Categories
Gaya Hidup Teknologi

Twitter Blue Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Malaysia – Bermula RM35 Sebulan, Atau RM369 Setahun

Twitter kini telah mula menawarkan Twitter Blue kepada pengguna Malaysia, menawarkan tanda calit biru, disamping sejumlah ciri tambahan seperti kurang paparan iklan, dan muat-naik video lebih panjang. Twitter Blue ditawarkan pada harga RM35 sebulan atau RM369 setahun apabila dilanggan melalui web. Sekiranya melanggan melalui Android dan iPhone, ia mencapai harga RM50 sebulan, atau RM519.90 setahun.

Categories
Teknologi

iPhone 14 Dan 14 Plus Dalam Warna Kuning Boleh Dipratempah Di Malaysia

Apple kini memberikan sedikit kemaskini pada pilihan penawaran iPhone 14, dimana iPhone 14 dan iPhone 14 Plus kini ditawarkan dalam pilihan warna kuning. Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan, dan mendapatkan ia pada pilihan harga yang sama seperti sebelum iaitu bermula RM4,199 untuk iPhone 14. Sementara itu, iPhone 14 Plus pula bermula RM4,699.

Categories
Teknologi

Amazon Rancang Labur RM25.5 Bilion Di Malaysia, Menjelang 2037 – Akan Bukan AWS Region Di Malaysia

AWS, Amazon Web Sevices kini terus memaparkan komitmen kumpulan pada pasaran teknologi negara apabila hari ini mengumumkan hasrat operasi untuk melabur berjumlah RM25.5 bilion menjelang 2037 kelak. Makluman pada sidang AWS Cloud Day turut menjelaskan ketersediaan kumpulan untuk membangunkan infrastruktur zon AWS Cloud di negara – yang secara langsung akan memberi manfaat kepada pembangun, startup, usahawan, perusahaan tempatan, dan sektor pendidikan Malaysia.

Categories
Teknologi

CelcomDigi Ingin Membangunkan Ekosistem Metamesta Di Malaysia

CelcomDigi kini mengumumkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi Korea Selatan, iaitu SK Telecom – dimana melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan mebangunkan platform ekosistem metamesta mudah-alih Malaysia yang pertama. Kedua-dua syarikat akan membangunkan dan menawarkan metamesta serta kecerdasan buatan yang dioptimasikan untuk pasaran tempatan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

TikTok Akan Mengehadkan Secara Automatik Masa Penggunaan Untuk Remaja Kepada 60 Minit Sehari

TikTok kini mengumumkan tetapan automatik baharu kepada para pengguna remaja, sekaligus akan mengehadkan masa yang dihabiskan para remaja menggunakan aplikasi berkenaan. TikTok akan mengehadkan setiap pengguna remaja bawah 18 tahun kepada had 60 minit sehari.

Categories
Teknologi

Elon Musk Dilaporkan Ingin Membangunkan Alternatif Kepada ChatGPT

Elon Musk pada awalnya merupakan antara pelabur awal OpenAI, namun meninggalkan firma tersebut tidak lama selepas itu. Kini, dengan populariti ChatGPT, Elon Musk dilihat ingin menyertai semula perlumbaan dalam arena kecerdasan buatan ini. Mengikut laporan baharu, Elon Musk dikatakan telah mula mencari pengkaji dalam arena kecerdasan buatan, dengan sasaran ingin membangunkan sebuah makmal kajian tersendiri.

Categories
Teknologi

Durioo+ Buat Anjakan Paradigma, Kini Bernilai RM100 Juta

Durioo+ telah dilancarkan pada Februari 2022 lepas. Untuk makluman, pengasasnya Sinan Ismail turut merupakan pengasas Digital Durian sebelum ini yang popular dengan animasi Didi & Friends dan juga Omar & Hana. Terbaru, mereka menerima suntikan dana pelaburan berjumlah RM12.5 juta, sekaligus menilaikan syarikat Durioo pada RM100 juta. Platform penstriman ini kini mempunyai 22,000 pelanggan aktif berbayar, yang melanggan pada harga RM12.90 sebulan.

Categories
Semasa Teknologi

Tesla Akan Membuka Pusat Servis Dan Rangkaian Supercharger Di Malaysia

Tesla secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan ia akan membuka pejabat operasi, pusat servis kenderaan dan juga rangkaian Supercharger mereka. MITI telahpun meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport kenderaan elektrik berbateri (BEV) mereka. Selain pusat servis dan pengecasan, kedai jualan rasmi Tesla juga akan dibuka.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Memperlihatkan Konsep Kaca Mata Pintar AR Baharu

Bersempena dengan MWC2023, Xiaomi memperlihatkan kaca mata pintar, dinamakan sebagai Xiaomi Wireless AR Glass Discovery Edition. Kaca mata pintar ini dikuasakan Snapdragon XR2 Gen 1, dan seberat 126 gram. Xiaomi menggunakan struktur aloi berasaskan magnesium-lithium dan bahan karbon fiber dalam memberikan keselesaan dan binaan yang kukuh untuk kaca mata pintar ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kerajaan Ingin Jadikan MySejahtera Sebagai “Super App” Untuk Pengurusan Kesihatan Awam

Kerajaan kini berkongsi menyatakan ingin menjadikan aplikasi MySejahtear sebagai sebuah “super app” atau aplikasi semua-dalam-satu – memfokuskan kepada pengurusan kesihatan awam negara. Dengan langkah ini, ia akan menjadi salah satu pusat untuk dataraya berkaitan dengan kesihatan – sekaligus memudahkan ia digunakan dalam menentukan hala tuju kesihatan negara, termasuk melibatkan penyediaan belanjawan, perkhidmatan dan sebagainya.