Categories
Semasa Teknologi

Elon Musk Kini Menjadi Pemilik Twitter

Individu terkaya dunia Elon Musk pagi ini secara rasmi mengambil alih Twitter pada nilai $44 bilion seperti yang dipersetujui beberapa bulan yang lalu. Pengambil alihan dimuktamadkan selepas beliau melawat ibu pejabat Twitter semalam dan mengubah status pada akaun rasmi ke “Chief Twit”.

Categories
Semasa Teknologi

TNB Bekerjasama Dengan Gamuda Untuk Bina Stesen Pengecasan Elektrik Dikuasakan Solar

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini mengumumkan kerjasama strategik bersama Gamuda, dan akan bina dua stesen pengecasan elektrik – masing-masing di Gamuda Cove yang terletak pada bahagian selatan Lembah Klang, dan juga Gamuda Gardens yang terletak pada bahagian utara Lembah Klang. Stesen pengecasan elektrik ini dijangka akan beroperasi menjelang 2025 kelak.

Categories
Teknologi

210W – Kadar Pengecasan Telefon Terpantas Kini Dipegang Oleh Redmi

Xiaomi kini telah memperkenalkan siri telefon baharu, iaitu Redmi Note 10. Beberapa variasi ditawarkan, termasuk salah satunya dinamakan Redmi Note 12 Discovery Edition – yang mana menjadi telefon pintar pertama yang hadir dengan sokongan pengecasan mencapai 210W, yang paling laju di dunia setakat ini. Ia boleh mengecas dari 0 ke 100% dalam masa 9 minit.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Mengesahkan iPhone Akan Menerima Sokongan Sambungan USB-C

Pihak Apple melalui temuramah khusus, kini mengesahkan mereka akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Eropah, dan memperkenalkan sokongan sambungan berasaskan USB-C pada telefon pintar mereka, iPhone. Namun, ia tidak diketahui sama ada iPhone 15 akan menjadi yang terawal atau kita perlu nantikan iPhone 16 untuk melihatnya.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Jepun Sedang Membangunkan Mesin Basuh Tubuh Manusia

Sebuah mesin basuh tubuh manusia sedang dibangunkan oleh satu satu firma di Jepun. Mesin basuh ini akan membersihkan tubuh manusia dengan menggunakan gelembung udara. Ia turut boleh memainkan muzik untuk berehat dan terdapat sistem aromaterapi terbina juga. Kecerdasan buatan akan membersihkan tubuh dalam masa lima belas minit.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Ladang Solar RM400 Juta Kini Dibuka Di Marang

Ladang tenaga solar fotovoltaik (PV) kini dibuka di Marang, menjadikan ia antara ladang solar terbesar di Malaysia. Pengarah Eksekutif Coara Solar Sdn Bhd berkata Projek Solar Coara Marang yang melibatkan kos sebanyak RM400 juta itu telah dibangunkan di kawasan seluas 245 hektar. Ia telah dibina bermula Februari 2021 lepas, dan berakhir pada April 2022. Ia mencapai operasi komersial pada 17 September 2022.

Categories
Semasa Teknologi

‘Kiamat Internet’ Diramal Berlaku Dalam Beberapa Dekad Lagi

Kejadian ribut besar di angkasa lepas dilaporkan mampu mencetuskan ‘kiamat internet’ dalam dekad akan datang. Hal ini disahkan oleh sekumpulan saintis yang meramalkan berlakunya gangguan talian berbulan lamanya apabila ribut merosakkan satelit dan talian kuasa. Berdasarkan data tersedia, kira-kira satu peratus peluang untuk melihat ribut lain dalam dekad akan datang.

Categories
Teknologi

NASA Secara Rasmi Memulakan Kajian Fenomena UFO

Semalam secara rasmi NASA memulakan kajian ke atas “fenomena udara tidak dikenalpasti” atau UAP yang merupakan terma baharu untuk kesemua jenis fenomena yang selama ini diklasifikasikan sebagai UFO. NASA ingin mengumpul data mengenai semua insiden UAP yang pernah dilaporkan untuk memahaminya dengan lebih baik menerusi kajian saintifik.

Categories
Teknologi

Rekod Kelajuan Internet Terpantas Dunia Kini 1.84 petabit/s

Rekod kelajuan pemindahan data dunia dipecahkan sekali lagi minggu ini selepas penyelidik dari Technical University of Denmark (DTU) dan Chalmers University of Technology berjaya menghantar data pada kadar 1.84 petabit/s (Pbps). Ini adalah jauh lebih pantas berbanding trafik internet global yang pada waktu ini adalah 0.997 Pbps (997 Tbps).

Categories
Gaya Hidup Teknologi

YouTube Umum Kini Anda Boleh Zum Pada Video Yang Sedang Ditonton

YouTube kini mengumumkan beberapa pembaharuan pada platform mereka, dan salah satunya adalah kebolehan “Pinch-To-Zoom” – membolehkan pengguna zum sesuatu video yang sedang ditonton pada telefon Android atau iPhone. Kemaskini baharu ini akan diperkenalkan meluas dalam beberapa minggu lagi.