Categories
Gaya Hidup Teknologi

Unifi Mengacah Pengenalan Pelan Internet “Ultra” Berkelajuan 2Gbps

Unifi kini hadir dengan laman pendaftaran minat, sekaligus mengacah bakal memperkenalkan pakej internet baharu dengan kelajuan mencapai 2Gbps. Melalui laman pendaftaran minat berkenaan, Unifi dilihat menggunakan perkataan “Ultra”, yang mana mungkin merupakan nama untuk pelan atau pakej terbaru mereka kelak.

Categories
Semasa Teknologi

Gordon Moore, Pengasas Hukum Moore Meninggal Dunia

Hukum Moore mengatakan jumlah transistor dalam litar bersepadu (IC) akan meningkat dua kali ganda setiap dua tahun dengan kos menghasilkannya turut separuh. Ia diperkenalkan pada tahun 1965 dan sejak 1975 hukum ini masih lagi utuh sehingga sekarang. Yang tidak utuh, Gordon Moore, insan yang melakukan ramalan Hukum Moore ini kerana beliau telah meninggal dunia hari ini pada usia 94 tahun.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Kini Menawarkan Peralatan Robotik Untuk Membantu Anda Memasak

Xiaomi kini membawa masuk sejumlah produk dibawah penawaran peranti berhubung ke Malaysia, termasuk salah satunya memfokuskan kepada memasak, iaitu Xiaomi Smart Cooking Robot. Xiaomi Smart Cooking Robot ini dikatakan menawarkan sejumlah ciri memasak yang menarik, termasuk kebolehan menyiapkan sesuatu masalah daripada lebih 200 resipi masakan yang tersedia. Ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM4599.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Acer Kini Menghasilkan Basikal Pintar, Dinamakan Acer Ebii

Acer sedia mempelbagaikan penawaran produk mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan terkini ia dilihat Acer turut menambah sebuah penawaran baharu, berbentuk basikal elektrik pintar. Ebii hadir dengan motor elektrik untuk membantu anda mengayuh. Acer turut menggunakan kecerdasan buatan, membolehkan basikal berkenaan mengenal pasti gaya kayuh, sekaligus mengoptimasikan basikal berkenaan mengikut gaya anda.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kementerian Pendidikan Tinggi Sedang Meneliti Garis Panduan Penggunaan ChatGPT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) proaktif mengenai isu ChatGPT dan sedang meneliti garis panduan penggunaan kecerdasan buatan seperti ChatGPT dalam sistem pendidikan negara. KPT pada waktu ini melihat kecerdasan buatan selaku alat penyelesaian yang dapat membantu proses pembelajaran di Malaysia. Tetapi turut menyedari akan risiko ia digunakan sepenuhnya oleh pelajar untuk menghasilkan kertas kerja tanpa input sebenar dilakukan oleh mereka.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Microsoft 365 Copilot Diumumkan – AI Untuk Word, Excel, PowerPoint, Outlook Dan Teams

Microsoft hari ini mengumumkan mereka akan membawa sokongan kecerdasan buatan generasi baharu ke aplikasi produktiviti mereka. Penawaran ini dinamakan Microsoft 365 Copilot, dan akan menyokong aplikasi popular seperti Word, Excel, PowerPoint, Outlook, Teams dan banyak lagi. Dengan integrasi Copilot ini, ia akan memudahkan pengguna dalam melakukan tugasan harian, termasuk penyediaan dokumen, serta tugasan berkaitan lain.

Categories
Teknologi

OpenAI Mengumumkan GPT-4 – Model AI Generasi Baharu Yang Lebih Cerdas Dan Kreatif

OpenAI merupakan pembangun disebalik model bahasa yang digunakan pada kecerdasan buatan yang dibangunkan mereka, ChatGPT. Teknologi disebaliknya berasaskan kepada model GPT (Generative Pretrained Transformer), dan kini versi GPT-4 diperkenalkan secara rasminya. GPT-4 membawakan kebolehan menyelesaikan pelbagai masalah dan persoalan dengan kadar kejituan lebih tinggi. GPT-4 juga boleh membantu dalam tugasan kreatif.

Categories
Teknologi

MYTV Hadir Dengan Perkhidmatan Penstriman Video Percuma – MYTV Mana-Mana

MYTV merupakan penyedia yang mengendalikan kemudahan infrastruktur dan jaringan khidmat TV digital di Malaysia. Menariknya, selain daripada siaran televisyen secara digital, pihak MYTV kini turut hadir dengan perkhidmatan penstriman video mereka tersendiri, dinamakan MYTV Mana-Mana – membolehkan para pengguna menonton sejumlah kandungan terus melalui web, termasuk siaran TV langsung, filem, dan juga siri drama.

Categories
Teknologi

Meta Menamatkan Sokongan NFT Pada Instagram Dan Facebook – Kurang Setahun Selepas Memperkenalkannya

Meta, nama besar disebalik platform seperti Facebook dan Instagram kini mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk koleksi digital atau NFT pada platform mereka. Pengumuman ini hadir selepas kurang setahun ciri sokongan NFT diperkenalkan secara terhad di Instagram dan Facebook sebelum ini. Sebab disebalik penamatan sokongan ini tidak dinyatakan – dan tidak diketahui sama ada ia berkadar langsung dengan penggunaan NFT di platform tersebut atau sebaliknya.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Meta Sedang Bangunkan Aplikasi Alternatif Untuk Twitter

Dengan pelbagai masalah yang timbul di Twitter, beberapa perkhidmatan alternatif mula timbul berasaskan Mastodon. Tidak ketinggalan, kini dilaporkan Meta turut sedang membangunkan aplikasi alternatif untuk Twitter. Aplikasi yang sedang dibangunkan oleh Meta ini menggunakan nama kod “P92” buat masa ini. Ia akan membolehkan pengguna log masuk menggunakan akaun Instagram. Buat masa ini, projek ini sedang diterajui oleh Adam Mosseri, ketua Instagram sendiri.