Categories
Gaya Hidup Teknologi

Rangkaian 5G Kini Mempunyai Liputan 90% Di Kawasan Berpenduduk Di KL, Putrajaya Dan Selangor

Digital Nasional Berhad kini berkongsi mengatakan mereka telah berjaya melangkaui sasaran awal sebanyak 40% liputan 5G di kawasan berpenduduk yang disasarkan untuk 2022. Mengikut angka semasa, DNB mengatakan rangkaian 5G kini meliputi 47.1% kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia. Jikalau mengikut negeri, menariknya kini DNB mengatakan liputan 5G telah mencapai 90% kawasan berpenduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

iPhone 15 Dan iPhone 15 Plus Mungkin Hadir Dengan Kamera Utama 48MP

Dengan mulanya tahun 2023, kini pelbagai desas-desus peranti mula kedengaran, termasuk berkaitan iPhone akan datang, iaitu iPhone 15. Terbaru, mengikut salah seorang penganalisa, ia disasarkan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus akan dilengkapi dengan kamera utama 48-megapixel. Ini sekaligus akan memperlihatkan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus mempunyai keupayaan kamera seumpama model Pro dibawah keluarga iPhone 14.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Netflix Akan Mula Menghalang Perkongsian Kata Laluan Bermula 2023

Menurut laporan WSJ, Netflix akan mengembangkan program menambah profil ini ke Amerika Syarikat bermula 2023, dan selepas itu mungkin ke pasaran global. Ujian penambahan profil bagi mengelakkan perkongsian kata laluan. Netflix menjejak IP dan lokasi akaun digunakan. Apabila mengesan akaun diakses dari dua lokasi berbeza, pelanggan akan diberikan notifikasi supaya menambah profil dengan bayaran tambahan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

MIROS Mencari Penunggang Motosikal Untuk Kajian Rintis Pemasangan Sistem Amaran Pelanggaran Motosikal

MIROS kini dilihat mula mencari penunggang motosikal untuk kajian rintis amaran pelanggaran motosikal. Sistem yang dipasangkan pada motosikal ini dijangka memberikan amaran dalam masa yang mencukupi sekiranya menghampiri kemalangan, dan seterusnya memberi ruangan kepada penunggang untuk mengelak kemalangan atau pelanggaran.

Categories
Teknologi

Google Kini Berkemampuan Untuk Terjemah Tulisan Dan Preskripsi Doktor

Salah satu masalah yang sering dihadapi manusia adalah dalam memahami apa yang ditulis oleh doktor, mahupun preskripsi yang diberikan. Sering kali juga, tulisan doktor sering diperli sebagai antara tulisan yang sukar dibaca. Mengambil cabaran tersebut, kini Google telah mulakan kajian dalam membolehkan mereka dekod apa yang ditulis oleh seseorang doktor pada kertas preskripsi.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kerajaan Bercadang Membawa Masuk Kereta Elektrik Dibawah RM100,000 Ke Malaysia

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – Nik Nazmi kini mengatakan kerajaan bercadang untuk membawa masuk kereta elektrik dengan harga dibawah RM100,000 ke pasaran Malaysia. Dengan langkah ini, ia akan membolehkan lebih ramai beralih dan menggunakan kereta atau kenderaan yang dijana berasaskan kuasa elektrik.

Categories
Gaya Hidup Kewangan Teknologi

Menteri Sedang Bincang Bersama SKMM Dan Syarikat Telekomunikasi Untuk Kurangkan Harga Perkhidmatan

Menteri Komunikasi dan Digital kini menyatakan sedang berbincang dengan SKMM dan syarikat telekomunikasi untuk kurangkan kos harga perkhidmatan. Menurut Menteri Fahmi Fadzil, ramai anak muda yang berharap agar harga langganan talian dapat dikurangkan, dan kini kajian sedang dilakukan berkenaan apa yang boleh dilakukan dalam minggu-minggu akan datang.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Pengguna iPhone Kini Boleh Menggunakan Rangkaian 5G Di Malaysia

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini iOS 16.2 kepada para pengguna iPhone, sekaligus menyertakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna tempatan, iaitu sokongan untuk 5G. Mengikut semakan kasar, hanya rangkaian Digi, U Mobile dan Celcom sahaja yang menawarkan sokongan untuk rangkaian 5G di Malaysia buat masa ini.

Categories
Teknologi

Tim Cook Mengesahkan Apple Menggunakan Sensor Kamera Sony Pada iPhone

Apple jarang membuat sebarang pengumuman berkaitan pembekal atau komponen yang digunakan oleh mereka dalam peranti keluaran, terutamanya iPhone. Namun, kini Tim Cook dalam lawatan di Jepun, berkongsi yang mana Apple sedia bekerjasama dengan pihak Sony untuk berdekad lamanya dalam menggunakan sensor Sony sebagai kamera pada iPhone.

Categories
Teknologi

Apple Akan Benarkan Sokongan Kedai Aplikasi Pihak Ketiga Selain App Store

Menurut laporan Bloomberg terbaru, Apple dalam persediaan membenarkan sokongan pemasangan aplikasi secara sideload pada iPhone dan iPad, melalui iOS 17 kelak – selari dengan pengenalan perundangan baharu di Eropah. Disamping itu, Apple juga dijangka akan membenarkan kedai aplikasi pihak ketiga selain App Store digunakan pada iPhone dan iPad.