Categories
Kewangan Teknologi

Google Wallet Kini Diperkenalkan Di Malaysia – Menyokong CIMB, Hong Leong Bank, HSBC Dan Public Bank

Bermula hari ini, Google Wallet telah boleh digunakan secara rasmi di pasaran tempatan. Melaluinya, ia memudahkan urusan melakukan pembayaran dengan pautkan kad bank, dan pada masa yang sama membolehkan anda menguruskan pelbagai pas digital seperti tiket penerbangan AirAsia dan MAS.

Categories
Teknologi

Amazon Memperlihatkan Dron Kargo Yang Boleh Terbang Dalam Hujan

Ramai mungkin tidak sedari walaupun terdapat banyak dron komersial telah dilancarkan, majoritinya tidak boleh terbang sekiranya hujan. Amazon kini cuba selesaikan masalah tersebut melalui dron MK30 boleh terbang walaupun hujan renyai. Dron MK30 akan melakukan ujian penerbangan pada penghujung 2022, dan Amazon menyasarkan ia akan memulakan operasi menjelang 2024.

Categories
Teknologi

Pengguna Di China Hasilkan iPhone Boleh-Lipat Lebih Awal Daripada Apple Sendiri

Apple masih belum memasarkan iPhone skrin boleh-lipat dengan beberapa ramalan mengatakan peranti pertama dalam kategori ini oleh mereka adalah sebuah iPad. Di China, pemilik YouTube 科技美学 tidak lagi mahu menunggu dan menghasilkan sendiri sebuah iPhone boleh-lipat tersendiri, yang berjaya dilakukan dalam tempoh 200 hari.

Categories
Semasa Teknologi

Proton Menyasarkan Untuk Perkenal Kereta Elektrik Menjelang 2027

Proton hari ini berkongsi perancangan untuk memperkenalkan kereta elektrik mereka di pasaran menjelang 2027 – iaitu dalam tempoh sekitar lima tahun lagi. Pihak Proton juga turut akan memasarkan kenderaan elektrik melalui anak syarikat PRONET bermula tahun hadapan – melalui kenderaan pertama dibawah pengedarannya, iaitu SMART #1.

Categories
Teknologi

LG Menghasilkan Skrin Yang Boleh Diregang Untuk Menjadi Lebih Besar

LG kini hadir dengan teknologi paparan baharu, membolehkan ia ditarik dan diregangkan. Menerusi teknologi yang dibangunkan oleh LG ini, skrin boleh membesar dari 12″ ke 14″ tetapi mengekalkan kepadatan pixel 100ppi dan sokongan warna yang sama. Ini menjadikannya skrin boleh-regang beresolusi tinggi pertama dunia.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Zoom Memperkenalkan Sokongan Emel Dan Juga Kalendar

Zoom merupakan salah satu perkhidmatan yang tidak asing lagi dalam penawaran perkhidmatan panggilan video. Selepas meningkat populariti ketika musim WFH disebabkan Covid-19 sebelum ini, kini Zoom memperluaskan penawaran mereka meliputi beberapa perkhidmatan baharu memfokuskan organisasi dan perusahaan, iaitu Zoom Mail dan juga Zoom Calendar.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Perpustakaan Selangor Kini Sediakan Pinjaman Desktop Dan Laptop Secara Percuma

Perpustakaan Selangor kini menyediakan sebuah inisiatif baharu, dinamakan Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS). Melaluinya, warga Selangor boleh meminjam desktop dan juga laptop secara percuma untuk digunakan sehingga selama 60 hari. Setiap desktop dan laptop yang dipinjamkan akan ditawarkan bersama pembesar suara, WiFi, webcam, dan juga perisian Microsoft Office.

Categories
Teknologi

Apple Ingin Mengubah Kata Aktifkan Pembantu Maya Daripada “Hey Siri” Kepada Hanya “Siri”

Siri merupakan pembantu maya yang hadir pada iPhone. Untuk mengaktifkannya pada hari ini, pengguna perlu menyebut “Hey Siri” dan diikuti oleh arahan seterusnya. Perkara ini dilihat mungkin memakan proses agak lama, dan kini Apple dilaporkan sedang pertimbang untuk mengurangkan ia kepada hanya perlu menyebut “Siri” dan diikuti arahan sahaja.

Categories
Teknologi

WhatsApp Menambah Ciri Menjana Avatar Dan Hasilkan Pelakat Yang Diperibadikan

WhatsApp kini dilihat telah menambah salah satu ciri menarik pada aplikasi permesejan mereka, iaitu kebolehan menjana avatar terus pada aplikasi WhatsApp. Melalui avatar yang dijana, pengguna seterusnya boleh menggunakan ia sebagai gambar profil, atau turut menghasilkan pelekat untuk dihantar melalui permesejan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Samsung Ramal Apple Sertai Arena Peranti Skrin Boleh-Lipat Seawal 2024

Melalui laporan dari Korea Selatan, Samsung telah mengadakan mesyuarat baru-baru ini dengan pihak pengeluar komponen, dan menyasarkan Apple memperkenalkan peranti menggunakan skrin boleh-lupat seawal 2024 kelak. Menariknya, ia dikatakan peranti pertama Apple mungkin bukan iPhone boleh-lipat, sebaliknya sebuah tablet atau komputer riba.