Categories
Teknologi

Google Hadir Dengan AI Yang Boleh Jana Muzik Berasaskan Input Teks

Kecerdasan buatan (AI) yang menghasilkan gambar, video, program, audio dan karangan berdasarkan teks pengguna kini telah boleh digunakan secara meluas. Terbaru, Google kini menghasilkan pula kecerdasan buatan yang boleh menghasilkan muzik pelbagai genre pada resolusi tinggi dengan hanya input berasaskan teks sahaja. Musik pelbagai genre sehingga lima minit boleh dijana oleh MusicLM pada kualiti 24KHz.

Categories
Gaming Gaya Hidup Teknologi

Astro Menamatkan Siaran Saluran Memfokuskan Kandungan Esukan – eGG Network HD

Astro kini dilihat telah menamatkan saluran esukan mereka yang telah diperkenalkan sebelum ini, iaitu eGG Network HD pada saluran CH800. Melalui notis yang dipaparkan Astro, mereka mengatakan para pengguna dan peminat esukan boleh terus menikmati kandungan esukan serta pertandingan antarabangsa melalui saluran Astro Arena (Ch801) dan juga Astro Arena 2 (Ch802).

Categories
Teknologi

India Membangunkan Sistem Operasi Telefon Pintar Tersendiri – BharOS

India kini mempunyai sistem operasi telefon pintar kendiri yang memfokuskan keselamatan. BharOS dibangunkan oleh Indian Institute of Technology (IIT) Madras dan berasaskan Android AOSP. Tumpuan sistem operasi ini ialah sekuriti dan privasi pengguna. Tiada aplikasi terpasang dalam BharOS dengan ia hanya boleh dimuat turun menerusi gedung Private App Store Services (PASS) yang hanya menawarkan aplikasi yang telah disaring.

Categories
Teknologi

Microsoft Dijangka Mengintegrasikan ChatGPT Pada Word, PowerPoint Dan Outlook

Kini ia dilaporkan, Microsoft akan mengintegrasikan sokongan ChatGPT ke dalam perisian yang dihasilkan mereka seperti Word, PowerPoint, Outlook dan banyak lagi. Menerusi ChatGPT, ia akan digunakan untuk memudahkan pelbagai tugas di pejabat. Misalnya memberikan saranan suntingan ke atas emel yang telah ditulis, memberikan saranan menukar perkataan dan turut membantu mencari emel berdasarkan beberapa kata kunci.

Categories
Sukan Teknologi

Apple Mungkin Membida Hak Penstriman Untuk EPL

Dengan pelbagai perkhidmatan penstriman di pasaran hari ini, pelbagai kaedah dilihat dalam memastikan pengguna terikat dan teruskan langganan bersama mereka. Terbaru, hadir desas-desus baharu mengatakan Apple mungkin membida untuk hak penstriman English Premier League melalui Apple TV+.

Categories
Teknologi

Windows Akan Datang Akan Mengintegrasikan Kecerdasan Buatan (AI) – Mengubah Bagaimana Kita Lakukan Tugasan

Microsoft kini berkongsi mengatakan mereka akan lebih mengintegrasikan kecerdasan buatan dalam sistem operasi Windows, sekaligus mengubah bagaimana kita lakukan tugasan harian. Mengikut beberapa desas-desus sebelum ini, ia dikatakan Microsoft akan mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan ChatGPT pada perisian produktiviti Microsoft Office mereka, selain pada Bing.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Grab Mengubah Struktur Tambang – Kini, Semakin Lama Disebabkan Kesesakkan, Semakin Mahal

Grab hari ini mengubah struktur tambang mereka, dimana tambang untuk setiap minit menjadi lebih tinggi. Hal ini sekaligus menguntungkan para pemandu Grab – dimana mereka akan menerima bayaran lebih baik ketika waktu puncak dan juga ketika kesesakkan lalulintas. Sebaliknya, untuk pengguna pula, mereka akan melihat sedikit perubahan pada kadar tambang bermula hari ini, 16 Januari 2023.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Bill Gates Masih Setia Dengan Samsung, Galaxy Z Fold4 Adalah Peranti Pilihan

Terkini, sekali lagi melalui Reddit AMA – Gates mendedahkan beliau masih setia dengan jenama Samsung dan telah menggantikan Galaxy Z Fold3 beliau kepada Galaxy Z Fold4. Kali ini, pengerusi Samsung Korea Selatan, Lee Jay-Yong menghadiahkan peranti ini kepada beliau. Gates turut berkongsi yang beliau tidak menggunakan sebarang tablet, kerana saiz skrin Galaxy Z Fold4 yang besar, memuatkan banyak aplikasi Microsoft ke dalam peranti termasuk Outlook.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Tetikus Initial D Membolehkan Anda Menatal Pantas Dari Kedai Tauhu Fujiwara Ke Akina

Initial D ialah manga yang ikonik dengan siri animasi yang mempunyai ramai peminat. Ramai mengenai kereta Toyota AE86 yang dipandu oleh Takumi Fujiwara dengan ia mencapai status kultus di kalangan peminat sukan drift. Bagi peminat tegar, tetikus berbentuk AE86 Initial D kini telah pun dijual di Jepun.

Categories
Teknologi

Dron Yang Boleh Terbang Selama-Lamanya Tanpa Perlu Dicas Dibangunkan China

Penyelidik dari University Politeknikal Barat Laut Xianyang berjaya menerbangkan dron yang tidak dilengkapi pek bateri. Sebaliknya di bahagian bawah terdapat panel fotoelektrik yang mengubah cahaya laser ke tenaga elektrik. Di permukaan bumi sistem laser akan menjejak dron di udara dan menembak laser sepanjang masa ke panel fotoelektrik tadi. Secara teorinya selagi laser tidak dihalang, dron boleh terbang selama-lamanya tanpa perlu dicas.