Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Kini Membolehkan Anda Guna iPhone Sebagai Webcam MacBook

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini macOS Ventura untuk semua pengguna komputer Mac, sekaligus menjadikan ia lebih diintegrasikan bersama iPhone. Salah satu ciri baharu yang turut diperkenalkan adalah kebolehan menggunakan iPhone sebagai webcam untuk MacBook anda – sekaligus menawarkan resolusi panggilan video lebih baik berbanding kamera terbina.

Categories
Teknologi

Harga Langganan Apple One Kini Ditingkatkan Kepada RM29.90 Sebulan

Apple hari ini meningkatkan harga langganan kepada Apple Music, Apple TV+ – dan turut memberikan kesan kepada harga langganan Apple One. Kini ia ditawarkan pada harga bermula RM29.90 sebulan untuk langganan individu – meningkat RM10 berbanding harga sebelum ini. Peningkatan harga ini disebabkan oleh saiz katalog penawaran Apple yang semakin bertambah sejak tiga tahun lepas.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Meningkatkan Harga Langganan Apple Music Kepada RM16.90 Sebulan

Apple hari ini meningkatkan harga langganan untuk beberapa perkhidmatan mereka, bermula daripada Apple Music. Perkhidmatan yang sebelum ini ditawarkan pada harga langganan RM14.90 sebulan, kini ditingkatkan menjadi RM16.90 sebulan. Peningkatan harga ini dikatakan disebabkan kos pelesenan yang semakin meningkat.

Categories
Teknologi

Naruto : Sasuke’s Story – Manga Terbaru Memfokuskan Watak Sasuke Dari Siri Naruto, Kini Mula Diterbitkan

Kini manga terbaru diterbitkan memfokuskan kepada watak Sasuke dari siri manga Naruto. Siri ini dipasarkan dibawah nama Naruto : Sasuke’s Story. Siri Manga ini memfokuskan kepada watak Sasuke bersama Sakura yang menjalani misi untuk mengetahui misteri “Sage of the Six”.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Menambah Paparan Iklan Baharu Di App Store Bermula Minggu Hadapan

Apple pada hari ini, sedia menyertakan paparan iklan bagi mempromosikan aplikasi pada bahagian carian di App Store. Kini, selain daripadanya, Apple akan turut memperluaskan lagi paparan iklan di App Store, pada beberapa bahagian baharu. Dua bahagian baru yang akan memaparkan iklan adalah pada halaman tab utama, iaitu tab Today.

Categories
Teknologi

Etiqa Kini Menawarkan Insurans Untuk Pengecas Kereta Elektrik Di Rumah

Etiqa kini buat pertama kalinya, insurans dan takaful untuk pengecas kereta elektrik di rumah. Insurans untuk pengecas kereta elektrik ini turut meliputi kemalangan berbentuk kebakaran, dicuri, perlindungan disebabkan kilat, dan juga disebabkan oleh letupan, atau rosak disebabkan oleh air, banjir, dan gempa bumi.

Categories
Sukan Teknologi

NSSC Malaysia Terlibat Menjaga Keselamatan Nuklear Di Piala Dunia Qatar 2022

Malaysia kini bekerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melalui inisiatif Pusat Sokongan Sekuriti Nuklear (NSSC) Malaysia untuk pastikan sekuriti nuklear secara global semasa Kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Peralatan pengesanan radiasi yang diuruskan Malaysia di bawah Loaner Pool akan digunakan semasa acara besar dunia ini. Ia boleh mengesan kehadiran bahan radioaktif yang mungkin adalah bom kotor atau racun.

Categories
Semasa Teknologi

Telegram Mula Memaparkan Iklan Pada Telegram Channels Di Malaysia

Telegram kini dilihat telah mula memaparkan pengiklanan pada Telegram Channels – untuk sejumlah besar saluran di Malaysia, mahupun global. Melaluinya, sebuah iklan berbentuk mesej dipaparkan pada bahagian mesej terakhir pada sesuatu Telegram Channels. Ia dilabelkan sebagai “ditaja” pada bahagian bawah dalam memperlihatkan ia adalah sebuah iklan.

Categories
Teknologi

Xiaomi Sasar Menjadi 5 Syarikat Pengeluar Kereta Elektrik Teratas Dunia – Keluarkan 10 Juta Kereta Setahun

CEO Xiaomi kini berkongsi sasaran beliau, dimana dalam tempoh beberapa tahun lagi, apabila arena kereta elektrik mencapai kematangannya, sekitar 80% daripada pasaran kereta elektrik dijangka diterajui 5 jenama teratas dunia. Disebabkan oleh ini juga, Xiaomi menyasarkan untuk menjadi antara lima pengeluar teratas dunia, dan ingin mengeluarkan sekitar 10 juta kereta setiap tahun.

Categories
Teknologi

MyCC Minta Shopee Jawab Masalah Kemerosotan Kualiti Perkhidmatan – Sebelum Penghujung Oktober

Salah satu aduan Shopee yang sering diperkatakan kebelakangan ini adalah penghantaran barangan yang mengambil masa sangat lama, terutamanya apabila menggunakan khidmat Shopee Xpress. Menyedari angka aduan semakin meningkat, kini pihak MyCC menyatakan telah berhubung dengan Shopee Malaysia dan membincangkan dalam lebih memahami platform Shopee, serta industri logistik.