Categories
Kewangan Semasa Teknologi

Kenderaan Elektrik Yang Diimport Akan Menerima Pengecualian Cukai Sehingga Penghujung 2024

Salah satu fokus kerajaan untuk tahun hadapan ialah pembangunan teknologi hijau dan juga penggunaan tenaga hijau untuk mengurangkan isu pencemaran di negara. Sehubungan dengan itu, kerajaan mengumumkan sewaktu Bajet 2023 bahawa duti import dan eksais akan dikecualikan untuk kenderaan jenis CBU import sehingga 31 Disember 2024.

Categories
Sains Teknologi

Dengan Sensor 3.1 Gigapixel, Ini Ialah Kamera Digital Terbesar Dunia

Sensor terbesar pada telefon pintar ialah 200MP yang digunakan pada Xioami 12T Pro dan Motorola Edge 30 Ultra. Namun begitu saiz sensor ini adalah kerdil apabila dibandingkan dengan sensor yang digunakan pada kamera Legacy Survey of Space and Time (LSST) yang kini memegang rekod sebagai kamera digital terbesar dunia. Sensor LSST adalah sebesar 3.1 Gigapixel dengan saiz fizikalnya sebesar 1.57 meter.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Sistem Tol Bebas Palang Dikatakan Akan Mula Diperkenalkan Seawal Tahun 2025

Kementerian Kerja Raya menyatakan perancangan untuk lebuhraya bebas palang tol (MLFF) ini akan diawalkan ke tahun 2025. Pelaksanaan tersebut adalah sebahagian daripada usaha negara mengurangkan kesesakan di laluan plaza tol. Dengan langkah ini, tiada lagi palang tol pada laluan, dan pengguna akan dikenakan cas menggunakan teknologi seperti RFID.

Categories
Teknologi

TIME Memperkenalkan Pelan 2Gbps Untuk Pengguna Di Rumah

TIME kini menjadi yang pertama memperkenalkan pelan berkelajuan 2Gbps kepada pengguna di rumah. Ia ditawarkan pada harga RM379 sebulan, menawarkan kadar muat-turun mencapai 2Gbps, selain kadar muat-naik 500Mbps. Buat masa ini, ia ditawarkan terhad di beberapa lokasi, dan akan diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Facebook Kini Menawarkan Lebih Kawalan Untuk Paparan Perkongsian Pada Feed

Facebook hari ini mengumumkan ciri kawalan untuk paparan perkongsian pada Feed – membolehkan pengguna memilih perkongsian jenis apa yang patut diperlihatkan, dan kadar paparannya. Dengan langkah ini, pengguna boleh mengawal paparan perkongsian daripada rakan-rakan, ahli keluarga, Groups, dan Pages – pada bahagian Feed utama.

Categories
Semasa Teknologi

Elon Musk Menyatakan Pembelian Twitter Mempercepatkan Pembangunan “X” – Aplikasi Semua-Dalam-Satu

Elon Musk pada awal pagi tadi, telah menyatakan ingin kembali untuk mengambil-alih Twitter. Lanjutan daripadanya, kini Elon Musk menyatakan pembelian Twitter akan mempercepatkan pembangunan X, iaitu sebuah aplikasi semua-dalam-satu. Info penuh mengenainya tidak diketahui lagi, tetapi Elon Musk dilihat berminat dengan model WeChat.

Categories
Kewangan Teknologi

ShopeePay Menamatkan Ciri Pindah Keluar Duit Ke Akaun Bank

Shopee kini mengeluarkan peringatan kepada orang ramai, mengatakan akan menamatkan ciri mengeluarkan duit dari ShopeePay terus ke akaun bank pengguna – mulai 14 Oktober 2022 kelak. Sebagai alternatif, pengguna mungkin boleh melihat kepada ciri DuitNow Transfer untuk menguruskan pemindahan wang.

Categories
Semasa Teknologi

Elon Musk Cadang Untuk Teruskan Pengambil-alihan Twitter

Elon Musk kini dilihat melakukan pusingan “u-turn” kembali, dan mencadangkan untuk membeli Twitter pada harga penawaran seperti tawaran asal sebelum ini – mencapai $44 bilion. Sebelum ini, Elon Musk membatalkan pembelian mengatakan Twitter mempunyai bot, membuatkan Twitter memfailkan saman ke atas Elon Musk. Perbicaraan sepatutnya berlaku pada 17 Oktober ini.

Categories
Semasa Teknologi

Robot Kini Ganti Manusia Di Restoran Untuk Menggoreng Kentang

Pelbagai industri kini sedang mengurangkan kos operasi dengan bergantung kepada robot. Terbaru, syarikat Miso Robotics memperkenalkan robot Flippy 2, yang boleh menggoreng makanan di restoran makanan segera, terutamanya seperti kentang goreng. Beberapa restoran di Amerika Syarikat telah mula menggunakannya sebagai ganti untuk pekerja manusia.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Memperkenalkan Telefon Dengan Kamera 200MP

Xiaomi hari ini memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Xiaomi 12T. Dua model diperkenalkan dibawah siri ini, iaitu Xiaomi 12T dan juga Xiaomi 12T Pro. Menariknya juga adalah Xiaomi menyertakan sensor kamera 200-megapixel bersama-sama penawaran telefon pintar ini, selain turut melengkapkan ia dengan pengecas 120W.