Categories
Semasa Teknologi

Apple Store Dijangka Dibuka Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Kini, sebuah gambar tertiris ke arena web, memperlihatkan sebuah kedai Apple Store sedang dalam fasa pembinaan di Malaysia. Ia dikatakan Apple akan membukanya di bangunan TRX tidak lama lagi. Dengan pembukaan Apple Store secara rasmi di Malaysia, ia sekaligus akan menjadikan pasaran Malaysia salah satu fokus utama pihak Apple, dan menawarkan lebih banyak perkhidmatan di Malaysia.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Hadir Dengan Pencabar Untuk Apple Mac Mini

Xiaomi Mini PC kini hadir sebagai komputer kompak yang menjimatkan ruang di meja kerja. Xiaomi Mini PC ini hadir dalam bentuk tubuh berbentuk kiub yang diperbuat daripada bahan aluminium. Xiaomi Mini PC dilengkapi cip Intel Core-i5 Gen-12, memori 16GB DDR4 RAM, storan 512GB PCIe 4.0 VVMe SSD dan grafik Intel Iris Xe. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di China sahaja.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

CapCut Kini Menjadi Antara Aplikasi Yang Dimuat-Turun Paling Tinggi – Mencabar Aplikasi Sosial

CapCut merupakan salah satu aplikasi penyuntingan video yang kini semakin meningkat popularitinya dari hari ke hari. Ia dibangunkan oleh syarikat sama disebalik TikTok, dan kini menduduki antara carta aplikasi yang tinggi dimuat-turun setiap bulan. Ini sekaligus dilihat mencabar aplikasi sosial seperti WhatsApp, Telegram, Instagram dan Facebook.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Acer Kini Bukan Sekadar Pengeluar Komputer – Turut Menawarkan Pembersih Hampagas

Acer ialah jenama yang garang dalam arena komputer menerusi produk Predator mereka. Musuh boleh diburu dalam permainan video pada tetapan grafik yang tertinggi. Tetapi kini mereka memasuki arena pembersih hampagas pula di bawah siri Acerpure. Di Malaysia Acerpure Clean V1 dijual pada harga RM1299 dan AcerPure Clean V1 Lite pula ialah RM599

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Twitter Dijangka Meningkatkan Had Setiap Tweet Sehingga 4000 Aksara

Twitter pada awalnya dimulakan dengan had aksara sebanyak 140 disebabkan oleh had pada setiap SMS pada suatu ketika dahulu. Selepas melanjutkan penggunaan kepada 280 aksara sebelum ini, kini, dibawah pentadbiran Elon Musk, Twitter sekali lagi dilihat akan meningkatkan had aksara, kepada sehingga 4000 aksara untuk setiap Tweet.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

DNB : Rangkaian 5G Kini Tersedia Di Sebahagian Kelantan, Sabah Dan Sarawak

Digital Nasional Berhad merupakan firma yang bertanggungjawab dalam memastikan pembangunan infrastruktur rangkaian untuk 5G di Malaysia. DNB telah perkenal rangkaian 5G sejak penghujung tahun 2021, dan kini ia turut meliputi sejumlah negeri lain, termasuk beberapa kawasan di Kelantan, Sabah dan juga Sarawak.

Categories
Teknologi

Rangkaian 5G Kini Diperluaskan Ke Melaka

Selepas penyenaraian sokongan rangkaian 5G di peta liputan DNB sebelum ini, kini Yes secara rasminya mengumumkan penawaran rangkaian 5G di negeri tersebut. Dengan rangkaian 5G, ia dijanjikan pengguna boleh menikmati rangkaian dengan kadar muat-turun minima 100Mbps. Syarikat telekomunikasi lain masih belum mengumumkan penawaran 5G di Melaka buat masa ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Microsoft Ingin Bangunkan “Super App” – Integrasi Semua Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi

Microsoft kini dilaporkan mempertimbangkan untuk membangunkan sebuah “super app”, iaitu aplikasi yang mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan dalam satu. Aplikasi tersebut dijangka akan mengintegrasikan sokongan berita, permesejan, dan juga sokongan untuk membeli-belah. Pada hari ini, “super app” yang popular adalah WeChat, mengintegrasikan pelbagai khidmat dalam satu aplikasi.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

TM Kini Mencatatkan 3 Juta Angka Langganan Unifi

Telekom Malaysia kini mencatatkan pencapaian terbaharu mereka, mencatatkan seramai 3 juta angka langganan Unifi sehingga ke hari ini. Selari dengannya, dalam menyambut pencapaian terbaru ini, TM kini menawarkan akses kepada Unifi TV secara percuma sehingga Januari 2023 kelak.

Categories
Semasa Teknologi

PM Anwar : Kontrak Kelengkapan Rangkaian 5G Akan Diteliti Semula

PM Anwar Ibrahim hari ini mengatakan pemilikan spektrum rangkaian 5G oleh DNB dilakukan secara tidak telus. Disebabkan itu, Perdana Menteri mahukan kontrak RM11 bilion yang diberikan kepada syarikat pembekal kelengkapan telekomunikasi Ericsson untuk dinilai semula, dan memastikan bahawa pemberian sebarang kontrak untuk infrastruktur negara dilakukan secara telus