mengelakkan dokumen disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab, orang ramai disarankan membuat palang dua garisan lurus pada dokumen salinan dengan menulis tujuan atau urusan dokumen tersebut digunakan.
Dalam usaha merancakkan ekonomi tempatan, dan pengusaha kecil dan sederhana, kini kerajaan mengumumkan peruntukkan sebanyak RM50 juta dalam menyokong individu yang ingin memulakan perniagaan makanan dari rumah. Ia akan diagihkan dibawah AgroBank, menawarkan pembiayaan sehingga RM5,000 dan RM10,000 untuk peringkat kedua.
Grab kini menyambut ulang-tahun ke-10 mereka, dan menariknya mereka turut berkongsi telah melengkapkan sebanyak 10 bilion perjalanan pada 4 Julai 2022 lepas. Secara keseluruhan juga Grab telah melengkapkan lebih 60 bilion kilometer perjalanan.
Jualan aiskrim Haagen-Dazs perisa vanila kini telah dihentikan di Malaysia, susulan laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF) yang mendapati aiskrim tersebut mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO).
Menteri Pengangkutan kini berkongsi lanjut berkenaan lesen vokasional untuk rider penghantar makanan dan barangan yang bakal diperkenalkan. Menteri mengatakan proses untuknya lebih mudah, dengan kos bawah RM10, dan tiada sebarang semakan kenderaan.
Malaysia ke arah populasi tua, dengan anggaran 15% rakyat berusia lebih 60 tahun menjelang 2030. Namun, kerajaan mengatakan tiada sebarang perancangan untuk mengubah umur persaraan minimum yang ditetapkan pada umur 60 tahun hari ini, kerana ia adalah angka umur minimum, dan masih boleh bekerja melangkaui usia tersebut.
Bermula 1 September 2022 kelak, waktu jam bekerja mingguan maksimum Malaysia dikurangkan kepada 45 jam, berbanding 48 jam pada hari ini. Pengurangan 3 jam ini telah pun diluluskan melalui Pindaan Akta Kerja 1955. Langkah ini juga dijangka akan dapat tingkatkan produktiviti pasaran buruh Malaysia.
Mengikut data terbaru, sekitar 45.2% pengguna kemudahan bas percuma GoKL adalah warga asing. Susulan itu, ia kini dipertimbangkan yang mana pengguna warga asing mungkin dikenakan caj sebanyak RM1 – dan membolehkan sekitar RM9.2 juta dijana negara setiap bulan.
Ia dianggarkan kos perbelanjaan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 akan menelan belanja sekitar RM1 bilion. Kos ini adalah lebih tinggi berbanding sebelum ini, dikatakan mengambil-kira pertambahan jumlah pengundi. Sekitar 21.1 juta pengundi dijangka mengundi pada PRU15 kelak.