Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Kini Mempunyai Lebih 2 Bilion Peranti Aktif Di Seluruh Dunia

Apple nampaknya terus mendominasi arena peranti elektronik, dan melalui perkongsian terbaru, gergasi teknologi tersebut mengatakan kini terdapat lebih 2 bilion peranti Apple yang aktif digunakan pengguna di seluruh dunia. Ini adalah termasuk penggunaan iPad, Mac dan juga iPhone.

Categories
Teknologi

OpenAI Bakal Perkenal Ciri Jana Video Menggunakan Kecerdasan Buatan

OpenAI merupakan salah satu nama yang kerap disebut kebelakangan ini, dengan penawaran sejumlah ciri-ciri dan fungsi berasaskan kecerdasan buatan. Antara yang ditawarkan adalah ChatGPT untuk maklumbalas pantas dan Dall-E yang membolehkan penjanaan gambar dengan menggunakan input berasaskan teks. Terbaru, OpenAI juga sedang bangunkan kebolehan untuk jana video menggunakan AI.

Categories
Teknologi

Kerajaan Umum Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap – Internet 30Mbps Untuk RM69 Sebulan

Kementerian Komunikasi dan Digital hari ini mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap secara rasminya, menyasarkan dalam usaha membantu golongan B40 dengan akses pada harga lebih rendah. Melalui pakej yang akan ditawarkan penyedia perkhidmatan bermula Mac 2023 kelak, pengguna akan disediakan dengan pelan berkelajuan 30Mbps pada harga hanya RM69 sebulan. Setiap pakej turut hadir dengan kontrak selama 24 bulan.

Categories
Semasa Teknologi

Facebook Kini Mempunyai 2 Bilion Pengguna Aktif Setiap Hari

Perkhidmatan Facebook sering digambarkan dengan pengguna berusia, dan perkhidmatan yang kian kurang digunakan. Namun, secara statistiknya, kini ia memperlihatkan keadaan berbeza. Mengikut data terbaru yang dikeluarkan oleh Meta, kini perkhidmatan media sosial Facebook mempunyai seramai 2 bilion pengguna aktif setiap hari. Dirantau Asia Pasifik sahaja, Facebook mempunyai sekitar 854 juta pengguna aktif setiap hari.

Categories
Semasa Teknologi

Amerika Syarikat Dilaporkan Menghalang Huawei Daripada Membeli Cip Qualcomm Dan Intel

Huawei sedia mengalami sekatan ekonomi yang serius sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menawarkan peranti 5G, menjual kelengkapan selular dan mengakses faundri yang menawarkan teknologi milik Amerika Syarikat. Situasi mereka kini mungkin akan jadi lebih getir, dimana ia dilaporkan pentadbiran Amerika Syarikat akan menambah halangan terhadap Huawei, dan tidak membenarkan mereka membeli cip keluaran Qualcomm dan Intel.

Categories
Teknologi

Microsoft 365 Basic Kini Ditawarkan Pada Harga Langganan RM9 Sebulan

Microsoft hari ini menawarkan sebuah pelan langganan baharu dibawah pakej Microsoft 365, dinamakan sebagai Microsoft 365 Basic. Pelan ini menawarkan perkhidmatan asas dengan akses storan awan 100GB pada OneDrive, disamping akses bebas iklan ke perkhidmatan emel Outlook. Pelan ini ditawarkan pada harga RM9 sebulan, atau RM90 setahun.

Categories
Teknologi

Apple iPad Boleh-Lipat Dijangka Akan Hadir Tahun 2024

Apple iPad dengan rekaan skrin boleh-lipat kini disasarkan bakal dilancarkan selewat-lewatnya menjelang 2024 – menurut penganalisa Ming-Chi Kuo. Ini juga selari dengan jualan peranti skrin boleh-lipat diramalkan akan semakin meningkat kerana teknologinya yang semakin matang, perisian yang lebih baik dan pengeluar lain turut menawarkan peranti yang sama ke peringkat global.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Facebook Didakwa Sengaja Melakukan Ujian Yang Menyebabkan Bateri Peranti Cepat Habis

Bekas pekerja Facebook kini mendakwa syarikat tersebut sengaja melakukan ujian yang menyebabkan bateri peranti pengguna cepat habis. Beliau memfailkan saman ke atas Facebook kerana didakwa dipecat kerana enggan melakukan “ujian negatif” yang menghabiskan bateri kerana boleh membahayakan pengguna. Ujian akan melihat sepantas mana aplikasi boleh dijalankan dan berapa pantas imej boleh dimuat turun yang memakan bateri. Ini dilakukan pada aplikasi Facebook dan Messenger.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Pengguna Samsung Galaxy Watch 5 Di Malaysia Kini Boleh Guna Ciri Pemantauan Tekanan Darah Dan ECG

Baru-baru ini, pihak Samsung telah pun menerima pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan, dalam menawarkan ciri tambahan untuk kesihatan – termasuk ECG dan juga pemantauan tekanan darah. Selari dengannya, kini Samsung Malaysia telah mula menawarkan kemaskini aplikasi Samsung Health Monitor Blood Pressure. Ia kini boleh digunakan bersama Samsung Galaxy Watch 5 dan Watch 5 Pro di Malaysia.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Telefon Pintar Coca-Cola Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Coca-Cola, salah satu jenama minuman berkarbonat popular di dunia, kini dilihat bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar edisi khusus. Untuk tujuan ini, Coca-Cola akan bekerjasama dengan pihak Realme. Buat masa ini, pengenalan peranti ini disasarkan untuk pasaran India sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada akan diperluaskan ke pasaran global atau sebaliknya.