Categories
Semasa

Jemaah Menteri Malaysia Akan Menggunakan Kereta Elektrik Bermula 2023

Jemaah Menteri Malaysia kini disasar untuk mula menggunakan kereta elektrik bermula 2023. Ini adalah sebahagian usaha dalam mengurangkan pencemaran. Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal, dan pelbagai perkara berkaitan, termasuk kos yang terlibat masih tidak dikongsikan lagi.

Categories
Kewangan Semasa

DOSM : Lebih 2.7 Juta Penduduk Malaysia Selesa Bekerja Sendiri

Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) kini berkongsi berkenaan dengan tenaga buruh di Malaysia, dimana terdapat 15.7 juta pekerja pada suku kedua 2022. Daripadanya, 17.7% atau lebih 2.7 juta orang bekerja sendiri. Angka ini memperlihatkan peningkatan 70 ribu orang berbanding suku pertama 2022 lepas.

Categories
Kewangan Semasa

45% Rakyat Malaysia Didapati “Cukup-Cukup Makan” – Susulan Kenaikan Kos Sara Hidup

Mengikut kajian terbaru, sekitar 45% rakyat Malaysia ketika ini hanya memiliki status kewangan “cukup-cukup makan”, disebabkan tekanan kos sara hidup yang tinggi. Sekitar 7% rakyat Malaysia pula berada dikedudukan kewangan “hidup selesa”.

Categories
Semasa

Pereka Fesyen Sebalik “Turtle Neck” Steve Jobs Meninggal Dunia

Issey Miyake, salah seorang pereka fesyen dari Jepun yang popular, termasuk merekabentuk baju leher tinggi (turtle neck) dipakai Steve Jobs, kini meninggal dunia pada usia 84 tahun. Sepanjang kerjaya, beliau telah hadir dengan sejumlah perkara, termasuk beberapa kaedah lisu fabrik, serta memenangi sejumlah anugerah.

Categories
Semasa

Syarikat Induk TikTok, Bytedance Membeli Rangkaian Hospital Di China

Syarikat disebalik aplikasi popular TikTok, iaitu Bytedance, kini telah mengambil-alih dan membeli salah satu rangkaian hospital di China, memfokuskan kepada wanita dan kanak-kanak, iaitu Amcare Healthcare. Amcare sedia mempunyai 7 hospital dibawahnya, selain beberapa pusat kesihatan lain. Bytedance membayar sekitar RM6.6 bilion untuk membelinya.

Categories
Semasa

“Rider” Penghantar Kelak Perlu Daftar Lesen Vokasional Tambahan

Kerajaan sedang dalam perancangan meminda akta, yang akan memerlukan rider penghantar makanan atau barangan mendapatkan Lesen Vokasional tambahan sebelum menawarkan khidmat mereka. Disamping itu, RUU yang bakal dibentang pada sesi Parlimen akan datang turut akan mengurangkan had umur rider daripada 21 tahun ke 18 tahun.

Categories
Gaya Hidup Semasa

McD Kini Kembalikan Set Sajian Saiz Besar – Masalah Kekurangan Kentang Goreng Diatasi

Tidak lama sebelum ini, McDonald’s telah umum kekurangan kentang goreng, membuatkan mereka tidak menawarkan set sajian bersaiz besar, selain membolehkan pengguna tukar pilihan kentang goreng kepada makanan sampingan lain. Kini, masalah tersebut telah diatasi, dan sajian saiz besar kembali semula di McD.

Categories
Kewangan Semasa

6.62 Juta Pencarum KWSP Bawah 55 Tahun, Hanya Miliki Simpanan Kurang RM10,000

Berdasarkan data Kementerian Kewangan berakhir 30 Jun 2022, ia dilihat seramai 6.62 juta ahli, atau 52% ahli KWSP berusia bawah 55 tahun, hanya miliki simpanan kurang daripada RM10,000. Dan lebih kritikal lagi, 3.2 juta ahli berumur bawah 55 tahun, mempunyai simpanan kurang RM1,000.

Categories
Semasa

Akaun Telegram Perdana Menteri Digodam – Pengguna Diminta Abaikan Mesej Yang Diterima

Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri kini berkongsi, bahawa akaun telegram peribadi beliau telah digodam. Oleh itu pengguna yang menerima mesej dari akaun tersebut diminta mengabaikan mesej yang diterima.

Categories
Kewangan Semasa

Malaysia Alami Kekurangan Akauntan Bumiputera – Tidak Sampai 10%

Walaupun Malaysia memiliki lebih 22,000 akauntan bertauliah di negara, namun tidak sampai 10% daripada jumlah tersebut hanya melibatkan akauntan bumiputera negara. Ia kini disasarkan untuk angka ini mencapai 30% akauntan bertauliah Bumiputera menjelang 2027 kelak.