Categories
Semasa

PM Anwar Beri Cuti Kelepasan Am Tambahan – Jumaat Atau Isnin, Bergantung Penetapan 1 Syawal

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, kini kerajaan mengumumkan hari cuti kelepasan am tambahan selama sehari. Cuti ini bergantung pada tarikh jatuhnya Raya, iaitu sekiranya Raya pada hari Jumaat, maka cuti pada hari Isnin. Sementara sekiranya Raya pada hari Sabtu, maka cuti pada hari Jumaat. Secara menyeluruh, rakyat Malaysia akan dapat menikmati cuti dari Jumaat ke Isnin.

Categories
Semasa

Kerajaan Mengumumkan Tol Rahmah – Tol Percuma Selama 4 Hari Bersempena Hari Raya

Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Tol Rahmah, dimana tol akan ditawarkan secara percuma selama 4 hari bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba. Tol Rahmah ini akan dilaksanakan melibatkan 33 lebuhraya, dan bagi semua kelas kenderaan. Ia akan dilaksanakan bermula 19 April 2023 sehingga 21 April 2023 kelak, dan juga pada 24 April 2023.

Categories
Semasa

Tim Cook Kini CEO Apple Dengan Tempoh Perkhidmatan Paling Lama

Tim Cook kini secara rasmi menjadi CEO paling lama dalam sejarah Apple. Beliau memintas rekod tempoh 4249 hari yang dipegang oleh mendiang Steve Jobs sebelum ini. Tim Cook telah memegang jawapan CEO Apple sejak 24 Ogos 2011, beberapa minggu sebelum Jobs menghembuskan nafas terakhir. Walaupun beliau sudah menjadi CEO selama 4254 hari di Apple, rekod jawatan tertinggi di Apple masih lagi dipegang oleh Steve Jobs. Antara 1996 hingga 2010, Jobs memegang jawatan sebagai CEO sementara Apple.

Categories
Semasa

Samsung Dilaporkan Pertimbang Gantikan Google Dengan Bing Pada Peranti Mereka

Samsung kini dilaporkan mempertimbangkan untuk menggantikan enjin carian utama pada peranti-peranti keluaran mereka dengan Bing berbanding Google pada hari ini. Bing sejak sekian lama tidak digunakan secara meluas oleh kebanyakkan pengguna kerana hasil cariannya yang kurang tepat dan jitu berbanding Google. Namun, Microsoft berjaya mengubah persepsi berkenaan dengan mengintegrasi teknologi kecerdasan buatan, dan penawaran Bing Chat sejak awal tahun ini.

Categories
Semasa

Pos Malaysia Dan Bank Negara Lancar Koleksi Khas Setem Syiling Kesultanan Melayu

Dalam usaha memperkasakan nilai sejarah negara, kini Pos Malaysia bersama Bank Negara Malaysia tampil dengan Setem Syiling Kesultanan Melayu. Melaluinya, ia hadir dengan penawaran koleksi syiling yang dihasilkan sejak abad ke-12 sehingga ke-19 dalam bentuk setem. Bagi pengguna yang berminat boleh dapatkan koleksi khas set lengkap ini dengan harga RM59.50.

Categories
Kewangan Semasa

Kerajaan Sarawak Mendapatkan Pegangan 4.95% Pada Affin Bank

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini menjual 112.56 juta saham dalam Affin Bank kepada entiti kerajaan negeri Sarawak, pada nilai RM221.74 juta. Dengan langkah ini, ia sekaligus membuatkan kerajaan Sarawak mempunyai pegangan sekitar 4.95% pada Affin Bank.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Lotus Kini Hadir Dengan Kereta Elektrik Terbaru Pada Harga Mencapai RM800k

Lotus Cars Malaysia kini mengumumkan kenderaan SUV elektrik pertama untuk pasaran tempatan, Lotus Eletre. Lotus Eletre hadir dengan tiga pilihan model, iaitu Lotus Eletre, Lotus Eletre S dan Lotus Eletre R. Ketiga-tiga varian Lotus Eletre ini menggunakan bateri berkapasiti 112kWh dan pengecas 350kW yang hadir dengan ciri pengecasan pantas dari 10 ke 80 peratus dalam masa hanya 20 minit.

Categories
Semasa

Harga Tiket Penerbangan Lebih Rendah Bakal Diperkenalkan Kepada Pelajar IPTA

Tidak lama lagi, kerajaan akan mengumumkan harga istimewa berhubung tiket penerbangan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Mengikut perancangan Kementerian Pengangkutan (MOT), pelarasan harga tiket penerbangan itu akan melibatkan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung dan pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah dan Sarawak.

Categories
Semasa

Proton Dan Perodua Tawar Pakej Auto Rahmah Untuk Servis Kenderaan

Bagi meringankan bebanan kos penyelenggaraan pemilik kenderaan, Pakej Auto Rahmah 2023 kini diperkenalkan buat para pengguna. Mengikut perkongsian MITI, ketika ini jenama Proton dan Perodua menjadi antara yang menyediakan penawaran tersebut yang menyediakan diskaun sehingga 30% untuk penyelenggaraan. Buat pengetahuan untuk Proton, model kenderaan yang layak di bawah pakej servis ini adalah Persona, Iriz, Exora, Saga, Inspira, Waja dan Wira. Manakala Perodua pula bagi model Axia dan Bezza sahaja.

Categories
Kewangan Semasa

Saham Tupperware Menjunam, Berpotensi Gulung Tikar

Tupperware, jenama barangan bekas plastik global kini dilihat berdepan kesukaran apabila sahamnya di pasaran telah menjunam 49%. Isu ini berlaku susulan permasalahan kekurangan tunai pada kumpulan, di mana harga sahamnya telah jatuh kepada $1.24 – menjadi paras terendah dalam tempoh 3 tahun. Situasi semasa ini mengikut laporan Agensi Berita Jerman berpotensi membawa kepada status gulung tikar sekiranya permasalahan tunai tersebut tidak mencapai penyelesaian.