Categories
Gaya Hidup Teknologi

Perkhidmatan Prabayar ALTEL Akan Ditamatkan Berkuat-kuasa 31 Disember 2022

Pihak ALTEL kini mengumumkan perkhidmatan prabayar ALTEL akan ditamatkan sepenuhnya berkuat-kuasa 31 Disember 2022 kelak. ALTEL mengatakan penamatan perkhidmatan ini adalah disebabkan oleh penstrukturan kembali aktiviti perniagaan syarikat ALTEL. Selari dengannya, pengguna diminta mengubah nombor mereka ke talian baharu sekiranya ingin kekal menggunakannya.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kereta Elektrik BYD Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

BYD merupakan salah satu pengeluar kenderaan elektrik dari China, dan kini mereka telah memeterai perjanjian bersama Sime Darby Motors untuk membolehkan Sime Darby Motors mengedar kenderaan buatan BYD di Malaysia. Dengan kerjasama ini, Sime Darby akan terlebih dahulu membawa masuk model kereta ATTO 3 dan juga e6 yang terbaru keluaran BYD.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Music Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Lagu Pada Katalog

Apple hari ini mengumumkan pencapaian terbaru melalui perkhidmatan penstriman muzik mereka, mencapai 100 juta lagu pada katalog mereka. Apple Music merupakan pesaing terdekat untuk Spotify, dimana di Malaysia ia ditawarkan pada harga langganan bulanan RM14.90 sebulan. Menurut Apple juga, setiap hari, lebih 20,000 penyanyi dan penulis lagu terbitkan lagu ke Apple Music.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

YouTube Mungkin Akan Mengehadkan Pestriman 4K Kepada Pelanggan Premium

Selain jumlah iklan yang semakin meningkat, YouTube juga kini dilihat menguji ciri mengehadkan penstriman pada resolusi 4K kepada pengguna Premium sahaja. Melalui paparan skrin yang mula tersebar di arena internet, ia memperlihatkan pengguna memerlukan akses langganan Premium sebelum dapat menonton sesuatu video pada resolusi 4K.

Categories
Teknologi

Citroen Memperlihatkan Kereta Elektrik Dengan Binaan Badan Berasaskan Kotak

Citroen, salah satu pengeluar kereta popular, kini turut memperlihatkan sebuah rekaan konsep kenderaan elektrik – dimana ia dibina berasaskan kepada kotak yang dikitar semula. Citroen menamakan kenderaan sebagai Oli. Binaan berasaskan kotak digunakan pada bahagian bonet dan bumbung kenderaan. Dengan langkah ini, ia dijangka akan membawa kepada era yang lebih mesra alam, selain lebih ringan dan kos lebih rendah.

Categories
Teknologi

Robot Untuk Mengajar Tai Chi Dibangunkan

Pengkaji di RIT (Rochester Institute of Technology) kini telah membangunkan sebuah sistem robot yang boleh mengajar Tai Chi. Tai Chi dipercayai meningkatkan pergerakkan darah ke otak – yang mana membawa kebaikkan kepada memori dan juga pembelajaran. Penggunaan robot untuk pengajaran ini dijangka akan menawarkan capaian kepada komuniti yang lebih meluas berbanding hari ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

MySejahtera Menambah Ciri Kad Penderma Darah Digital

MySejahtera terus menambah ciri-ciri integrasi sebagai hab untuk pelbagai perkara berkaitan kesihatan seseorang pengguna. Terbaru, bermula Oktober ini, ciri baharu akan ditambah pada MySejahtera, iaitu kad penderma darah digital. Melalui kemaskini baru ini, ia akan memaparkan kad penderma darah secara digital, termasuk kelebihan dan juga bilangan seseorang telah menderma darah.

Categories
Teknologi

Geely Mengambil Pegangan 7.6% Pada Aston Martin

Geely sedia mempunyai pegangan pada sejumlah syarikat automotif, termasuk pengeluar kereta tempatan, Proton. Terbaru, kini Geely turut mengambil pegangan sebanyak 7.6% pada pengeluar kereta mewah, Aston Martin. Dengan ini, Geely terus memperluaskan portfolio mereka. Geely pada hari ini turut mempunyai pegangan pada Lotus, Volvo Car, dan Mercedes-Benz.

Categories
Sains Teknologi

Hospital Kuala Lumpur Kini Menyediakan Perkhidmatan Pembedahan Menggunakan Teknologi Robot

Hospital Kuala Lumpur kini menjadi hospital kerajaan pertama yang menawarkan perkhidmatan pembedahan menggunakan teknologi robot. HKL menggunakan sokongan Robotic Surgery Assisted (ROSA) untuk pembedahan penggantian sendi lutut dan juga pinggul kepada pesakit.

Categories
Teknologi

Twitter Perkenal Bentuk Paparan Video Baharu Seumpama TikTok

Twitter kini mula menguji bentuk paparan video yang baharu pada aplikasi mereka, iaitu secara menegak, dan boleh ditatal ke atas dan bawah, seumpama TikTok. Dengan langkah ini, ia dijangka akan membuatkan pengguna lebih terikat dengan platform Twitter, disamping berkongsi lebih banyak video ke platform tersebut.